Kawan-kawan kakcik

Isnin, 14 Mac 2011

Sessi bersoal jawab (sambungan)...

Sambungan dari CATATAN INI.

11.  Saya ada... 

Sebenarnya saya tiada apa-apa.  Diri saya ini pun hanya dipinjamkan buat sementara. Tapi saya selalu lupa dan menganggap apa yang dipinjamkan kepada saya adalah hak saya yang tidak boleh dikongsi oleh sesiapa.  Alangkah hinanya saya!

12.  Saya seorang...   

Tentulah saya ini seorang wanita.  Hamba Allah yang menumpang hidup di atas bumi.  Isteri kepada suami saya, anak kepada kepada kedua ibubapa saya, menantu kepada mertua saya.  Ibu kepada anak-anak saya, kakak kepada adik-adik saya.  Eh... panjang lagi kalau hendak disenaraikan....

13.  Adik saya...

Saya ada 5 orang adik yang masih hidup (Insya Allah).  2 orang adik saya (kembar) meninggal dunia sewaktu dilahirkan oleh ibu saya (sejahteralah ke atas mereka).  Adik saya yang masih ada - 2 perempuan dan 3 lelaki.  Semoga Allah sentiasa memelihara adik-adik saya dan keluarga mereka walau di mana mereka ada.  Saya sayangkan mereka walaupun mereka mungkin tak pernah tahu tentang itu (tiba-tiba airmata saya mengalir dengan laju sewaktu mencatatkan isi hati saya ini).

14.  Saya tak pernah bosan dengan... (senaraikan 3)

Saya tak mahu jadi hipokrit.  Terus-terang, tiada perkara yang tak pernah membuatkan saya bosan.  Kadang-kadang saya sangat menyukai sesuatu.  Contohnya, saya sangat suka jika suami membawa saya ke mana-mana.  Terutama bila dia bertugas di luar daerah.  Tapi memikirkan saya akan keseorangan sewaktu dia bermesyuarat atau perlu menghadirkan diri di pejabat cawangan, saya menjadi tersangat bosan.

15.  Bilakah kali pertama bercinta...

Mungkin sewaktu saya di sekolah menengah.  Saya tak pasti sama ada saya benar-benar bercinta atau sekadar 'saya suka kamu, tapi saya tak tahu kamu suka saya atau tidak'.

16.  Perkara yang orang selalu tidak percaya tentang anda...

Saya tidak pasti apa yang orang tidak percaya tentang saya kerana saya tidak pernah bertanya tentang diri saya kepada orang lain.  Tapi kalau anda mengatakan saya seorang yang pendiam, sebenarnya SAYA ADALAH SEORANG YANG PANAS BARAN.

17.  Saya rindu...

Zaman persekolahan saya dulu.  Tapi perlukah dikenang pada waktu yang telah berlalu?  Lebih baik saya merenung masa yang masih berbaki ini...

18.  Saya tak sabar...

Dulu memang saya seorang yang tidak sabar dan tidak punya kesabaran.  Seiring peningkatan usia, saya juga belajar untuk menjadi lebih sabar.  Saya akan sabar dengan rumah yang bersepah, dengan anak-anak yang tidak mendengar kata dan dengan segala-galanya yang makin mencabar di sekeliling saya.  Biarlah orang hendak pijak kepala saya, kerana saya yakin bahawa Allah tidak akan selamanya membiarkan saya derita dan kecewa...

19.  5 laman yang selalu anda layari...

Sudah tentu laman blog saya sendiri dan laman kawan-kawan sama ada tersenarai atau tidak dalam senarai 'saya baca'...  Selain itu saya juga melayari laman 'online banking' - manalah tahu ada orang tiba-tiba hendak menderma kepada saya!  Harapkan duit sendiri yang masuk hanya gaji dan akan habis dua hari kemudian...

20.  Anda mahu tag...

Seperti biasa, saya tidak pandai untuk mengenakan tag kepada kawan-kawan.  Bimbang nanti kalian merasa terbeban atau tidak punya kesempatan untuk menjawab soalan.  Walaubagaimanapun sekiranya ada yang ingin cuba-cuba menjawab, dipersilakanlah...

nota hati : pagi ini saya agak beremosi, jadi mungkin soalan yang dikemukakan mengharap jawapan yang berlainan tapi saya menjawab mengikut apa yang saya rasakan.  Sekian, terima kasih. 


48 ulasan:

  1. salam pagi pagi ini saya terbaca cerita anda, sebenarnya kehidupan ini adalah perjalanan pulang. Kita akan mengharungi segalanya sebelum pulang. Perkahwinan pula adalah perkongsian hidup yang tidak pernah reda dengan kekeliruan. Nasib orang dan kita sebenarnya adalah sama cuma berbeza beza dengan apa yang ditemui. Yang pasti kita masih ada peluang untuk merenung kembali perjalanan ini

    BalasPadam
  2. 19. 5 laman yang selalu anda layari...

    Sudah tentu laman blog saya sendiri dan laman kawan-kawan sama ada tersenarai atau tidak dalam senarai 'saya baca'... Selain itu saya juga melayari laman 'online banking' - manalah tahu ada orang tiba-tiba hendak menderma kepada saya! Harapkan duit sendiri yang masuk hanya gaji dan akan habis dua hari kemudian...


    Soalan : Tahun depan mungkin anda...

    Jawapan : Terima madu menantu kot. Tapi tak ada pula Along kata dia hendak kahwin tahun depan.

    jawapan kakcik ke atas dua soalan itu mencuit dan menarik hati saya. hehe

    BalasPadam
  3. PM...

    hidup adalah perjalanan. Destinasinya pasti akan kita temui juga nanti. Itu adalah janji yang tidak mungkin dimungkiri.

    BalasPadam
  4. Kanda AL...

    kiranya saya ini boleh melawak juga, kan? Kerana itulah hati tuan bisa tercuit. :)

    BalasPadam
  5. kak chik tag lag bee heee....kenapa tutup blog 2- 3hr lepas ? bee nk masuk tk boleh

    BalasPadam
  6. IM bila meningkat umur pun banyak belajar sabar dan berfikir jauh sebelum membuat sesuatu tindakan.

    malah tindakan kita itu tidak dipersetujui oleh keluarga terdekat..

    BalasPadam
  7. Ye ke Kak Cik PANAS BARAN? nampak coollll je kat sini...?

    *ada satu daripada luahan hati Kak Cik tu yang membuatkan saya mengenang dan menyesali sesuatu dalam hidup saya ini, tapi BELUM mampu mengatasinya...biarlah rahsia*( bergenang air mata ni...)

    BalasPadam
  8. saya dah lama tak kena tag, hehehehe. tapi mmg tak brape suka nak jwb tag..malas sebenarnye..hehehe

    BalasPadam
  9. Puanbee...

    Bee jawablah soalan2 tu. Anggap kakcik dah tag bee dalam kenyataan no : 20 tu. Kakcik tak pernah tutup blog ini untuk bacaan umum. Mungkin bee tersalah alamat kot. :)

    BalasPadam
  10. IM...

    kita tidak akan terdaya unuk memuaskan hati orang lain. Apa2pun biarlah tindakan yang kita ambil tidak bertentangan dengan kehendak agama. InsyaAllah, semoga hidup kita diberkatiNya.

    BalasPadam
  11. Cikgu Nurin...

    catatan kakcik yang mana yang menyentuh hati itu? Alhamdulillah, syukur jika kita diberi kesempatan untuk menyedari dan memperbaiki kesilapan kita.

    Kakcik memang seorang yang BERANGIN!

    BalasPadam
  12. Su...

    cubalah jawab soalan2 yang ditanya itu. :)

    BalasPadam
  13. Assalamualaikum my dear sis,KakCikS:)

    Menghayati setiap yang di tulis..utk mendalami diri KakCikS:)
    Tang yang panas baran tuu...skit menggerunkan tuhh...hehe

    BalasPadam
  14. Salam Kak Cik

    Apa khabar?? Saya dah balik kampung..Harap kakcik sihat adanya

    BalasPadam
  15. Wa'alaikummussalam Tinie adikku...

    itulah diri kakcik. Kakcik memang bukan seorang yang lemah lembut mahupun seorang yang sangat sabar....

    BalasPadam
  16. Pn Dr...

    Tapi kakcik tak mencakar dan mengaum tau! hehehe....

    BalasPadam
  17. W/salam Imana...

    kakcik baik2 sahaja. Syukur Alhamdulillah Iman dah selamat sampai ke kampung. :

    BalasPadam
  18. kakcik panas baran ke?

    nampak seperti begitu cool..

    BalasPadam
  19. Dr DZ...

    kakcik boleh jadi pelakon yang hebat, kan? :)

    BalasPadam
  20. makcik pun panas baran.Kak chik ramai yang tak tahukan orang yang cool cam kitalah panas baran. Tapi bukan panas baran sesuka hati, kalau terusik je atau ada penyebab.

    BalasPadam
  21. Cik Ina...

    takkanlah kita naik hantu tanpa sebab, kan? Tapi dah tua2 ni, kakcik cuba beristighfar banyak2. :)

    BalasPadam
  22. saya tengok kakcik rileks je orangnya..tak nampak baran pun..
    malah tak nampak seperti kurang kesabaran...cool je..erk,sekadar pengamatan saya ya kakcik...

    jangan emosi2 sangat ya...ce senyum sikit...kan manis..:) heee

    BalasPadam
  23. Assalamu'alaikum kakcikS...
    smoga kakcikS sihat dan ceria selalu...

    Saya suka yg no. 13... tapi andai dilihat yg no. 16 terfikir pulak saya, bagaimana mungkin yg no. 13 boleh terjadi sedangkan ianya bernombor 16...?

    Sesuatu yang adik-adik kakcikS kena lihat dan fahamkan betul-betul, betapa kakciks sebenarnya bernombor 13 walaupun pada zahirnya bernombor 16...

    BalasPadam
  24. Siti Murni...

    memang kakcik tersenyum membaca komen Siti. Kita baru bertemu pertama kali, mungkin sukar untuk Siti menilai bagaimana sebenarnya kakcik ini... :)

    BalasPadam
  25. Wa'alaikummussalam Dinda RKA...

    bukan setakat tersenyum, malah kakcik ketawa membaca komen Dinda itu. Sebab apa? Entahlah... :)

    BalasPadam
  26. panas baran? tapi penulisan kak cik sngat coooool..

    mungkin kakcik dah sabar skrg ...

    BalasPadam
  27. Kak chik, penyabar, hari2 baik hati.

    BalasPadam
  28. panas baran ke kak cik ni...

    tp tengok mcm penyabar jer orgnye...ibu yg baik hati...tak suke marah2...

    BalasPadam
  29. Zeq...

    jangan terpedaya dengan rupa! ;-)

    BalasPadam
  30. sal..

    dah tua2 ni eloklah kakcik berubah, takut sampai satu ketika anak menantu dan cucu (kalau sempatlah) akan menjauhi kakcik andainya sikap itu terbawa2...

    BalasPadam
  31. bujal...

    kamu tak nak tag makcik? Boleh juga jadi bahan untuk makcik buat catatan baru... :)

    BalasPadam
  32. Ainnoraini...

    kalau Ain jadi jiran kakcik, mungkin Ain akan pasang radio kuat2 dari mendengar suara kakcik! ;-)

    BalasPadam
  33. salam kak cik...

    yang no 16 tu...takpe kak cik..i believe you... heheh...panas baran... rasa nya ila pun ada sikap yang sama...bukan rasa rasa lagi..mmg ye pun ada.

    BalasPadam
  34. W/salam Ila...

    semua orang ada sifat tu, cuma mungkin cara kita mengawalnya sangat berbeza... :)

    BalasPadam
  35. yg penting terserlah keikhlasan kak chik menjawap sesi ini..

    BalasPadam
  36. IE...

    itulah diri kakcik yang tiada apa-apa... :)

    BalasPadam
  37. wahh panjang betul sessi soal jawab kak cik ni yerr.. tp seronok saya membacanya

    BalasPadam
  38. Mila...

    kakcik pun ambil masa berhari2 sebelum mula menjawabnya - itu pun terpaksa buat dua sessi. :)

    BalasPadam
  39. hanya kita yg mampu mengenali siapa diri kita kn k.cik... & sbb itu jugalah hanya kita sndri yg boleh merubah diri kita klu kita mahu...

    BalasPadam
  40. PynGees...

    betul. Tiada makhluk yang dapat mengubah diri kita kalau kita sendiri tidak ingin berubah...

    BalasPadam
  41. Mmg betul kan semua yg kita miliki ni sumenye miliknya...:)

    BalasPadam
  42. Azzey...

    iya, kita tak akan mampu bernafas andai tiada izin dariNya. :)

    BalasPadam
  43. Jawapan tersenarai membuat kakak tahu siapa kakcik dan bertambah kagum dgn kakcik.....

    BalasPadam
  44. Kakzakie...

    kakcik hanya insan yang terlalu banyak kekurangannya....

    BalasPadam
  45. kakakku kakcik..
    agak berbeza catatan kakcik ni.. biasanya, jawapan2nya agak 'main-main'.. tapi yg ini agak serius dan jujur.. lambang kematangan seorang 'kakcik'.. panas baran ke ?? hihihi.. itu mungkin krn kakcik tegas dan vokal.. agaknya la.. jgn marah saya yak..

    BalasPadam
  46. Adikku Samad...

    sesekali, kakcik kena 'keluarkan' siapa diri kakcik yang sebenarnya... :)

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com