Menerima tag dari Pn Cyana. Sudah beberapa hari sebenarnya. Seperti biasa yang kukatakan, aku bukanlah penjawab soalan yang baik (mujur juga berjaya mendapat kerja selepas ditemuduga).
Soalan : Apakah yang sedang anda lakukan 30 minit yang lalu?
Jawapan : Melihat BS bersiap-siap hendak ke sekolah. Wah! sudah pandai bergaya anak terunaku itu. Mahu berwangi-wangian. Mungkin habis Nivea for Men itu digunakan andai tidak ditegah.
Soalan : 2 jam yang lalu?
Jawapan : Berbaring-baring dengan santainya sambil menonton TV lalu terlena dibuai mimpi (tak elok tau, tidur waktu matahari tengah naik. Lebih baik solat sunat Dhuha) .
Soalan : Minggu lepas?
Jawapan : Pada waktu yang sama minggu lepas, aku ada dipejabat. Kalau hari minggu pula, pergi ke Pasaraya Mydin beli keperluan persekolahan Bangcik dan BS.
Soalan : 3 lagu yang boleh anda dengar berulang-ulang kali?
Jawapan : i) Tobat Maksiat oleh Wali Band
ii) For The Rest Of My Life oleh Maher Zain
iii) Pergi Tak Kembali oleh Rabbani
Soalan : 3 binatang yang anda tak suka?
Jawapan : i) ular
ii) lintah
iii) lipan
Sebenarnya banyak binatang yang aku tak suka kerana aku geli dan takut. Termasuk semua binatang yang menjalar/melingkar, yang membahayakan dan yang pengotor.
Soalan : 5 fakta tentang anda
Jawapan : i) Sangat sukakan puisi
ii) Minuman kegemaranku ialah Miloaiskurangmanis
iii) Sangat suka membaca. Kalau dulu aku akan membeli kebanyakan majalah berkaitan wanita untuk dibaca, tetapi sekarang aku lebih banyak membaca berita/cerita di talian (termasuklah blog kalian).
iv) Mudah tersentuh hati.
v) Tidak suka dengan sindiran dan boleh menyebabkan aku berdendam bila aku rasa aku disindir secara terang-terangan.
Soalan : Tahun depan mungkin anda...
Jawapan : Terima madu menantu kot. Tapi tak ada pula Along kata dia hendak kahwin tahun depan.
Soalan : Saya tak reti sangat berkata...
Jawapan : "TIDAK" (macam tiru jawapan Cyana pulak - tapi itulah hakikatnya).
Soalan : Saya pandai...
Jawapan : Masak nasi dan masak air (yang lain itu ikut penilaian orang yang makan) .. hehehe..
Soalan : Kawan saya...
Jawapan : mereka sayang kepadaku dan aku juga sayang kamu. :)
Opsss... nak jawab sepuluh soalan ini pun makan masa lebih satu jam. Ada sepuluh lagi belum dijawab. Nanti-nantilah, ya? :)
Nota hati : aku bercuti hari ini atas sebab yang tidak dapat dielakkan...
3 lagu yang boleh anda dengar berulang-ulang kali tu favorite saya gak.. mengingatkan kembali pada diri bahawa dunia ini hanya replika sahja
BalasPadamzu
http://www.zuwairiaiman.com
kakcik
BalasPadamtahniah bakal terima menantu.. ;)
kali ni kalau ada jemputan kakcik sya tak sesat dah, dah pandai cari jalan
Zu...
BalasPadamdunia hanyalah persinggahan. Sampai waktunya, bersedia atau tidak kita akan kembali juga...
Sya...
BalasPadamAKAN tu tak tahulah bila tarikhnya. :)
Kalau sampai waktu dan ketika, akan kakcik jemput semua yang sudi. InsyaAllah.
miloais kasi tabur atas pun sedap juga, hehe
BalasPadamwah... tahun depan terima menantu... good3x
BalasPadamp/s: menantu tu blogger jugak ke.. hehe
KOG...
BalasPadamsilap2 boleh tersedak tau.. :)
MLD...
BalasPadambelum tahu lagi bila nak terima menantu. Kakcik pun tak tahu sama ada bakal menantu kakcik tu nanti ada blog atau tidak. Kalau ada, bolehlah berkongsi pengetahuan. :)
heheh minat gak yer layu indon hehehe
BalasPadamAngah...
BalasPadamlayu Indon??? Angah maksudkan lagu, ya? Banyak lagu ketuhanan mereka yang sedap didengar dan boleh dijadikan renungan. :)
teman sayang mike juge!
BalasPadamjwb le lg seploh tuuuuu.. nk bacee... :)
p/s cuti apekehenye? sakit badan ke sakit ati?
AzeedA...
BalasPadamsakit memacam weh! dok ghomah sensoghang ni ghase tenang sikit.
Nanti le taman jawab yang seploh lagi tu - mau makan dua tiga jam plak tu kaghang. :)
kakcik punye lagu faveret ada taste lah! huhu~
BalasPadamgB...
BalasPadamdah tua2 macam kakcik ni kalau minat lagu rock atau lagu cintan cintun jiwang karat tentulah tak kena gaya, kan? :)
saya pun tak suka lintah huhuhu geliiii..
BalasPadamwahh...dah nak terima menantu....:)
BalasPadamsuka nyaaa...kakcik dapat kawan baru lah nanti kat umah tu..
Bercuti sebab itulah berbaringan. terperanjat kakak ingat baring kat ofis tadi. :)
BalasPadamkenang daku bila uols minum miloais ye...!
BalasPadamhik hik hik
makcik ada anak dara? ehem ehem~~haha~~
BalasPadamqemaishak...
BalasPadamlagilah geli bila fikirkan yang lintah itu boleh hidup dalam tubuh kita, kan? Na'uzubillahiminzalik.
Siti...
BalasPadamentah bila tahunlah kakcik nak terima menantu tu. Tahun depan, Along masuk umur 25 tahun. Ayahnya dulu, berkahwin pada umur 26. :)
Kakzakie...
BalasPadamkalau baring atas meja kat ofis, mahu kena perhambat pulak! :)
Miloais...
BalasPadamsudah semestinya kakcik akan teringat akan dirimu. Tapi taklah sampai rasa kakcik sedang menyedut dirimu pula. :)
bujal x...
BalasPadamdukacita dimaklumkan bahawa makcik tidak punya anak dara yang lahir dari kandungan makcik. :)
kalau dah terima menantu tak lama le nak jadi opah kata orang perak...
BalasPadambila bakal menantu sudah ada..
BalasPadamkami di blog jangan dilupa..
hehe
Junaina...
BalasPadamTerasa beno dah tua bila dipanggil opah! :)
Tahniah tahun depan nak terima manantu.sama ngan makcik memang susah nak cakap tidak, takut sangat orang kecik hati, itu yang senang senang orang kuda-kudakan tu.
BalasPadamDr h4ni3...
BalasPadamInsyaAllah, selagi ada yang sudi berkawan selagi itulah kakcik mendakap mesra blog ini. :)
Cik Ina...
BalasPadamnak dapat menantu tu angan2 kakcik je. Kalau anak perempuan mungkin senang terima pinangan, ini nak meminang anak dara orang bukannya mudah. :)
Salam KakCik, macam kena interview. Tang lagu tu interesting gak, akak pun tak perasan lagu apa yg akak suka nyanyi ulang2...dia ikut mood dan tempat rasanya. Tang masak tu pandai Kak Cik jawab!
BalasPadamW/salam Yong Helli...
BalasPadamkiranya macam temuramah la juga tu. Kakcik bukannya pandai menjawab sangat pun. :)
Tang lagu tu, ada lagu yang bila kita dengar rasa tenang ada juga yang buat kita rasa nak berperang!
salam
BalasPadamhurm saya manusia yg paling malas jawab soalan tag..tapi kalau tag contest saya buat..huhu
hehehe, banyak tul soalan dia eh?
BalasPadamIM suka semua lagu Ebiet G Ade dan Sohaimi Meor Hassan..
BalasPadamlagu puisi la tu..
kita serupa...
BalasPadamtak suka dengan ular, lintah dan lipan..
geli + takut = LARI!!!!!!!!!
Assalam
BalasPadamWatper tu kakchik. Cantek header...
Bakal terima menantu, bakal jadi opah..nanti satu ketika semua akan kita lalui... bestker..? bestnyer... Insyaallah. Moga kakchik panjang umur dan murah rejeki dgn anak cucu...heee
BalasPadamAte, saya pun takut dgn binatang yg berlengkor terutamanya ulor...
BalasPadamHeeeee... pagi tadi ada anak ulor sawa kecik sebeso jari kelingking tp panjang dekat 2' melengkor depan opis hisshhh... tegak bulu roma Teman ni Yonggg...
kakcik. tahniah2! berjaya menjawab dengan success. ptt la mula2 tu tgk BS bersiap...sbb kakcik kt umah. hmm.
BalasPadamtp jawapan nak terima menantu tu yg paling comel. doakan kakcik dapat menantu yang solehah. Amin.
Imanshah...
BalasPadamkakcik ni jenis malas berfikir... ;-)
Eelobor...
BalasPadamitulah.. naik berpinau mata kakcik! :)
Ayu...
BalasPadamsilap2 boleh menggigil atau keras kejung kalau terserempak dengan makhluk Allah tu. :)
IM...
BalasPadamkakcik juga suka menghayati lagu2 SMH tu. :)
Wa'alaikummussalam mamawana...
BalasPadamheader tu ehsan Anak Ulu Cheka. :)
Mamawana sekali lagi :)
BalasPadamInsyaAllah...
Terima kasih untuk doa. :)
Yong Liza...
BalasPadamkakcik teghingat2 masa bercuti ke Pulau Kapas tempohari. Tetiba je anak ulo (kecik beno pun) terpacak je kepalanya depan kakcik. Ngeto teman weh!
Cyana...
BalasPadamnak jawab sepuluh soalan tu pun berapa kali kakcik pergi balik ke depan ke belakang! :)
Terima kasih untuk doa Cyana tu. Mudah2an kakcik akan mendapat menantu yang boleh dijadikan kawan. :)
kak cik...
BalasPadamsaya pun sgttt suka baca blog k.cik... cuma bila b'kesempatan sempatlah meninggalkan barang secebis titipan...
PynGees...
BalasPadamterima kasih kerana sudi singgah. Kakcik pun sekarang jarang berkesempatan menjengah semua blog kawan2...