teringat dulu ibuku bercerita
tentang seorang yang kaya tiba-tiba
ke sana ke sini dengan penuh bangga
maklumlah punya banyak harta
suatu hari dengan bangga diri
sikaya pergi ke stesyen keretapi
sekeping tiket kelas pertama telah dibeli
konon hendak pergi ke satu destinasi
tiba waktu yang dijadualkan
sikaya berkata dengan kesombongan
'tengoklah bodohnya KTM aku perlakukan
tiket kubeli tidak kugunakan'
cerita ini ada iktibarnya
bukan sekadar untuk bergurau senda
kuserahkan kepada kalian untuk menilainya
apa sebenarnya hendak dikata...
tentang seorang yang kaya tiba-tiba
ke sana ke sini dengan penuh bangga
maklumlah punya banyak harta
suatu hari dengan bangga diri
sikaya pergi ke stesyen keretapi
sekeping tiket kelas pertama telah dibeli
konon hendak pergi ke satu destinasi
tiba waktu yang dijadualkan
sikaya berkata dengan kesombongan
'tengoklah bodohnya KTM aku perlakukan
tiket kubeli tidak kugunakan'
cerita ini ada iktibarnya
bukan sekadar untuk bergurau senda
kuserahkan kepada kalian untuk menilainya
apa sebenarnya hendak dikata...
saya tak faham makcik?
BalasPadambujal x...
BalasPadammakcik pun tak faham! hehehe...
mari kita tengok siapa yang faham. :)
Yang bodoh sebenarnya orang kaya tu..
BalasPadamMembazir duit.
Tak luak pun KTM kalau passanger tak naik keretapi dia..sebab tiket dah dijual..
:)
Rabiulawal sudah pun berlalu
BalasPadammaulud nabi masih dimana-mana
rupanya dia yang bodoh tak tahu
hehehe nak tunjuk kaya itulah jadinya
pd pandangan saya la kak cik..dh terang2 si kaya itu yg bodoh... ada kelebihan x digunakan...sndri yang m'bazir dianggap KTM yg bodoh sdngkn dia x sedar yg dia m'perbodohkan dirinya sndri...ngalahkan pak kaduk la plk...(eh..ye ke??)
BalasPadammoral of the story...pk la 2,3 kali dulu sblm wat sesuatu...skrg smuanya dibayar cash..x yah tunggu balasan di sana...
entah! saya pun tak paham...huhu!
BalasPadamsaya penah naik keretapi,mase tu dah besar pjg, tp pakai tiket kanak2..hiks!
assalamaualaikom!
BalasPadammengikot pendangan mate teman yg dh penin2 lango ptg2 ni.. sikaye tu sengaje nk mendabik dadenye konon berkuase.. adepon dilupe yg Maha Esa lg Maha Berkuasa..
mintak2 dijauhkan kite smue perangey yg cenggitu ye kakcik ye..
eh eh
BalasPadamsiapa yg bodoh sebenarnya?
hehehe
kesiannnn orang yg mentalitinya begitu
dia lambat dtg ke stesen..pastu ketinggalan ketepi..alih2 nk kontrol malu..dia ckp gitu...
BalasPadamIshhhh...nak tunggu kakcik habiskan citer..he he he
BalasPadamAssalamualaikum Kakcik
BalasPadamPernah juga dengar cerita ni
Kononnya berlaku pada orang asli
tikit dibeli Konon tipu Keretapi
Tak sedar membodohkan diri sendiri
kakakku kakcik..
BalasPadamemm..satira yg cukup tajam..
tp kan..orang kaya zaman sekarang biasanya tak cakap mcm tu.. dia kata, "jumpa saya di court.." saman malu, saman ganti rugi, saman itu saman ini..mana tau..untung2 poket bertambah kembung !
eh..ngape lepas ke situ pulak adikmu ini..hu3x..
dear kak cik, tolong berikan alamat kak chik kat su, ada hadiah istimewa utk kak chik sebagai org yg pertama wish en. abah happy beday.
BalasPadamemel address kakcik kat suzila@uum.edu.my ok
org kaya tu sengal. ke nyanyuk? heheheh~
BalasPadambila manusia sudah banyak harta
BalasPadamkalau bodoh begitulah jadinya
harta yang ada tak bawa ke mana
melainkan habis dengan sia-sia.
tengah duk baca berulang2 kali tapi masih tak jumpa jawapannya. tapi amat suka sekali dengan komen dari saudara al-lavendari, amat menarik.
BalasPadamSalam kakcik
BalasPadamKalau tak silap KZ, ada hadith tidak menggalakkan kita berkawan dgn orang kaya baru... takut kita pun terikut dgn kebodohannya.
aduh kalau bahasa2 puitis mmg saya blur..
BalasPadamAssalamu'alaikum semua...
BalasPadamterima kasih kerana memberikan pandangan dan pendapat. Mungkin ada beberapa kesimpulan atau pengajaran yang boleh kita dapat dari kisah di atas.
Pertamanya - nasib kita mungkin akan berubah pada bila-bila masa. Tidak semestinya yang kaya akan terus kaya dan yang miskin akan terus papa kedana. Bergantunglah bagaimana kita ingin mengubah nasib kita atau kita ingin menjahanamkan kekayaan yang dipinjamnkan kepada kita.
Kedua - janganlah kita mudah lupa diri. Kena ingat bahawa kita akan sering diuji sama ada melalui kekayaan mahupun kemiskinan.
Ketiga - bijakkah kita dalam membelanjakan harta yang kita ada.
Keempat - keangkuhan itu mungkin sebenarnya melambangkan kebodohan kita
Kelima - puaskah hati konon dapat membodohkan orang lain sedangkan sebenarnya orang yang dibodohkan itu tidak rugi apa-apa, malahan mngkin menambahkan saham yang sedia ada. Akhirnya kita juga yang akan mengalami kerugian dan akan terhakislah apa yang kita ada bila sikap menunjuk-nunjuk itu berterusan dilakukan.
Jadi... renung-renungkan dan selamat beramal.
Sekian, terima kasih.
:)
kadang2 org yang kaya dan berharta ni kerap terlupa bahawa ada yang lebih kaya dan berkuasa dari dia..iaitu Allah yang Maha Kaya.
BalasPadamtakpelah kak, yg positifnye dia menderma pd KTM hehe.
BalasPadamkakcik.. biar kita berdoa jadi kaya jugak ye kakcik..(telan air liur kejab)
BalasPadamklu kita kaya, kita mampu bersedekah, mampu tolong org susah dan mahu merendah diri..
brdoa moga kita kaya yee kakcik..
kaya budi bahasa..huhu
kalau slip bank IM pernah guna untuk buat rough note..he..he..
BalasPadamteladan utk semua...
BalasPadammakcik pun sengal cam bujal, tak dapat nak tangkap dari tadi, walau 2 kali dah baca, tak pe makcik baca dari pengomn yang lain.
BalasPadamkak chik nak bagi cadangan boleh.kenapa tak nak tukar gambar header pada gambar profail yang bertudung biru ni. lain sikit.
kenapa dia tak beli tiket MAS ...
BalasPadamlaaagi mahal...
laaagi rasa rugikan MAS...
:)
Agaknya kalau dia beli tiket kapalterbang, mau ke sikaya tu berkata begitu????
BalasPadamhe he he.... sapa yang bodoh sebenarnya.. KTM juga yang untung :)
BalasPadamden pun tak paham....bila baca komen ke 3 ...baru paham.....ahakz
BalasPadam