... inikan kita manusia yang bergelumang dosa!
Sebagai seorang ibu yang mengandung dan melahirkan anakku serta membesarkannya dengan segala kepayahan, bohonglah jika aku tidak merasa apa-apa bila anakku difitnah sesedap rasa.
Walaubagaimanapun sebagai seorang yang terlebih dahulu melalui segala 'sepak terajang' dunia, aku dan suami hanya dapat menasihatkan Along agar tabah dan serahkan segalanya kepada Allah SWT kerana Dia yang lebih mengetahui.
Pihak-pihak yang tidak berpuas hati dengan KES INI kerana Along dan kawan-kawannya masih bertugas seperti biasa atas arahan Pihak Yang Lebih Berkuasa telah menebarkan fitnah ke segenap kawasan kononnya Along telah bersikap biadap dan mengeluarkan kata-kata carutan sewaktu bermesyuarat. Aku tahu aku bukan ibu yang baik, tapi aku tidak pernah mengajar anak-anakku untuk bersikap biadap kepada orang lain atau pun menjadikan carutan sebagai kata-kata yang sentiasa bermain di bibir.
Sedih... memang aku sedih. Tapi aku tetap percaya pada janji Dia Yang Maha Adil. Biarlah. Aku mencatatkan perkara ini hanya sebagai luahan hatiku semata-mata betapa aku rasa aku gagal mencorakkan anakku untuk menjadi manusia yang disayangi.
Aku juga pelik dengan sikap seorang YB yang tidak henti-henti mengeluarkan kata-kata hentaman di halaman facebooknya sedangkan beliau tidak pun pernah ada keinginan apa lagi untuk mendengar penerangan dari Along dan kawan-kawannya. Sebenarnya, rumah YB itu hanya berselang lorong dengan rumahku dan setiap hari aku melalui hadapan rumahnya yang sentiasa tertutup rapat itu.
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim ... padaMu jua aku menyerahkan nasib anakku seterusnya. Amin.
Sumber : http://saifulislam.com/ |
akak apa yg perlu bersabah & berdoa padanyer... org kata memfitnah lg teruk dari membunuh kan?? yg penting anak kc tak bersalah...
BalasPadamsabar la kak cik..moga Allah tunjukkan kebenaran satu hari nanti..org suka hentam keromo ni tak aman hidupnya.
BalasPadamTuhan Maha Adil..
BalasPadamnnti akan terselak jg kebenarannya..
Kakak sangkal kalau kakcik kata kakcik gagal mendidik anak disayangi. Pertarungan menjadi seorg yg berakhlak tinggi tidak semudah memetik jadi kakcik. Perjuangan Along masih terlalu panjang. Kerana kejayaan kakcik itulah Along manjadi org tabah.
BalasPadamDunia pentas yg terlalu banyak sandiwara apatah lagi Along duduk dipentas yg "syaitan-syaitannya" boleh nampak terus di depan mata memang besar ujiannya.
p/s: sorry kakak agak emosi. titip salam kakak pada Along agar jangan undur demi kebenaran.
Kak chik jujur,
BalasPadamkena fitnah, inikan kita, kan?
Fitnah malam bute, bahaya.
Angah...
BalasPadamdoa seorang ibu tidak akan pernah putus untuk anak-anaknya. InsyaAllah.
qema...
BalasPadamterima kasih untuk kata2 itu. Semoga mereka akan segera sedar sebelum fitnah itu memakan diri mereka kembali...
TK...
BalasPadamInsyaAllah. Dia mengetahui segala-galanya...
Kakzakie...
BalasPadamkakcik menangis dan sebak sekali membaca komen Kakzakie. Benar, memetik jari pun tidak semudah yang disangka. kadang2 bunyi tiada, jari yang sakit pula.
Terima kasih atas kata2 dorongan yang diberikan.
Zeq...
BalasPadamada malam ada siang
ada pagi ada petang
ada benci ada sayang
ada pergi ada datang
:)
Knp YB tu tak nak dengar apa yang hendak dicakapkan? Belum dengar dah jatuhkan hukum.
BalasPadamApalah salah anak Kakcik tu menjalankan tanggungjawab?
Sephia...
BalasPadambila sebelah telinga dipekakkan dan sebelah mata dibutakan, maka kita hanya mungkin dapat mendengar dan melihat sebahagian sahaja dari yang dapat didengar dan dilihat oleh mereka yang sempurna sifatnya....
Kak Cik,
BalasPadamAndai usaha m'buka mata org sukar dijayakan...b'serahlah pada DIA yg maha kuasa... mmg mudah utk saya yg sekadar m'baca b'kata2 dr apa yg ditanggung oleh hati seorang IBU b'nama Kak Cik... ttp DOA adalah segala2nya tatkala smua usaha & senjata itu buat kita rasa tewas... InsyaAllah...doa2 org yg t'aniaya itu makbul... teruskan lah b'doa & saya yakin ramai yg m'doakan utk k.cik & keluarga...amen...
assalamualaikom kakcik sayang..
BalasPadamsgt2 stuju dgn pyngees.. doa doa + terus berdoa.. doakan moga Along mengatasi dugaan ni dgn cemerlang.. moga Along terlindung dr terus dianiaya manusia2 yg hati busuk tu.. moga kakcik sekeluarga beroleh sinar di sebalik awan mendung ni.. amiinnnn!
makcik sabar je la~~
BalasPadamSalam kak cik apapun bykkan sabar begitulah warna warni kehidupan.
BalasPadam* along nie lelaki ker pompuan?
PynGees...
BalasPadamterima kasih Dik. Apalagi yang dapat kakcik lakukan selain berdoa dan meminta pertolongan dari Yang Maha Berkuasa dan terus menanamkan keyakinan dan rasa sabar di hati anak kakcik.
Wa'alaikummussalam adikku AzeedA Intan payung...
BalasPadamterima kasih. Kakcik sentiasa doakan yang terbaik buat anak-anak. Paling penting dilembutkan hati mereka agar sentiasa redha dengan ujian dan dugaan. Jangan cepat melatah dan membalas dengan kekuatan fizikal. Senjata orang mukmin adalah iman dan doa...
bujal x...
BalasPadammakcik sabar lah ni.. :) kalau ikutkan panas baran makcik, makcik 'bako je...' :)
AAP...
BalasPadamsemuanya jadi kelabu andai tiada yang mewarnai kehidupan ini, kan? Along itu anak lelaki sulung kakick dan kakcik tiada anak perempuan. :) (Kalau ikut panggilan, kakcik selalu memanggilnya sebagai 'banglong')
subhanallah...
BalasPadambesar dugaan kakcik sebagai ibu yang melahirkan dan membesarkan along...
semoga along dan sahabatnya di jalan fisabillilah.....
kakcik, kuatkan semangat...lebihkan zikrullah...insyallah..di sana NNYATA...allahukahbar..
fitnah selalu dijadikan mainan manusia. Memang sejak dulu lagi begitu. Kita berdoa supaya kebenaran menyerlah walaupun ada kalanya kita rasa kita tidak mampu melawan...
BalasPadamehhehee sori kak.. mlm td baghu je repeat tgk HKLBR kt leptop dgn anak3.. bakor pon sodap gak kak!
BalasPadamSabar ye kak. Ada hikmahnya tu..
BalasPadamkakakku kakcik..
BalasPadambenarlah.. bahawa, sedangkan rasullullah pun difitnah inikan kita manusia biasa...apatah lagi kita ini hidup pada zaman yg memang penuh dgn segala fitnah..maka tiada pilihan lain bagi kita selain bersabar dan bertwakkal semoga Allah tunjukkan kebenarannya..
Ayu...
BalasPadamseperti yang pernah kakcik katakan, tiada yang kita ada ini merupakan hak mutlak kita. Semuanya pinjaman semata dan Dia berhak mengambilnya kembali pada bila2 masa. Dengan mengingatkan begitu, hati kakcik jadi lega. InsyaAllah.
kakpah...
BalasPadamkakcik percaya, sama ada buruk atau baik yang kita lakukan, semuanya tidak akan terlepas dari pemantauan Dia di atas sana. Dia yang memberi Dia juga yang mengambil kembali...
AzeedA...
BalasPadamkite bako jeeee... sape setuju angkat tangan macam saye... hehehe....
Yan...
BalasPadamterima kasih. InsyaAllah kakcik akan sabar, cuma Along tu masih muda - darah dia orang lain tahap 'cepat menggelegak'nya. Bagaimanapun setakat ini, Alhamdulillah nampaknya dia 'buat tak kisah' walaupun isi hatinya hanya Allah Yang Maha Tahu. :)
Adikku Samad...
BalasPadamkakakmu ini akan terus bersabar kerana selain dari sedar bahawa diri ini hanya hamba yang lemah, kami juga tidak berdaya untuk melawan mereka yang merasakan diri mereka begitu berkuasa. Kakakmu masih mampu tersenyum. :)
Diharap Along sabar dan terus buat macam biasa. Biarkan hati-hati jahat itu menghentam. Nescaya ada balasan untuk mereka..
BalasPadamdoa orang yang teraniaya amat dekat dengan Allah, dan insyaallah doa kakcik, along serta rakan2nya akan diterimaNya.. lambat laun kebenarannya akan terserlah jua
BalasPadamYB, sapa lah tu?
Semoga Along bertabah dan semakin kuat dengan ujian ini, berkat doa tidak putus dari ibunya (dan rakan-rakan bloger di atas)
BalasPadamAida...
BalasPadamterima kasih. Ayahnya pun cakap macam tu. Buat je macam biasa. Kalau ikut mak dia ni, suruh berhenti je. Bukan dia tak ada kerja lain. Dengan cara lain pun boleh berdakwah, kan?
ibuintan...
BalasPadamInsyaAllah - kita bukan doakan keburukan mereka, cuma mendoakan agar mereka sedar dari lena.
YB tu? Kalau dia masih lagi menulis yang tidak2, mungkin kakcik akan dedahkan siapa dia beserta 'caption' dari fbnya...
ckLah...
BalasPadamInsyaAllah Along akan terus tabah dan semoga pemergiannya ke Mekah nanti akan mengubat resah hatinya.
Betul kakcik, sedangkan nabi difitnah, dilontar batu ketika berdakwah..inikan kita manusia..
BalasPadamsabar lah kakcik..akan sampai masanya bagi si penabur fitnah..
Kak Cik,cabran orang yang memperjuangkan jalan Allah lebih hebat...semoga Kak Cik dan Along dikurniakan kesabaran tidak terbatas....
BalasPadam*hmmm..dekat je ghupenye YB tu dengan kak Cik..*
Siti Murni...
BalasPadamterima kasih, Dik. Oeang kata ' pelanduk sentiasa lupakan jerat sedangkan jerat takpernah lupoakan pelanduk'...biar sahajalah. Yakin dengan janji Allah - itu yang sebaik2nya, kan? :)
Cikgu Nurin...
BalasPadamterima kasih. MUdah2an begitulah. Yang penting sekali kakcik mahukan Along sentiasa sabar, dia masih muda. Jalan untuknya masih jauh untuk ditempuh, InsyaAllah.
Rumah YB tu, ibarat kata kalau kakcik memekik di hadapan rumah kakcik, boleh terdengar dari rumahnya... ;-)
kenapa ye kak harus ada perasaan hasad mcam ni :(
BalasPadamKaseh...
BalasPadammanusia bukan malaikat - kerana itulah sifat dan sikap mereka tak pernah sempurna!
Kasih ibu yang melahirkan.Sakit anak sakitlah kita.
BalasPadamSemoga tabah selalu.
Cikgu...
BalasPadammungkin hati anak pun tak sepedih hati seorang ibu bila dugaan melanda mereka...
sabar ye kak cik..
BalasPadamorg macam ni..mmg ada di mana2..
PB...
BalasPadamkalau tidak, tiadalah syurga dan neraka...