Kawan-kawan kakcik

Ahad, 6 Mac 2011

Rasanya...


ingin sekali lagi bersantai begini
menikmati keindahan ciptaan Ilahi
setelah lelah hari ke hari
dengan pelbagai ragam duniawi

40 ulasan:

  1. betul tu kakcik... best kalau dapat jau mata dgn pemandangan cantik lagi sejuk nyaman damai..

    BalasPadam
  2. assalammulaikum kandaku..hehe cantiknya pemandangan tu kak..kat mana? happy wiken eh kak..

    BalasPadam
  3. tenang dan mendamaikan..
    ..bilakah agaknya akan berkesempatan..

    =)

    BalasPadam
  4. AzMask...

    rasa tenang je kalau dapat bersantai2 begitu - tapi sehari dua bolehlah, lepas tu mula teringat kat rumah semula. :)

    BalasPadam
  5. Wa'alaikummussalam dindaku Kaseh...

    pemandangan di Royal Mulu Resort, Sarawak. Gambar tahun lepas tu. :)

    Hepi wiken Kaseh. (Tak tidur ke?)

    BalasPadam
  6. h4ni3...

    InsyaAllah kalau ada rezeki, dapatlah bercuti begitu nanti. :)

    BalasPadam
  7. entah kenapa tetiba teringat sg tembilang... sebelum IM meneruskan pendakian ke gunung tahan...duluuu..

    BalasPadam
  8. selamat berhujung minggu kakcik, kak cik masak ape arini?

    BalasPadam
  9. IM...

    kakcik tak pernah mendaki gunung. Tak larat nak bawa badan yang berat ni. :)

    BalasPadam
  10. Mamasyaza...

    selamat berhujung minggu Su. Nasi dah masak ni, tapi lauknya tengah difikirkan. :)

    BalasPadam
  11. Bila tiba saat itu,
    semuanya terkumpul didada
    ingin meluahkan apa yg terbuku
    berbagai kata dan juga rasa .

    Salam sayang kakcik , moga sihat and selamat berhujung minggu yaaa.. :)

    BalasPadam
  12. bila fikiran sdah sarat
    pemandangan indah yg kita cari

    cantik tempat ni kak..
    dimana tu...

    BalasPadam
  13. yup...betul tu kak cik..travelling mmg best..bersantai smbil mengagumi keindahan ciptaanNya....:) nice picca ..

    BalasPadam
  14. errr....mmg lawa tempat tu...siap ada model lagik tuuu.....ahakz

    BalasPadam
  15. betul tu kakcik,

    sesekali ingin lari mencari damai sendiri, dan tempat begitu amat sesuai sekali... saya suka ombak, laut dan sungai

    BalasPadam
  16. kakakku kakcik.. ujung minggu depan ni keme nok berkhemah kat pulau dekat Jawang to.. huii.. tak sabo ghase di ati..mmg doh lame nok relak2 kan kepala ni..

    BalasPadam
  17. Salam sayang adikku LiNda yang manis...

    pedas meletup rasanya lada
    tidak sama letupan mercun
    andai ada yang terbuku di dada
    luahkanlah agar tidak menjadi racun

    :)

    BalasPadam
  18. n@jwamz...

    terima kasih kerana meninggalkan komen. Seronok kalau dapat bercuti sesekali, yang tak seronoknya bila balik dari cuti banyak yang hendak dikemaskini. :)

    BalasPadam
  19. jeBateja...

    model yang pusat pelangsingan pun takut nak ambil! :)

    BalasPadam
  20. zati...

    tempat itu sangat tenang dan mendamaikan. :)

    BalasPadam
  21. ibuintan...

    melihat air yang tenang, jernih dan nampak ikan yang berenang2 - sangat mendamaikan. :)

    BalasPadam
  22. Imanshah...

    kakcik pun tak tahu yang mana satu Gunung Lang tu. :)

    BalasPadam
  23. Adikku Samad...

    sebut pasei pulo - teghingat zaman kekanak kakcik dulu. Bila mandi sungei, ada pulo sembei kat tengah sungei tu, seghonuknye ngaghung ayo untuk ngutip ghemih. :)

    BalasPadam
  24. yg best lagi jika dpt dengar desiran air tu kak cik..menusuk kalbu dan rasa sejukkkkk..

    sekali sekala mmg patut kita santai gaya gini..reles stress mress tu kan..

    BalasPadam
  25. Damaikan....air itu...bestnya...cantiknyer view

    BalasPadam
  26. ketenangan yang dinikmati
    harus dijalani penuh hati-hati
    moga tak tersasar kemudian hari
    selalulah kita syukuri
    nikmat duniawi
    untuk bekalan di ukhrawi..

    selamat petang kakcik..

    BalasPadam
  27. ah....nyaman sungguh suasana kat dalam gambar tuh. rindu nyer zaman2 dulu selalu gak ke tempat2 gini

    BalasPadam
  28. SN...

    kalau rumah di tepi sungai begini mungkin lagi seronok tapi janganlah hendaknya banjir malanda... :)

    BalasPadam
  29. mamawana...

    ada beberapa pandangan indah yang kakcik rakam di sini, tapi telah kakcik siarkan tahun lepas. :)

    BalasPadam
  30. Adinda Amy...

    syukur juga kita dikurniakan dengan sifat yang sempurna maka kita dapat menghayati semua keindahan ciptaan Tuhan. :)

    BalasPadam
  31. eelobor...

    tempat itu jauh dari kebisingan dan jauh dari kesesakan lalu lintas. Tapi... minyak petrol berharga hampir RM10 seliter di sana!

    BalasPadam
  32. Mana ni? cam pulau. Pulau mana kak chik? boleh release tension

    BalasPadam
  33. Zeq...

    air yang tenang jangan disangka tiada buaya... :)

    BalasPadam
  34. Cik Ina...

    bukan pulau, tapi satu kawasan pedalaman yang dijadikan tempat untuk menenangkan fikiran. Nun jauh di Mulu, Sarawak. :)

    BalasPadam
  35. seronoknya kalau dapat mancing kat situ !

    BalasPadam
  36. Kanda AL...

    airnya jernih. Mesti ikan tu nampak tuan nak memikat dan mereka akan berenang jauh beramai2... :)

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com