Kawan-kawan kakcik

Sabtu, 5 Mac 2011

Berita...

Suamiku bertanya 'mengapa tidak menonton berita?'

lalu aku bertanya semula kepadanya
'apakah berita yang ada?
tidak habis-habis kempen pilihanraya
itu ini dijanjikan segera
tidak perlu meminta-meminta
semua diberi secara 'percuma'
lihatlah mereka yang 'ada nama'
tidak segan silu melakukan segalanya
waima meredah lumpur separas paha
kalau tidak jangan harap nak nampak muka'

Bila aku menonton berita, aku sangat mengharapkan dapat mengetahui hal semasa di seluruh negara.  Tentang mereka yang terpinggir dari arus pembangunan (bukan secara terpilih-pilih), tentang rakyat yang puluhan tahun terpinggir di tanahair sendiri, tentang kemalangan, tentang kebakaran, tentang mereka yang memperolehi kejayaan dan pelbagai lagi rencah dan rencam dunia...

Ah... malaslah nak serabutkan fikiran.  Baik aku tonton saluran AFC yang menyiarkan kisah perkahwinan  mewah Serina Chef Wan dan Gavin dalam One Night : A Malaysian Wedding.  

Alamak! pasal apa pula nampak menyeramkan wajah Serina ni???





36 ulasan:

  1. yang berkuasa akan buat ape saja untuk mempertahankan kuasanya...



    ha'a la kakcik.. seram pulak tgk muka serina tuh! heheheeeee

    BalasPadam
  2. berita-berita yang berat dan senget sebelah

    BalasPadam
  3. kakcik...
    sebab tu ayu tak suka tonton berita..bukan nak sempitkan pengetahuan..asyik2 berita y sama

    molek layan komesi atau hindustan...heheheh

    selamat petang kakakku...

    BalasPadam
  4. iwan...

    yang berkuasa akan berbuat apa sahaja untuk mengekalkan kuasa...

    BalasPadam
  5. h4ni3...

    eh! tak perasan h4ni3 pun berkata yang sama macam jawapan kakcik kepada iwan :)

    Itulah... seram pulak tengok wajah Serina tu. Marah Chef Wan nanti kat kakcik....

    BalasPadam
  6. AM...

    susah sebenarnya untuk berlaku adil! ;-)

    BalasPadam
  7. Selamat petang adikku Ayu...

    kakcik lebih suka tonton Tom and Jerry. :)

    BalasPadam
  8. IM pun tak gemar tengok berita artis yang penuh materialistik.

    tengok nasional geografik ke, tanyalah ustaz ke.

    off course berita. cuma sabar aje le. lepas PRK nanti, bodek membodek rakyat ni tak ada dah ler..

    BalasPadam
  9. samalah..jadi malas nk tguk berita sebab asik menyalahkan org je..dia je yg betul tkde dosa tkde salah..berita semasa dan yg nak kita tahu cuma hujung2 dan 1% je..

    BalasPadam
  10. Dulu,memang suka tengok berita pasal politik nie.
    Segalanya kini berubah semenjak peristiwa banjir di perlis dan kedah baru-baru ini kerana berita yang dipaparkan tak sama dengan yang sebenarnya.
    Baru terhidu penipuan berita yang dibuat demi kepentingan politik.
    Yang atas cuba menggunakan kuasa untuk menjatuhkan sesama sendiri dan kebenaran sanggup diketepikan demi untuk mempamerkan kehebatan dan keunggulan pemimpin yang sendirinya dibuat-buat untuk mendapat nama...
    Akhirnya berita palsu yang dikeluarkan.
    P/S***jangan percaya kalau tak ada bukti atau lihat serta mengalaminya sendiri.

    BalasPadam
  11. saya mmg jrg tgk berita..
    mana2 berita yg havoc pasti kita akan tahu sb org akn berckp2..

    begitu juga baca paper..juga jrg..skrg lagilah..buka blog pom bole tahu berita kan kak cik..siap diulas2 lagi..

    BalasPadam
  12. IM...

    sekarang ni drama Melayu pun kakcik jarang tengok. Selalunya TV yang tengok kakcik. :)

    BalasPadam
  13. Ida...

    kadang2 bila terdengar tentang sesuatu peristiwa seperti kemalangan, kakcik tunggu juga berita - malangnya berita begitu 'hanya terselit' sahaja - baik buka komputer, cari berita di talian.

    BalasPadam
  14. Cikgu Tie...

    lagi sedih kalau ada orang yang ditemuramah sanggup menyembunyikan kebenaran mungkin semata2 'hendak masuk TV'...:(

    BalasPadam
  15. SN...

    betul - baik buka berita di internet je - kadang2 gambo lagi banyak dari yang disiarkan di TV. :)

    BalasPadam
  16. Berita n cereka.
    Ke kadang. Ada kuliah agama Alkuliah ada iklan ngeri ditengahnya..terlepas pandang

    BalasPadam
  17. Zeq...

    bagai mencari sebiji antah di dalam seguni beras - kesabarannya perlulah tinggi...

    BalasPadam
  18. Kak Cik...saya juga tak tengok berita...juga tak suka politik...

    pesal Serina tu haa..
    mata dia...eee...

    BalasPadam
  19. kakakku kakcik.. bagus n3 ni hihihi..

    pada saya, semakin byk propaganda mereka, semakin cepat dan subur bibit2 kebencian tumbuh di hati saya..merekalah golongan pendusta..

    BalasPadam
  20. kakcik, kita cari sumber lain dapatkan berita yang telus selain depends pd berita kat tv tu...okey jugak kan..

    BalasPadam
  21. Cikgu Nurin...

    kakcik juga makin tidak selesa dengan apa yang dikatakan 'politik'. Semuanya bila berkuasa bagai tak ingat pada Yang Maha Kuasa. :(

    BalasPadam
  22. Adikku Mad...

    tidak bersuara disuruh berkata-kata, bila bercakap dikatakan pula kita menderhaka. Macam manalah tu, kan?

    BalasPadam
  23. Siri Murni...

    mencari berita dari sumber lain pun, kita kena pandai menilaiakn betul atau salahnya - mungkin kita kena mengintai di sini dan menjenguk di sana. Barulah kita dapat membuat perbandingan dan penilaian. Macam kata Cikgu Tie - jangan percaya kalau tiada bukti atau melihat sendiri...

    BalasPadam
  24. jgn kata berita,
    kat paper pun sama..

    BalasPadam
  25. Sungguh kakCik.
    Jalan cerita Berita tu, macam sama saja setiap kali.


    **Saya tak beli akhbar Perdana sejak PRU12 lalu...

    BalasPadam
  26. Imanshah...

    nafsu menonton TV hilang tak mengapa dik...:)

    BalasPadam
  27. malam ni pun sama. 30 minit cerita pasal PRK jer. 10 minit jap lg utk sukan, tolak iklan cuma berapa minit jer berita pasal dalam negara (isu lain) dan berita luar negara.

    BalasPadam
  28. Jamiel...

    baik baca majalah kartun je... :)

    BalasPadam
  29. ckLah...

    macam skrip yang diulang2, kan?

    BalasPadam
  30. Eelobor...

    kakcik tak tengok pun! Baik berteleku depan blog kakcik ni sambil tunggu masuk waktu. :)

    BalasPadam
  31. saya pun dah lama meninggalkan berita, layan AFC lagi best kan.. salute pd Chef Wan

    BalasPadam
  32. ibuintan...

    macam kakcik selalu kata - kakcik lebih rela menonton Tom and Jerry. :)

    BalasPadam
  33. kak chik saat paling benci tengok berita, masa pilihanraya nak dekat.

    mulalah dalam hati....eee betul ke?

    nasib baik tv kat rumah dah rosak 3 bulan sampai lani tak repair.

    BalasPadam
  34. Cik Ina...

    suami kakcik kadangkala suka juga tengok berita. Dia kata nak tengok 'kelentong' apa pulak kali ini dan akhirnya dia cakap 'skrip yang saaamaaaaa je..'. Nasib baik kakcik punya pilihan untuk menonton siaran lain. :)

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com