biarpun segagah mana dirimu didendang
takkan kau tertegakkan layar sendirian
takkan mampu kau tempuh gelora tanpa bantuan
setidak-tidaknya sesekali kau akan menyebut nama Tuhan
janganlah kau merasa angkuh
walau tujuh lautan telah kau tempuh
kerana tidak selamanya tubuhmu akan ampuh
tiba masanya kau hanya akan mampu mengeluh
layarkan kapalmu dengan semampumu
bukan dengan membuat keputusan melulu
walaupun dengan kapal yang satu kau dah mula jemu
jangan dengan mudah kau menambah lagi satu
lihat dan kajilah terlebih dahulu
mungkin ada ruang yang belum kau tahu
jangan tercabar oleh egomu
mengambil tindakan bagai dirasuk hantu
takkan kau tertegakkan layar sendirian
takkan mampu kau tempuh gelora tanpa bantuan
setidak-tidaknya sesekali kau akan menyebut nama Tuhan
janganlah kau merasa angkuh
walau tujuh lautan telah kau tempuh
kerana tidak selamanya tubuhmu akan ampuh
tiba masanya kau hanya akan mampu mengeluh
layarkan kapalmu dengan semampumu
bukan dengan membuat keputusan melulu
walaupun dengan kapal yang satu kau dah mula jemu
jangan dengan mudah kau menambah lagi satu
lihat dan kajilah terlebih dahulu
mungkin ada ruang yang belum kau tahu
jangan tercabar oleh egomu
mengambil tindakan bagai dirasuk hantu
gambar dari : http://www.sunshineairportlimo.ca/services.html |
salam pagi kakcik. dah sarapan ke.
BalasPadamhehe.. sapa lah yang nak tambah kapal tu. kalau dapat kapal selam takut lemas nanti...
Kakpah...
BalasPadamselamat pagi. Kalau bnak tambah kapal kenalah tengok kemampuan, kan? Kalau kapal mewah, takut pula tak teruruskan nanti... hehehe...
Kak chik betul tu , suka nak jemu, kita punya jemu dia tak tahu. khe khe. lepas tu kalau yang dicari tak menepati, sapa yang susah kita ngan keluarga kita gak susah. Masa dia sakit kita gak kena jaga.
BalasPadamassalamualaikum,
BalasPadamhanya ada sampan,
mengharung lautan,
moga bertahan,
walau sesatnya di hutan.
Teringat soalan pantun masa Nida masuk pertadingan dulu..
BalasPadamIbarat bahtera dua nokhoda,
Tetaplah arah kapal dilayar..
selamat pagi jumaat kakcik
BalasPadamalahai........tak cukup satu ker wahai nakhoda...
yang dah ada tu tak cukup power ker??
senyum2 selalu kakcik
wahai nakhoda ingatlah
BalasPadamlayar itu pelum patah
mancari kapal memang mudah
tersalah pilih sendiri parah
salam..tak tercapai dek saya kadang tu kak.hehe...ingat dulu selalu kena komen ngan lecturer pasal tak puitis huhu
BalasPadamkalau bab2 pantun ni kak cik lah juara!
BalasPadamkekadang tu bukan nakhoda saje
yang di sebelah nakhoda tu pun
sama naik juga...
sama2 jaga kapal tu..
jangan ganggu nakhoda kapal
yang lain...jangan cuba bermain
dengan api ....walaupun rasa selamat
kerana berada di lautan...
renung2kan...
amal2kan juga...
di lautan
tapi saya nak tambah kapal satu lagi makcik~~haha~
BalasPadamhehehe, kakcik memang hebat. mungkin ini antara penyebab kenapa saya mesti masuk ke sini setiap kali ada entri terbaru.
BalasPadamgaya penyampaian yang menarik, ringkas, padat dan penuh bermakna serta bermanfaat.
sgt fobia ngan kapall..takutt ...mueheh
BalasPadampagi2 nie brsarapan dgn baik2 kata yg penuh makna tu kakcik......
BalasPadamsalam kakcik,
BalasPadamlama sungguh tak jengok 'umah' kakcik.. saya ingat nak buat entri buat nasi ayam resepi kak cik.. saya buat masa cuti maulud hari tu.. dah tersadai kat spital ni, terpaksalah tuggu.. itupun kalau tak lemauu lagi ler gambo2 nasi ayam tuh.. hehe.. ni pun dok blogwalk dari katil sepital.. heheh..
nampaknya kakcik timbalan nakhoda skang kena sama2 gak pegang steering, kalo nakhoda tersasar jer, timbalan kena cepat2 betulkan longitud dan latitud (betui ka) hehehe...sampan saya takde steering, ada pendayung jer.. so nakhoda ngan timbalan kena sama2 dayung, kalo sorang jer dayung tak sampan tak jalan.. asyik dok pusing2 kat situ jer nanti.. sampan pun sampan la kan kakcik, yang penting sampai ke destinasi dengan selamat..
assalammualaikum kakcik..
BalasPadamrajin kakcik mengarang..
amat bermakna sekali...
selamat pagi kakcik...
BalasPadamsendiri punya kapal jaga la elok2kan...jangan sampai karam...
bahaya nnt ade penyelamat ambik kesempatan pulak...
kakcik kalu wat novel, mesti malatop
BalasPadamteringin nak naek kapal layar..leh pusing2 selat teberau..eceh!
BalasPadamtiada kapal jadi tak leh belayar
BalasPadamCik Ina...
BalasPadamsecantik mana pun yang baru, yang lama tetap ada auranya... :)
Wa'alaikummussalam Myri...
BalasPadamandai sampanmu sesat dihutan
tahulah kamu bahawa hutan itu seluas lautan.... :)
Nida...
BalasPadamandai kapal dua nakhoda, janganlah sampai patah di tengah.. :)
sehebat dan segah manapun kapal itu..harus diingat bahawa lautan samudera yang luas terbentang itu perlu ditempuhi dengan jayanya kerana kita tak tahu bila masa lautan itu akan bergelora..atau tiba2 tsunami ke..
BalasPadam**ingat bahawa susah wey nk jadi nakhoda tau..bukan tau pegang streng je..stereng ke org panggil mende pegang tu utk kapal..hehe
Ayu...
BalasPadamselamat tengahari, Dik.
Manusia kan selalu tamak? :)
Kakzakie...
BalasPadammengendalikan kapal bukanlah mudah
andai tiba-tiba tersalah arah
carilah petunjuk dengan berhemah
bukan sewenangnya menyerah kalah...
Suri...
BalasPadamala.. kakcik saja mengarut2 di pagi Jumaat - asal saja jangan mencarut! :)
Ati...
BalasPadamkakcik bukan pandai, cuma memandai2...
kapal yang ada,andai pandai dijaga dan diselenggara - pasti akan kelihatan baru sentiasa.. :)
bujal x...
BalasPadamkapal api ke? :)
eelobor...
BalasPadamsebenarnya, kakcik hanya mengikut jari dan apa yang terlintas di fikiran je... Kakcik bukanlah orang yang bijak pandai untuk menunjuk ajar orang lain. Terima kasih kerana sudi mengikuti tulisan kakcik. :)
Kaseh...
BalasPadampernah ada pengalaman ngeri sewaktu menaiki kapal ke? :)
NzA...
BalasPadamsarapan apa tadi, dik? :)
Aanas...
BalasPadamsemoga kesihatan Aanas dan kandungan sentiasa dalam keadaan baik. InsyaAllah.
Mengemudikan kapal kenalah ditentukan hala, andainya tidak takut kapal karam tenggelam...
Kapal kakcik pun kecil sahaja - mungkin lagi mudah dilambung gelora, andai tidak berhati2, mungkin ditelan ombak menanti...
Wa'alaikummussalam PB...
BalasPadamkakcik memang suka mengarang, cuma kadang2 ketiadaan ilham. :)
Ainnoraini...
BalasPadamselamat tengahari dik. Andai sudah karam tenggelam, berpestalah jerung di laut dalam... :)
NM02...
BalasPadamkalau buat novel, kakcik akan gagal kerana kakcik tak pandai menyusun ayat dan cerita yang berkait-kait... :)
nakhodaku...
BalasPadamkepadaku tak perlu kau berjanji
kalau hanya untuk dimungkiri
kepadaku jangan kau bersumpah
ku tak mahu dirimu diterjah padah
aku hanya harap kau ingat
saat diriku berpindah tempat
dari waliku ke tanganmu tuan
detik itu dilupa jangan...
sejurus seluruh diri diserah
padamu tuan hidupku pasrah
akan menjadi ladang dibongkar
atau terbiar bak hutan belukar
atau mungkin bak padang pasir
sering haus setitik air
hanya dipuput bayu menyisir
menambah gersang bak lagu tanpa syair....
seorang aku bernama suri
kau permaikanlah di takhta hati...
aku hanya harap kau ingat
sentiasalah olehmu tidak melupa
sejurus jiwaku rela diikat
aku kehilangan segala rupa
nama...
cita-cita...
mahkota...
telah aku serahkan
seluruhnya aku korbankan
akulah ladangmu
payungi aku sepanjang hayatku...
Salam Jumaat kakcik...Q.
MDT...
BalasPadamjom kita sewa Star Cruise.. :)
Zeqzeq...
BalasPadamtak berlayar, berdayung sahajalah... :)
SN...
BalasPadamsebenarnya berjalan pun tidak mudah, terilap langkah mungkin terseliuh. :)
Salam Jumaat Q...
BalasPadamindah sekali puisimu itu. Akan kakcik angkat nanti dalam catatan terbaru. Boleh ya? Izinkanlah... :)
assalammualaikum kakcik..time mkn tengahari.
BalasPadamnaknoda zue selalu angin pus2....sabor je lah.
Wa'alaikummussalam zue...
BalasPadammakan apa tengahari ni?
Sabar itu sebaik2 senjata. :)
boleh saja kakcikku sayang
BalasPadamkongsi2 apa salahnya
masa tulis tu menitis2 airmata...
entah apa ntah pasal..
Q sayang...
BalasPadamkakcik juga sangat terharu dengan kata2 puitismu itu - bagai meresap ke dalam kalbu hinggakan berair tubir mataku...
Terima kasih sayang.
bukan mudah menjadi nakhoda, andai tersalah haluan hanyutlah ia....merentas lautan yang tidak bertepi, mencari kembali daratan yg bertahkta di hati...
BalasPadamJunAina...
BalasPadamnakhoda kena sentiasa mengerti bahawa gelora sentiasa menanti...