Kawan-kawan kakcik

Rabu, 16 Februari 2011

Rabu...

Mengatur langkah satu persatu
dengan wajah letih dan lesu
ke daerah diri tidak diperlu
menempuh jalan beronak dan berliku

biar hadir dipandang sepi
namun perjalanan tak akan berhenti
kecuali ajal menjemput pergi
tiada yang perlu difikir lagi

langkah ini langkah sementara
hingga nafas bertemu noktahnya
tiada lagi lagak dan gaya
saat jenazah di usung ke pusara

Ini Pekan Rabu yang dibuka sepanjang minggu. Tiada kena mengena antara tajuk, isi dan gambar. Tapi, mungkin juga ada kaitannya kerana hidup ini sebenarnya tidak sendirian.



52 ulasan:

  1. Kakcik..
    Tengok Pekan Rabu tu rasa2 minggu depan kena pi lah sat... lama sangat dah tak pi...

    InsyaAllah kalau cuti lulus nak balik kedah. Biarpun langkah sementara, tetapi bumitanah tumpah darah tetap dikenang walaupun lama ditempat orang...

    BalasPadam
  2. السلم عليكم ورحمة الله

    Wajah langit hari ni pun muram jer, kakcik. Hujan sejak awal pagi tadi tidak menampakkan akan berhenti. Langkah pun agak terbatas

    BalasPadam
  3. kat tempat saya ada satu istilah tentang rabu.

    "nyo juppolah robu nga komis"

    BalasPadam
  4. assalamualaikum

    manje doakan kakcik baik2 sahaja hari ni... dah lama betul tak pergi pekan rabu alor setar tu... pekan rabu kat sungai petani tak meriah sgt... ~

    BalasPadam
  5. Ada kerja di luar kawasan ye kakcik?

    Semoga segalanya berjalan lancar ye..

    BalasPadam
  6. Di JB pun ada pekan Rabu tapi buka tiap-tiap hari.

    BalasPadam
  7. as salam kak cik,

    sihat ke..mcm sedih saje

    ati dah 3 tahun tak sampai kedah tu


    Jom baca: Tag Dari Tok Dukun

    BalasPadam
  8. perjalanan kita pasti ada noktahnya dan sehingga ke noktah itu masih ada perjuangan-perjuangan yg belum selesai...

    pekan rabu...kena singgah la bila balik perlis bila cuti sekolah nanti.

    BalasPadam
  9. Pekan rabu tempat Dr.Mahathir dibesarkan tu ye? Kak chik dan pekan rabu ada kaitan ke? kenapa bersedih?

    BalasPadam
  10. naper ni kakcik? tgh bersedih ker? pekan rabu ngan tajuk citer mungkin takde kena mengena, tapi ngan kakcik mungkin ada kan? ha... baik cakap

    BalasPadam
  11. assalamualaikum....

    semoga kak chik ceria2 selalu...

    BalasPadam
  12. Kenapa lak rasa diri tak diperlu?? Bumi Tuhan ni luas, semoga kita tidak lupa diri. Selamat berhari Rabu hehe..

    BalasPadam
  13. Assalamualaikum Kak Cik,
    Lama tak bertandang kesini, dah berwajah baru.
    Pantun kat atas tu menginsafkan saya betapa langkah ini hanya sementara,
    Terima kasih, semuga kak chis serta keluarga diberkati selalu.

    BalasPadam
  14. Maaf, Terima Kasih, semuga Kak Chik keluarga diberkati selalu
    (sebenarnya)

    BalasPadam
  15. memang kita selalu lupa yg ajal maut sentiasa dekat dgn kita..

    kakcik ni ade bakat dalam berpuisi lah! penuh maksud tersurat & tersirat

    BalasPadam
  16. lama tak gi ke pekan rabu...dulu2 time bljr selalu jek jengah sana....

    BalasPadam
  17. Pekan Rabu tu tempat Tun M suka beli songkok kan....

    BalasPadam
  18. memang ada kena mengena gambar pekan rabu dengan tajuk entri hari ini - rabu.

    tapi pekan rabu tidak ada kena mengena dengan hari rabu kerana ia dibuka bukan sahaja pada hari rabu.

    BalasPadam
  19. salam kak ..
    madah pujangga akak nie menarik ati ..
    semoga kita sentisa dpt perbaiki diri dan x mudah lupa .. aminn :)

    BalasPadam
  20. Mohamad...

    seindah mana pun tempat orang, sesekali tempat tumpah darah pasti menggamit untuk kita jejak kembali...

    BalasPadam
  21. Wa'alaikummussalam Ustaz...

    cuaca juga kadangkala mempengaruhi 'mood' kita...

    BalasPadam
  22. eelobor...

    apakah maksudnya itu??? berjumpa rabu dengan khamis?

    BalasPadam
  23. Wa'alaikummussalam Manja...

    semoga Manje juga sihat sejahtera serta ceria sentiasa...

    BalasPadam
  24. huhu..relak kak cik..

    yg penting setiap hari skrg..saya bizi..

    BalasPadam
  25. Kakzakie...

    ada juga sesetengah tempat yang pasar/pekannya di beri dengan nama hari dan hanya dibuka pada hari tersebut....

    BalasPadam
  26. Ati...

    kakcik bukan sedih, cuma sayu sahaja...

    BalasPadam
  27. JunAina...

    selagi kita bernyawa, selagi itulah ada sahaja urusan yang tak pernah terselesaikan. Selesai satu, akan muncul pula yang lain menunggu....

    BalasPadam
  28. lama tak pegi pekan rabu...... cari dodol

    BalasPadam
  29. Cik Ina...

    Kakcik tiada kaitan dengan Pekan Rabu, cuma kalau kakcik ke Alor Setar - kakcik akan singgah di situ. Mungkin kakcik tak perlu merasa sayu andainya kakcik tak perlu lagi memikirkan ini itu....

    BalasPadam
  30. NM02...

    kebetulan hari ini hari Rabu, saja kakcik letak gambar Pekan rabu tu....

    BalasPadam
  31. Wa'alaikummussalam Wati...

    semoga Wati juga ceria sentiasa...

    BalasPadam
  32. Aida...

    ya - bumi ini luas, tapi kakcik tak mungkin dapat menjelajah setiap sudutnya. Sedangkan hati yang kecil pun tidak dapat kakcik terokai isi kandungannya...

    BalasPadam
  33. Wa'alaikummussalam Lipislady...

    terima kasih kerana masih ingat dan sudi mengunjungi kakcik di sini. Semoga Yang Maha Pengasih sentiasa merahmati kita semua....

    BalasPadam
  34. bujal x...

    kalau boleh, makcik ingin sentiasa ceria seperti kamu...

    BalasPadam
  35. MDT...

    bakat kakcik lebih terserlah bila jiwa kakcik diamuk resah...

    BalasPadam
  36. Mimi...

    kali terakhir kakcik singgah di Pekan Rabu tu, rasanya dalam bulan Januari lalu...

    BalasPadam
  37. Dr DZ...

    Along (anak kakcik) pun suka beli songkok (ketayap) kat Pekan Rabu tu...

    BalasPadam
  38. Kanda AL...

    kena mengena pada perkataan Rabu itu dan kena juga melalui hari Rabu....

    BalasPadam
  39. Ida sayang...

    kalau ke Alor Setar dan berkesempatan untuk singgah, cuba-cubalah masuk ke situ. Ada baulu dan dodol panas yang baru/sedang dimasak kat sana...

    BalasPadam
  40. ieda...

    kakcik cuba mengingatkan diri kakcik yang selalu lupa ini...

    BalasPadam
  41. SN...

    bila musim persekolahan, cikgu2 pastinya sibuk. Ditambah lagi dengan urusan sebagai isteri dan ibu...

    BalasPadam
  42. Chik Att...

    kakcik kalau singgah, mesti beli dodol dan baulu panas...

    BalasPadam
  43. http://al-kaedah.blogspot.com/2011/02/pelik-tapi-benar-dinasihatkan-agar.html

    BalasPadam
  44. kak cik memang selalu ke alor setar ke? rumah saya dari alor setar, lebih kurang dalam 15 minit ja. en. abah org alor setar la. saya dah lama tak jejak kaki kat pekan rabu. serunding pun sedap kalo beli kat situ

    BalasPadam
  45. Mamasyaza...

    dalam setahun, adalah dua tiga kali kakcik ke sana. Mungkin akan pergi lagi nanti. :)

    BalasPadam
  46. ate ngape ni kakcik..? sedih plok teman macenye..huhuhu..

    BalasPadam
  47. Mad...

    tak ade ngapenye.. sesaje nughut kate ati... ;-)

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com