Kawan-kawan kakcik

Selasa, 15 Februari 2011

Bila rasa diri diterima...

Beberapa bulan yang lalu, ibu kucing ini datang ke rumahku dalam keadaan mahu melahirkan anak.  Suami dan anak-anakku sibuk menyediakan tempat agar ibu kucing ini boleh melahirkan anaknya dengan selamat.  Walaubagaimanapun, ibu kucing ini menghilangkan diri sebelum anak-anaknya dilahirkan.

Dua atau tiga minggu yang lepas, ibu kucing ini muncul kembali.  Perutnya kempis dan badannya kurus.  Tiada anak-anak kucing bersamanya.  Dia mengiau-ngiau dengan begitu kuat.  Aku tahu dia lapar, lalu aku sediakan makanan.  Hari-hari seterusnya, begitu juga.  Pantang aku membuka pintu untuk keluar atau sebaik aku turun dari kereta waktu pulang dari pejabat, dia akan mengiau kuat sambil memandang wajahku.  Aku akan ke dapur untuk mencari apa yang boleh kuberikan padanya.

Kemudian, aku terperasankan sesuatu.  Ibu kucing ini tidak akan makan ikan mentah!  Dua kali aku memberinya ikan kembung basah dan dia akan meninggalkan ikan itu begitu sahaja.  Satu hari, sebaik balik ke rumah, seperti biasa ibu kucing ini menungguku.  Aku cakap kepadanya 'tunggu, nanti kejap aku goreng ikan untuk kau'Dia pun berhenti mengiau.  Aku masuk ke dapur dan kugorengkan seekor ikan buatnya.  Sukanya dia mendapat seekor ikan goreng.

Oh! di belakang dapurku juga terdapat beberapa ekor (tak silap aku 6 ekor) kucing yang sentiasa menanti makanan yang kuhulur melalui tingkap.  Tapi kucing-kucing itu akan makan apa sahaja ikan atau ayam yang dimasak atau tidak.

Beberapa hari kemudian, mungkin merasakan dirinya diterima, ibu kucing di atas telah membawa tiga ekor anaknya yang comel bermain di halaman rumahku.  Satu demi satu anak-anak itu digonggongnya.  BS dan Bangcik bukan main suka pula.  Leka mereka 'melayan' anak-anak kucing itu.

Cuma satu yang aku tidak suka, mereka akan membuang najis merata-rata!  Pagi ini aku telah bercakap lagi dengan siibu kucing 'kalau nak berak, pergi keluar.  Berak atas tanah di depan sana.  Kalau berak merata-rata, nanti aku tak bagi masuk lagi'.  Macamlah kucing tu faham walaupun dia memandang ke mukaku!

Along juga telah bermurah hati membeli makanan khusus untuk kucing. Suka sangat nampaknya kucing-kucing itu mendapat makanan tersebut.


Betapa haiwan pun mengerti sama ada mereka disukai atau sebaliknya.  Apatah lagi kita manusia yang punya akal dan perasaan.  Jangankan kata-kata, bahasa tubuh seperti jelingan dan senyuman yang hanya 'tersungging' di hujung bibir, sudah cukup untuk kita menilai apa sebenarnya yang terdetik di hati orang terhadap kita.



50 ulasan:

  1. salam maulidur rasul kakcik..
    betol apa yg kakcik ckp tuh.. kita boleh tahu dan rasa samada org ikhlas ngan kita atau tak kan kak.. btw kucing kaseh pun nak bersalin tak lama lagi.. tak sabar ..tapi kucing kaseh ajor berak dlm bilik air..so takdela dia membuang bersepah2.. akak kurung je dulu kucing2 tu lam bilik air bg dorg biasa..hehe take care kak.. kaseh lum sempat khatam entry akak yg before ni.. tak dan lagi.. ni nak g melaka ada wedding.. bye kak..

    BalasPadam
  2. comelnye, binatang pun tau jg ank, org pulak buang ank rata2

    BalasPadam
  3. semasa IM pergi buat cermin mata di Kristal Optomorist, Kulim, IM diberitahu bahawa kucing boleh menyebabkan rabun mata tahap serius. so, hati-hati...

    BalasPadam
  4. Kaseh...

    kakcik tak berniat pun nak bela kucing2 tu sebenarnya. Tapi, bila dia minta makan, kakcik bagi setkat termampu.

    Hari ini pun ada aorang kahwin, ya? Semoga Kaseh dan keluarga selamat walau di mana berada. Makan untuk kakcik sama, ya? :)

    BalasPadam
  5. Ayuni...

    ramai manusia sekarang bagai dah tak punya akal fikiran! :(

    BalasPadam
  6. IM...

    terus terang, kakcik bukan peminat haiwan. Tak pernah pun kakcik ingin memelihara kucing atau haiwan2 lain. Cuma berkongsi seadanya. Terima kasih tentang apa yang IM kongsikan itu. Semoga ada manfaatnya buat kita semua. :)

    BalasPadam
  7. salam maulidur rasul kakcik,

    saya peminat kucing tapi sejak kahwin terus tidak memeliharanya lagi.. demi kesihatan anak2


    sekarang macam kakcik juga sekadar berkongsi rezeki sekiranya mereka datang bertandang

    BalasPadam
  8. Kak Cik, di tempat saya ni, ada seorang makcik tu, setiap hari bawa makanan yang dibungkus ( bukan satu, berbelas belas ) untuk kucing kucing jalanan yang dijumpainya. Dia akan duduk di satu bangku dan kucing kucing macam dah tau,bila dia datang jer,...serbu....

    BalasPadam
  9. Ibuintan...

    Alhamdulillah, kalau ada rezeki - dapatlah kita kongsikan, kan? :)

    Salam Maulidur Rasul buat ibuintan juga.

    BalasPadam
  10. Cikgu Nurin...

    kakcik pernah terbaca kisah seorang wanita yang memberi makanan kepada kucing-kucing jalanan. Setiap kucing itu, tidak pula sama seleranya. Mudah2an Allah sentiasa murahkan rezeki beliau. :)

    BalasPadam
  11. Saya bukanlah peminat kucing. Saya tak suka bila mereka suke meleset-leset kat kaki saya. Tapi takdelah smpi nak sepak-sepak ke..

    Kucing ni mcm faham je dgn kita. Kadang-kadang kalau kita marahkan dia, makin dia buat perangai. Tapi kalau kita baik dgn dia, tiba-tiba je yang kita tak suka tu pun diaorg tak buat..huhu.

    BalasPadam
  12. salam kak chik ... saya takut nak pegang kucing ..tapi suka tengok kawan kawan pelihara kucing .macammana nak hilangkan takut tu ya?

    salam maulidul rasul

    BalasPadam
  13. assalamualaikum

    kak cik.

    saya bukanlah terlalu menyayangi kucing.

    tapi seluruh keluarga saya amat suka menjaga kucing. So, sejak kecil memang bermacam-macam jenis kucing sampai dah ada 5 generasi kucing mak saya bela.

    Entah macam mana. saya tertaraik untuk miliki seekor kucing siam.3 tahun saya jaga. selama itu, dia tidur dan makan bersama saya. hinggalah satu hari, waktu subuh dia gerakkan saya. meminta untuk dibukakan pintu. bila sudah di halaman rumah, dia berhenti dan menoleh kepada saya. sayu je. lepas balik sekolah, mak saya kata dia mati di pokok tempat saya selalu lepak dengan dia.

    sejak itu kak cik, saya tidak pernah terasa mahu menjaga kerana takut hati saya kecewa sgt.

    tapi, selepas kahwin kerana terasa sunyi, saya kembali memberi kasih sayang kepada tom...

    apa yang kakcik buat tu amat mulia.

    kucing faham apa kita katakan. kucing juga terapi yang paling berkesan.

    semoga Allah membalas budi kak cik sekeluarga

    BalasPadam
  14. Wahhh...bermakna sungguh yea....al kisah nya perihal kucing jerk...last2 ada makna sebaliknya....ahakz...Tq kak cik...

    BalasPadam
  15. Tanpa sedar Kakcik dan keluarga mendapat rahmat yg tidak terhingga hanya kerana membantu kucing tersebut. Binatang ini juga akan menjadi saksi segla kebaikan kita di akhirat kelak.

    BalasPadam
  16. Hati berbunga bila membaca entri ini. Kami sekeluarga sukakan kucing, namun kami berhenti membela kucing kerana telah beberapa kali kucing kami mati akibat pelbagai penyakit. Tak sanggup untuk berrsedih lagi

    BalasPadam
  17. Betul tu Kakcik. saya pun sangat peka dengan mimik muka & kata2 dari orang. kalau orang tak suka, saya mengundur diri. caboootttt!

    BalasPadam
  18. kak oii, kucing ni kena pergi sekolah jugak. mula mula kasi tidur diluar rumah, bagi dia biasakan diri dengan pasir dan tanah.Makanpun di luar rumah. Diakhir masa kita pun senang walaupun dia suka keluar masuk rumah, dia akan tetap berak diluar rumah.

    BalasPadam
  19. Comelnya.... tak rugi bela kucing kak cik... rezeki bertambah-tambah...

    BalasPadam
  20. baik betul hati kakcik. :)

    saya takut kucing sebenarnya, tapi tak lama dulu saya cuba berbaik dgn kucing sbb org yg saya suka sgt sayangkan kucing.

    tapi sekarang dah tak dah...hihi~

    BalasPadam
  21. Baik betul hati budinya....teruskan Kakcik.

    BalasPadam
  22. Kakcik seroja:

    Mak bgck pon ada gak jaga kucing nie lps bgn tidor trs gi tngk sebelum tidor gi tngk siap kan tmpt tidor yang br.Maen ngan dia setiap hari jaga dia tolong halau kucing yang sll ganggu dia kalau ada mase tu......

    BalasPadam
  23. Sephia...

    kakcik pun taklah suka sangat dengan kucing. Masa kakcik budak2 dulu je, ada seekor kucing peliharaan keluarga yang sangat manja dengan kami. Boleh dibawa menunggang basikal. Kucing itu juga suka makan gandum yang selalunya menjadi makanan ayam. :)

    BalasPadam
  24. Esma...

    perasaan takut atau geli bukanlah sesuatu yang dibuat2. Adik perempuan kakcik juga sangat takutkan anak kucing. Dia boleh bangun dari tidur dan melompat ke tanah dari atas rumah kalau disuakan dengan anak kucing.

    Terima kasih sudi singgah dan beri komen. :)

    BalasPadam
  25. Wa'alaikummussalam Azween...

    kakcik pun rajin juga bercakap dengan kucing2 yang datang itu. Macam dia faham je apa yang kakcik cakap.. :)

    BalasPadam
  26. jeBateja...

    di sebalik yang kakcik suratkan itu, ada juga yang tersiratnya... :)

    BalasPadam
  27. Kakzakie...

    mudah2an Allah memandang kita semua dengan kasihNya walaupun apa yang kita buat itu tidak sebesar mana...

    BalasPadam
  28. Zool...

    kakcik penghidap athma dan setahu kakcik bulu kucing merupakan seseutu yang penyebab alahan. Sebab itulah kakcik tidak suka hendak bermanja dengan kucing. Sekadar melayan seadanya. :)

    BalasPadam
  29. Dinas...

    bila usia dah setua kakcik ini, lagilah hati cepat terasa...

    BalasPadam
  30. PM...

    kakcik memang tak bagi kucing2 itu masuk ke rumah, nanti takut mereka terbiasa. Biarlah mereka bermain-main di luar rumah yang agak luas itu. :)

    BalasPadam
  31. Vic...

    mudah2an rezeki yang masuk dapt dikongsikan bersama kucing2 itu. Apa khabar MIKA sekarang? Pasti makin comel, kan? :)

    BalasPadam
  32. gB...

    sekurang2nya BS dan bangcik seronok bermain dengan kucing2 igtu dan tidaklah mereka bermain jauh dari rumah. :)

    BalasPadam
  33. NIdus...

    InsyaAllah, selagi ada rezeki bolehlah dikongsikan dengan kucing2 itu. :)

    BalasPadam
  34. Bangcik...

    iyalah... mak tahu. Bangcik dan Adik rajin layan kucing2 tu. Terima kasih. :)

    BalasPadam
  35. O o patut la, sesetengah rumah ada bau, rupanya melekat pada carpet..

    BalasPadam
  36. salam kakcik,

    saya pun baru nak buat entri pasal kucing. sudah tak tahan sangat kerana boleh di katakan terlalu kerap sangat kucing2 jiran daang berak & kencing di dalam kawasan halaman rumah saya. ada sekali tu kat atas alas kaki yang baru beli kat IKEA tuu. hihihi

    kekadang terlalu geram juga kerana di luar pagar yang ada rumput & pasir pun setiap hari akan di tinggalkan tanda (berak & kencing).

    panjang sangat, dah jadi satu entri lak

    BalasPadam
  37. eelobor...

    tang berak dan kencing yang tak tahan tu. Tapi bila tengok kucing2 itu kelaparan, tak sampai hati pulak...

    BalasPadam
  38. bAgi makan tu laratjuga yee..
    tang basuh taik yg tak rajin yee

    BalasPadam
  39. comel lah kucing2 tu. teringat gn kucing aefa kat umah.. tade sape teman dia main :(

    BalasPadam
  40. Betul apa yang kak chik cakap. itu yang selalu saya pelik bila jiran saya maki hamun bila kucing berak kat depan rumah dia.tak logik nak marah binatang yang tak berakal.

    BalasPadam
  41. Salam Kakcik, orang yg siankan haiwan, selalu murah rezki!

    BalasPadam
  42. Sal...

    tak rajin pun kena buat juga. Kalau tidak nanti satu rumah (dan rumah jiran juga) terpalit dengan baunya. :)

    BalasPadam
  43. Aefa...

    meh datang main dengan kucing2 kat rumah bonda ni ... :)

    BalasPadam
  44. Cik Ina...

    manusia yang berakal pun susah nak faham bahasa, kan? ;-)

    BalasPadam
  45. Yong Helli...

    syukur Alhamdulillah - kalau ada rezeki, bolehlah dikongsikan kembali, kan? :)

    BalasPadam
  46. salam maulidurrasul kakcik :)
    amboi ghamey2 d ghumah semlm hapekeheynye? ke campor skali jamu anak2 bulu? hehe.. alangkan kucing pon ade yg paham ade yg xpaham bahse.. inikan pulak maknusiyeee.. ;)

    BalasPadam
  47. AzeedA Intan Payung...

    semalam yang gheghamei tu, apok teman ade kat ghomah dengan adik2, adik ipo dan anok2 sedaghe duduk bekumpoi... meghiohkeri le sikit ghomah teman... :)

    BalasPadam
  48. kucing macam manusia jugak..terlampau diberi muka, ke atas meja makan diterkamnya rezeki kita..

    BalasPadam
  49. Dik Mad...

    itule paseinye, kalo nok sayang bio bepada2... :)

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com