Kawan-kawan kakcik

Rabu, 16 Februari 2011

Antara 'InsyaAllah' dan 'Dijamin'...


Nampak tak perkataan DIJAMIN itu?  Hakikatnya, dari 7 kiriman yang kulakukan, hanya 5 yang sampai pada keesokan harinya.  2 lagi hanya sampai selepas 3 atau 4 hari.  Oh! jangan ada yang berkata kelewatan itu disebabkan banjir atau lain-lain bencana alam.  Tidak juga sebab tempat itu berada jauh di pedalaman!  Salah satu kiriman yang lewat sampai itu, hanya dalam lingkungan beberapa kilometer sahaja dari tempat kiriman dibuat.  Jadinya, perkataan DIJAMIN itu hanyalah satu perkataan berunsur rasa bongkak yang sebenarnya langsung tidak dijamin ketepatannya. 

Sebenarnya apa pun alasan kita kena akui bahawa kita hanyalah insan yang lemah.  Tidak akan terlaksana sesuatu perkara melainkan dengan izinNya.  Jadi, bukankah elok kalau kita sentiasa berpegang kepada perkataan INSYAALLAH - maksudnya HANYA DENGAN IZIN ALLAH.

Begitu juga apabila kita ingin mempromosi produk jualan seperti makanan atau ubat-ubatan.  Janganlah sewenang-wenangnya mengatakan 'dengan memakan makanan/ubatan ini,  DIJAMIN kesihatan/kecantikan anda akan terserlah'.  Siapakah kita untuk memberi jaminan itu???

Catatan ini kubuat selepas menerima satu emel daripada Adinda Abi Al Baihaqi (RKA) .  Terima kasih Adinda RKA yang mencetuskan ilham ini.


48 ulasan:

  1. Tidak ada jaminan yang dijamin itu benar-benar terjamin. hikhik..

    BalasPadam
  2. diorang patutu tulis cenggini kakcik...

    'InsyaAllah sampai besok'

    tapi agak2 kalau pakai perkataan insyaAllah tu mau lagi lama kot nak sampai kan? :D

    BalasPadam
  3. Asslamualaikum kakcik,

    Mesti Abi Al Baihaqi (RKA) terima kiriman kakcik agak lewat.

    Semua yg kita lakukan adalah dengan izin Allah....

    BalasPadam
  4. akak fowardkan entri ni kat POS MALAYSIA kak...:)

    BalasPadam
  5. tak terjamin langsung..penah gak kirim dokumen penting sampai berhari2 col tanya mcm2 alasan..
    Harap pos malaysia ambil perhatian..kalau ade pihak pos malaysia baca entri kak cik ni lagi molek.

    BalasPadam
  6. setuju kak. Perkataan dijamin tu tak boleh diguna sepatutnya.

    BalasPadam
  7. assalamualaikum

    sy sokong apa yg Dr Daddy Ziyyad cakap..biar depa nilai sendiri servis depa huhuhhh

    BalasPadam
  8. gB...

    nak tulis InsyaAllah, mungkin ada masalah akan timbul. Jadi, boleh juga tulis, KEMUNGKINAN BESAR sampai esok! ;-)

    BalasPadam
  9. Wa'alaikummussalam Kakzakie...

    RKA bagi kakcik ilham pasal penggunaan DIJAMIN dan INSYAALLAH itu. Menurut RKA, di Brunei - iklan2 mereka berlandaskan perkataan INSYAALLAH. :)

    BalasPadam
  10. qemaishak...

    paling sedih kalau surat panggilan temuduga atau lain2 perkara penting, sampainya lewat dari tarikh sepatutnya, kan?

    BalasPadam
  11. ~yus~...

    keyakinan yang boleh dipersoalkan dan mungkin memakan diri, kan?

    BalasPadam
  12. Wa'alaikummussalam Sahrom...

    ramai orang yang enggan mengaku kelemahan diri sendiri...

    BalasPadam
  13. Angah...

    terima kasih. Angah masih sibuk, ya? :)

    BalasPadam
  14. hehehhe...

    xbaik mungkir janji kan akak..dijamin sampai esok..patutnye confirm sampai esok..eheheh

    BalasPadam
  15. tak bleh kot depa nak letak INSYAALAH sampai esok...
    silap2 gaya - orang yang berlainan agama tak nak guna plak perkhidmatan pos laju ni
    maklumlah... bukan tak faham pe'el rakyat malysia ni... pantang tercuit sikit dah melalak ke hulu - ke hilir...
    tengok saja apa jadik pada buku Interlok!

    pendapat iols jahhhh!~ harap tak de yang terasa hoccay!

    BalasPadam
  16. ye teman stuju dgn iols..
    mmg sulit + sembelit nk praktikkan.. ghamey yg suke nk touching feeling..

    BalasPadam
  17. Salam kakcik, boleh tak kalau ditulis gini : kalau ditakdirkan sampai, maka sampailah...

    BalasPadam
  18. "dan janganlah kamu berkata sesuatu,aku akan berbuat sesuatu perkara itu esok ari,,tapi berkatalah dengan izin Allah,aku akan membuatnya..."..jelas dah peringatan dari Allah tentang keterbatasan manusiakan kak..

    BalasPadam
  19. kakakku kakcik.. memang ghope itu le selalunye..ate, bile kite idok ade pilihan lain..itu jge le yang kite caghi yak..err..masuk teman..yg kununnye dijamin sampai cepat tu la..itu pun mujo nsampei yak hihihi..

    BalasPadam
  20. memang betul dan teramat2 setuju dengan entri kakcik nie

    BalasPadam
  21. CCC...

    dijamin dengan confirm tu macam sama jeee... ;-)

    BalasPadam
  22. miloais...

    itulah maksud kakcik dalam jawapan kepada gB di atas. Lagipun tak manis juga kalau perkataan InsyaAllah itu 'disepah2kan', ya tak?

    BalasPadam
  23. AzeedA...

    manusia sering tewas dengan mainan emosi - tambah bila ada yang meniup angin kepada api! ;-)

    BalasPadam
  24. Q...

    nanti kita kemukakan cadangan itu kepada pihak Pos Malaysia... :)

    BalasPadam
  25. Ops... Q lagi...

    Azie naik bas - sekarang dia dah sampai ke stesyen! :)

    BalasPadam
  26. Suri...

    tapi manusia selalu 'gila kuasa' seolah-olah tiada yang mengatasi mereka....

    BalasPadam
  27. Adikku Mad...

    mun udoh tak ade pilihan, nok tak nok kita gune le juge. Bok kate oghang, kalo dah kagham, daun sehelei pun dibuat tempat bepaut!

    BalasPadam
  28. eelobor...

    terima kasih kerana memberi sokongan. :)

    BalasPadam
  29. ada kes yang lagi teruk, caj depan pintu..tapi penerima kena pergi town...peeh..jauh tu..
    hantar pakai pos biasa stem 60sen rasanya lagi bagus...

    PS: ayu pun setuju etry kakcik..jgn mungkir janji...
    so...tulis jer..harap-harap sampai esok..hehehe.kan senang

    BalasPadam
  30. kalau tak semua pasti ada satu dua yang menghadapi pelbagai halangan dalam perjalanan.Van pos ekspress rosak ke, tayar pancit ke.

    BalasPadam
  31. kakcik...den raso mmg betul lah kata kakcik...den pos kek ke pulau pinang...sehari jerk....pos ke senawang....4 ari baru ssampai....

    BalasPadam
  32. Teman pun udah terkena Yong... Sepatutnya begini "Dijamin sampai esok/lusa/tulat/berkulat - Terimalah dengan redha"

    Sejuk gak ati...

    BalasPadam
  33. Ayu...

    bayaran pos pun sekarang dah naik. Sewajarnya perkhidmatan mereka pun semakin bagus, kan?

    BalasPadam
  34. monalea...

    mungkin juga tu. Tapi sesuai dengan janji, pihak pos mesti berusaha dengan apa cara pun untuk menepatinya...

    BalasPadam
  35. jeBateja...

    alamak! tak berkulat ke kek tu? :(

    Sewajarnya kita diberi peluang untuk membuat tuntutan atas kerugian/kerosakan, kan? Mungkin juga kita boleh membuat tuntutan, tapi mungkin akan masa kalau tak berbulan - bertahun!

    BalasPadam
  36. Liza...

    nak kata apa lagi - walaupun hati mendidih, terpaksa jugalah terima keadaan walaupun tiada permohonan maaf dihulurkan, ya tak?

    BalasPadam
  37. perkataan yang tidak mengambarkan bahwa kita ini manusia yang lemah.

    BalasPadam
  38. AM...

    kita selalu bersifat bongkak sedangkan kita sebenarnya hanya meminjam segala2nya...

    BalasPadam
  39. Assalamu'alaikum Kakcik Seroja... semoga sihat dan ceria selalu...

    Terimakasih tak terhingga kepada kakcik kerana entry yang ini... terharu rasanya sebab idea RKA ini diterima-pakai oleh Kakcik... camanapun RKA nak minta maaf sebab baru sempat jengok dan baca entri dlm blog Kakcik nie...

    terimakasih sekali...
    tabik spring satu untuk kakcik...

    BalasPadam
  40. Wa'alaikummussalam RKA...

    terima kasih juga kepada adinda yang memberi ilham kepada kakcik untuk membuat catatan ini. :)

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com