Kawan-kawan kakcik

Selasa, 1 Mac 2011

Terima kasih semua....


Waktu ini kebanyakan tetamu telah pun pulang ke rumah masing-masing.

Terima kasih kepada Sya (Sayang Ibu) dan keluarga (kesian mereka berpusing-pusing cari rumah kakcik), Azieazah dan gadisBunga, tak lupa kepada Acu Sayang (tiada pula gambar Acu) yang sudi datang ke rumah kakcik pada malam minggu lepas.

Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada Tuan Haji Salam yang menaja majlis malam tersebut. Hanya Allah yang dapat membalas budi baik Tuan Haji.  Sumbangan (penajaan) Tuan Haji kepada Along selepas ini (akan diceritakan bila tiba masanya), tidak akan dapat terbalas dengan apa cara pun.  Semoga Allah SWT akan terus melimpahkan rezeki yang berkat kepada Tuan Haji sekeluarga.

  

62 ulasan:

  1. Q...

    makan nasi dan sedikit lauk pauk je... :)

    BalasPadam
  2. Kakak pun nak ucap tahniah buat Tn Hj Salam yg menaja majlis itu. Moga Allah membalas budi baik ini. Semoga Along bertambah kuat dan tabah.

    Teman blogger yg hadir bestnya....

    BalasPadam
  3. assalammulaikum kanda..

    sorry eh kak tak dapat dtg mlm tuh.. insyaALLAH lain kali kita jmpa eh kak.. kaseh doa yg baik2 utk along dan seluruh family akak..

    BalasPadam
  4. maaf lagi sekali
    tak dapat hadir
    iols kelupaan

    maaf kan iols ye kakcik...!

    BalasPadam
  5. alamak, ai ada dalam gambo. malu... hihihi~

    sape tak datang malam tu mmg rugiiii....lauk pauk suma sedap even sayur goreng sekalipun!

    terima kasih kakcik n kak azie sebab sudi melayan gb dengan mesra sekali. :D

    BalasPadam
  6. kakcik..

    memang meriah majlis kamu..siap ditaja lagi..wah!!!

    best2 leh kumpul sahabat..

    salam sejahtera untuk kakcik dari ayu

    BalasPadam
  7. wahhh ada tajaan yer... majlis apakah tue...sampai meriah sungguh yer.. knp tak pelawa angah??? x sudi ke???

    BalasPadam
  8. camne ati leh tak tahu ...

    macam mana kita leh tertinggal cite ni yek

    BalasPadam
  9. Kakzakie...

    InsyaAllah, kalau jadi - kakcik akan ceritakan nanti apa yang Tn Haji Salam taja untuk Along. Syukurlah, doa kakcik dimakbulkan oleh Allah SWT walaupun kakcik ini ibu yang serba kekurangan.

    BalasPadam
  10. NM02...

    jamuan makan2 - dimulakan dengan doa dan sessi sembang2... Terlepas pandang atas jemputan kakcik, ya? :)

    BalasPadam
  11. Wa'alaikummussalam dinda Kaseh...

    tak mengapa. Dinda kan kena jadi baby sitter malam tu? InsyaAllah, ada rezeki nanti pastinya kita bersua juga.

    Terima kasih untuk doa Dinda itu. :)

    BalasPadam
  12. miloais...

    tiada apa yang hendak kakcik maafkan. Bukan uols buat salah pun..hehehe.. :)

    BalasPadam
  13. bujal x...

    nanti makcik jumpa kamu di pejabat kamu sahajalah - boleh? :)

    BalasPadam
  14. NzA...

    Alhamdulillah. Tidaklah meriah sangat tapi kakcik tetap gembira dengan kehadiran kawan2. :)

    BalasPadam
  15. gB...

    maafkan segala kekurangan, ya? Lupalah nak bagi nasi dan lauk yang ada untuk dibawa pulang. :(

    BalasPadam
  16. Salam sejahtera Ayu...

    jujurnya, kakcik bukanlah orang yang 'berduit'. Tapi rezeki yang Allah turunkan melalui hambaNya yang lain, eloklah dikongsikan agar berkatnya berpanjangan, kan? :)

    BalasPadam
  17. Angah...

    sampai hati kata kakcik tak pelawa. Kakcik buat jemputan terbuka di blog ini sehari sebelum majlis tu... Angah terlepas pandang, ya?

    BalasPadam
  18. Ati...

    masa kakcik buat jemputan tu mungkin Ati tak terperasan kot. InsyaAllah, kalau ada rezeki lain kali kakcik buat lagi. :)

    BalasPadam
  19. wah!syok nyer..mkn besar nie..ehe..

    BalasPadam
  20. jika hadir majlis begini..kita akan merapatkan hub silaturahim..

    jika saya dok area rumah kak cik..bole gak hadir..

    BalasPadam
  21. Niesz...

    tak ada kambing panggang, jadinya taklah makan besar! hehehe...

    BalasPadam
  22. SN...

    betul - jamuan tu seadanya sahaja. Yang penting jalinan persaudaraan dan persahabatan dipereratkan. :)

    BalasPadam
  23. lama tak menjenguk sini. bizi lah kakcik. Banyak terlepas pandang cerita2 yang lalu..
    semuga kakcik sehat.

    BalasPadam
  24. assalamualaikum..

    saya terlepas event best mcm nie...

    BalasPadam
  25. Kakpah...

    iya, kakcik baca kat blog Kakpah tentang kesibukan Kakpah. Kakpah pun jaga kesihatan, ya? :)

    BalasPadam
  26. Sahrom...

    wa'alaikummussalam. Lain kali bolehlah datang, ya? :)

    BalasPadam
  27. AKT...

    tapi jadi tuan rumah, kalau dah letih dan seronok bersembang, lupa nak makan. :)

    BalasPadam
  28. seronoknya kak cik makan ramai2 nie :)

    BalasPadam
  29. Saya terlepas majlis ni...
    Takpe..semoga ukhwah dikalangan bloggers bertambah kuat..

    BalasPadam
  30. ieda...

    lebih seronok dapat merapatkan persahabatan.. :)

    BalasPadam
  31. Dr DZ...

    rumah kakcik kecik je. InsyaAllah kalau ada lagi pertemuan sebegini, jemput datang ya? :)

    BalasPadam
  32. wiiiiiiiiiwittttttttt...
    kat anak dara yang sorang tuu!!
    :)

    BalasPadam
  33. tak sempat pun nak bergambar bersama malam tu...huhuhu

    BalasPadam
  34. @cu...

    sibuk berborak je kita sampai lupa nak merakam gambo!

    BalasPadam
  35. seronoknya dpt kumpul ramai2, kan?

    BalasPadam
  36. Chik Na...

    dapat bersembang lagi seronok dari makan. :)

    BalasPadam
  37. depa tu duduk dekat rumah kakcik erk...

    BalasPadam
  38. nanti ada lagi tak Kak Cik...he he he...nak join...* hi hi..*

    BalasPadam
  39. oooo..tak ngajok-ngajok ayam kat saye pun yak..musti best jumpe kakcik.. saya ade nyatakan keinginan saya utk berjumpe kakcik pada akhir n3 terbaru saya..

    BalasPadam
  40. Orang berbudi kita berbahasa kan kak chik. Tuan hj salam baik orangnya, mesti seorang pemurah dan rajin membantu orang. meriah majlis tu .

    BalasPadam
  41. jeBateja...

    tidaklah dekat pun. Tapi Alhamdulillah, mereka sudi datang. :)

    BalasPadam
  42. Cikgu Nurin...

    InsyaAllah, doakanlah ada rezeki untuk kakcik membuat pertemuan sesama kita. :)

    BalasPadam
  43. Dik Mad...

    kan ada kakcik ngajok dalam catatan kakcik sebelum ini? Tapi Dik Mad balik kampung, kan? Mohle kita jumpa nanti2, nak?

    BalasPadam
  44. Cik Ina...

    Alhamdulillah. Murah rezeki Tn Hj Salam yang dermawan itu. Dapatlah orang lain turun sama berkongsi rezekinya itu. :)

    BalasPadam
  45. kakcik..maaf xtau..coz lama xjalan2 blog kwn2..

    BalasPadam
  46. Cik Ceria...

    tak mengapa. Belum rezeki untuk kiota berjumpa. :)

    BalasPadam
  47. Kakcik - minta ampun maaf kerana saya tak dapat datang, ada 'orang kampung' datang dari jauh, terpaksa cancel program malam tu.

    BalasPadam
  48. RR...

    kakcik tunggu sampai tengah malam tau. Tak mengapalah, lain kali kita jumpa kat IR je, ek? :)

    BalasPadam
  49. Hahahahaha.... AA datang pakai T shirt dan trek suit!

    BalasPadam
  50. Azie...

    sebenarnya kakcik tak perasan pun yang Azie pakai track bottom sampailah Azie beritahu ni... :)

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com