Kawan-kawan kakcik

Isnin, 14 Februari 2011

Kita sambung cerita pagi tadi...

Jam enam menuju ke kereta
saat azan subuh belum membelah udara
menuju ke masjid di pinggir kota
di sana Along memimpin solat makmumnya

dalam kereta sempat juga bercerita-cerita
kisah itu ini bersama suami tercinta
mungkin hanya itu waktu yang ada
saat sepenuhnya bersama berdua

tiba di masjid azan pun bergema
menyeru ummat menyembah Yang Esa
namun tak mustahil ramai yang leka
menarik selimut menutup muka

ramai juga muslimin muslimat
merapatkan saf dengan penuh hemat
sesama sendiri menjalin hormat
semoga ibadah mendapat berkat

usai solat perjalanan diteruskan
ke tempat kerja atau tempat cari makan
dalam kereta dada rasa bagai ditekan-tekan

melihat pelbagai aksi di atas jalan

ada pemandu yang bagai berlumba
walaupun bukannya dengan sesiapa
mungkin ingin menguji kereta
sampai tidak menghirau keselamatan dan nyawa

ada yang selamba melintas jalan
kenderaan yang bertali arus tidak dihiraukan
mungkinkah dalam botol nyawa disimpan
atau tubuh terlebih kebal menahan hentaman

dalam sejam dua ada banyak cerita
itu baru di Kuala Lumpur sahaja
apatah lagi seluruh dunia
tak tertatap dek mata tak terdengar dek telinga....



38 ulasan:

  1. hehehe....boleh jer kakchik bercerita sambil berpantun yer. walaupun panjang berjela, tapi sanggup baca dari awal hingga abis. menarik cara olahan

    BalasPadam
  2. kuala lumpur.

    cuma warganya sahaja yang mengerti kan kakcik. :)

    BalasPadam
  3. wee~~berapa jam makcik perah otak nak buat pantun ni?

    BalasPadam
  4. selamat tengahari kakcik..
    ayu br pulang dr hospital...
    layan pantun kakcik, mengingatkan ayu ttg kehidupan,. lagi2 melibatkan nyawa...

    terima kasih atas entry indah ini...banyak tersirat dan tersurat...

    BalasPadam
  5. bestlah cara kak chik ni.bercerita dengan berpantun

    BalasPadam
  6. sesekali bercerita sambil berpantun best jugakkann...

    kakcik mmg pandai buat pantun..saye pantun dua kerat pun belum tentu jdnye...

    BalasPadam
  7. bila menganggap nyawa dalam botol
    itu yg dirasa apa dibuat semua betul

    BalasPadam
  8. kak cik mmg kreatif..syabas..

    hidup kat lembah klang mmg camtu
    tua atas jalan dan dlm kereta..huk huk..

    saya yg jarang2 pi KL skrg..mmg rasa sesak aje..

    saya penah gak rasa dok KL dr zmn blaja hingga tahun 2004...

    BalasPadam
  9. salam kakcik,
    ingat raja azmi jer suka menda2 dalam botol nih. .hehehe..

    la ni orang bukan letak nyawa jer dalam botol, otak pun letak dalam botol pastu simpan dalam lemari buat jeruk.. sebab tu macam2 kes jenayah yang tak masuk dek akal sumer ada skang kat mesia nih..

    BalasPadam
  10. Kak Cik - mula mula balik semula bekerja di Malaysia/Kuala Lumpur ni hampir beberapa bulan saya tidak memandu kerana takut dan hingga kini saya masih tidak memandu sendiri kerana saya tumpang kawan saya, lagipun saya punya lesen memandu ambik di negeri yang steringnya sebelah kiri. koh koh koh

    Agaknya sebab orang kita memandu tak masuk kaki kanan dulu kot? cuba tengok keliling, semua masuk kaki kiri dulu. Ustaz kata nak mulakan apa apa kena dengan yang kanan kan?

    [Sent from my iRambutan4® smartphone not so smart user]

    BalasPadam
  11. nyawa dalam botol???
    harus banyak botol yang berisi di rumah
    hak hak hak

    tetiba teringat citer lord voldermort @ harry potter
    dividing his soul into 7 pieces - for immortality!

    nice entry kakcik!

    BalasPadam
  12. eelobor...

    begitulah cara kakcik meluahkan apa yang ada di fikiran bila kakcik malas hendak membuat karangan... :)

    BalasPadam
  13. gB...

    kadangkala sukar juga untuk dimengerti. :)

    BalasPadam
  14. bujal x...

    makcik buat sambil2 mengira biji kopi je... :)

    BalasPadam
  15. Ayu...

    terima kasih kerana terus memberi sokongan buat kakcik. Sebenarnya do sekeliling kita ini banyak benda yang boleh jadi 'cerita'... :)

    BalasPadam
  16. ainnoraini...

    bukan pantun sebenarnya tu. Hanya seloka yang biasa2... :)

    BalasPadam
  17. Kakzakie...

    itu yang jadi masalah - kalau tak melibatkan orang lain, tak mengapa juga!

    BalasPadam
  18. SN...

    memang banyak masa habis di atas jalanraya. Cuma, kakcik sangat meminta kepadaNya, janganlah nyawa kakcik habis di atas jalanraya! Na'uzubillahhiminzalik.

    BalasPadam
  19. Aanas...

    bila otak letak dalam botol - dicampur pulak dengan segala belacan, cencaluk dan sewaktu dengannya - memang tak akan boleh dipakai langsung!

    BalasPadam
  20. TRR...

    macam mana nak masuk ke tempat memandu dengan kakcik kanan di Malaysia ni, ya? Kena masuk melalui pintu sebelah kot!

    Yang penting, jangan lupa membaca Bismillah dan doa bila masuk ke dalam kenderaan. :)

    BalasPadam
  21. miloais...

    kerana nyawa simpan dalam botol le ramai yang otaknya jadi tak betul tu...hehehe... :)

    BalasPadam
  22. selimut dan subuh adalah sesuatu aktiviti yang paling seksa..

    BalasPadam
  23. memacam ragam kan?

    tertarik dgn komen the red rambutan
    kita tak mulakan langkah masuk kereta kaki kanan untuk pemandu

    BalasPadam
  24. zeq...

    cuba tidur jangan berselimut dan jangan juga tidur dalam kedinginan... mesti cepat je cari bilik air untuk mandi... :)

    BalasPadam
  25. Sya...

    susah juga nak masuk ke tempat memandu di sebelah kanan dengan mendahulukan kaki kanan.. :)

    BalasPadam
  26. kita serupa.... pagi dah kuar umah malah malam baru sampai kan??

    BalasPadam
  27. Salam kakcik..

    moga setiap langkah kakcik mencari rezeki selalu diredhai Allah...
    laluan hidup kita selalu tak sama,kan kakcik kan?

    BalasPadam
  28. Angah...

    kakcik sampai rumah selalunya sebelum jam 6.00 petang. :)

    BalasPadam
  29. kakcik.. enak sgt membaca nukilanmu... berseloka sambil meluah realiti kota... thumbs up.

    BalasPadam
  30. Q...

    semoga DIA merahmati kita semua.
    Kalau semuanya sama, pasti dunia ini tiada warna..kan..kan..kan.. ?)

    BalasPadam
  31. Cyana sayang...

    sedikit kebolehan kurnianNya - yang selebihnya kakcik tiada apa2.. :)

    BalasPadam
  32. klu bab pantun memantun ni mmg kalah sy x pndai.

    salam maulidur rasul kakcik.

    BalasPadam
  33. Zue...

    Salam Maulidur Rasul buat Zue juga. :)

    BalasPadam
  34. sedap penghayatan cerita kakcik.time kakcik cerita pasal solat pula mengingatkan saya sambutan maulisur rasul esok..moga kita semua dpt penghyatan drp sambutan tsb

    BalasPadam
  35. Sal...

    kita kena saling ingat mengingati sebab kita ini makhluk yang sifatnya pelupa... :)

    BalasPadam
  36. anak kakcik sekarang jadi imam di mana? sebab saya baca kes tu..

    BalasPadam
  37. Dr DZ...

    dia masih di Masjid yang sama. Pemecatannya itu sama sekali tidak sah. Alhamdulillah. :)

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com