dudukku hanya di ceruk-ceruk
tidak diendah sebarang makhluk
meskipun bauku tidaklah busuk
tapi tiada yang memandang elok
suatu waktu aku dibelai
dengan bangga aku disidai
orang yang memandang tidak mempertikai
hinggalah benangku luruh helai demi helai
begitulah aturan dunia yang fana
bila buruk dipandang hina
bagai tak pernah mempunyai guna
sedangkan dulu di usung ke mana-mana
ingat-ingatlah sedari mula
tidak selamanya kita dipuja
sampai saatnya dibuang sahaja
lenyapnya kita tiada yang bertanya
tidak diendah sebarang makhluk
meskipun bauku tidaklah busuk
tapi tiada yang memandang elok
suatu waktu aku dibelai
dengan bangga aku disidai
orang yang memandang tidak mempertikai
hinggalah benangku luruh helai demi helai
begitulah aturan dunia yang fana
bila buruk dipandang hina
bagai tak pernah mempunyai guna
sedangkan dulu di usung ke mana-mana
ingat-ingatlah sedari mula
tidak selamanya kita dipuja
sampai saatnya dibuang sahaja
lenyapnya kita tiada yang bertanya
Selamat menyambut Maulidur Rasul kepada semua yang sudi membaca. Hayatilah sifat mulia Baginda SAW yang penuh dengan kasih sayang....
syukur.. kain buruk itu dipandang cantik oleh orang yang memandang indah dan bergunanya kain itu..
BalasPadamwalau ianya bakal lenyap, akan ayu angkat tinggi setanding kain basahan...
PS: salam maulidul rasul jua pada keluarga kakcik sekeluarga
Sama2 lah kita berselawat bebanyak kpd baginda SAW malam ni..
BalasPadamAyu...
BalasPadamsebenarnya, kain buruk itu banyak gunanya. Tak akan terangkat periuk yang panas tanpanya. Tak akan tersapu kuah yang tumpah di meja jika tanpanya juga... kan..kan..kannn ? :)
Pn Nani...
BalasPadamBaginda sanjungan kita. Menyebut namanya penuh kasih dan mendakapnya kemas di hati hendaknya sentiasa kita sama-sama amalkan... :)
salam maulidur rasul kak..
BalasPadamMimi..
BalasPadamSalam Maulidur Rasul buat Mimi juga. Ke mana gerangan agaknya esok? :)
selamat maulidur rasul kak cik
BalasPadam**jgn terkezut jika suatu hari saya gunakan seloka kak cik dlm p&p saya deh...hehe
kakcik mmg kreatif..saya salute...
SN...
BalasPadamsalam maulidur Rasul buat SN juga...
Ala.. karya kakcik tu biasa2 je.. perkataan2nya pun tiada yang mencabar minda! Malu kakcik.
mengapa berjauh hati ?
BalasPadamkepada mereka yang tak tahu mengenang budi, ingin saya berpesan
"pelepah sebelah atas jangan seronok sangat mentertawakan pelepah sebelah bawah"
Hik...hik...kain buruk mmg tak di pandang....TAPI ada masa....sangat2 memerlukannya....ahakz
BalasPadamwalau bukan untuk dipuja, tapi kakcik jgn lah buang saya
BalasPadamKanda AL...
BalasPadambukan berjauh hati hanya mengenang nasib diri (macam tak ada beza je, kan?) ;-)
jeBateja...
BalasPadamyang buruk itu sebenarnya masih ada gunanya... :)
Imanshah...
BalasPadamkakcik tak membuang dirimu, dik. Kakcik masih menjengah ke rumahmu saban waktu walaupun tidak meninggalkan komen. :)
Kak Cik..tak akan ada yang baru, kalau tak ada siburuk...
BalasPadamHanya si buruk yang mampu menyapu bersih segala kotoran. Si baru? hanya melihat dari kejauhan....
selamat menyambut Maulidur Rasul kepada kakcik dan keluarga juga..
BalasPadambiarkan yang baru bermegah dengan keadaan dirinya seketika kerana masanya akan tiba juga
Biar busuk ikan disalai,
BalasPadamDi atas kolek, jadi hidangan;
Biar buruk kain dipakai,
Budi yang baik, jadi sanjungan
Selamat menyambut Hari Kekasih Besar kita kakcik, Kekasih awal dan akhir...Ya Habibi Ya Rasulullah...S.A.W.
kakcik. kat umah saya kain buruk tu bende penting tau. nak pegang periuk panas, lap air tumpah, cuci dapur gas, sinki sume.
BalasPadammungkin namanya je 'buruk' tapi jasanya tidak ternilai...
kak cik..masih banyak lagi gunanya kain buruk..bagi yang tahu menghargaianya...salam maulidurasul..
BalasPadamSalam Kakcik seroja...semoga sihat dan ceria selalu...
BalasPadambiarlah orang lain dapat kain buruk asalkan saya dapat kain pelekat baru...hehee
terimakasih daun keladi kakcik...
Cikgu Nurin...
BalasPadammenjadi kelaziman - yang baru akan segera menangkap pandangan sedang siburuk, tidak dipandang walaupun di depan mata lalu lalang... :(
ibuintan...
BalasPadamsiburuk juga dulu asalnya adalah sibaru yang bermegah2, kan?
ckLah...
BalasPadamSalam Maulidur Rasul - dia kekasih kita yang sentiasa menyayangi walaupun kita sering lupa untuk membalas kasinya. Selawat dan salam ke atas Baginda.
apa guna berkain batik
jika tidak dengan kebaya
apalah guna berwajah cantik
jika tidak dengan budinya...
gB...
BalasPadambetul tu. Tapi kenapalah memandang hina kepada sikain buruk, kan? Tanpanya - mungkin tangan tidak menjadi gebu dan mulus walau disapu losyen berulangkali.... ;-)
Suri...
BalasPadamSalam Maulidur Rasul.
walau hanya sebagai pengesat kaki - kain buruk tetap ada gunanya, kan? :)
Adinda RKA...
BalasPadamsyukur Alhamdulillah. Akhirnya sampai juga kain pelikat lalalala tu ke tangan Adinda. :)
salam Maulidurasul kakCik!!
BalasPadam.
.
teringat lagu...
'kainlah yang buruk..berikan kami..buat menyapu si air mata..'
kain buruk yang dicuci bersih lagi baik dari kain baru tapi berdanok..kan gitu kakcik.
BalasPadamPn Dr...
BalasPadamkalau nak sapou siairmata, pastikan kain itu walaupun buruk tapi bersih. Buatnya ada cili, tambah meraung pulak nanti! Hehehe... :)
Salam Maulidur Rasul, Dr.
Cikgu...
BalasPadambetul. Harapkan cantik tapi tidak bersih, apalah gunanya. :)
mawaddah wa rahmah.. :)
BalasPadamAzeedA...
BalasPadamewah! :)