Kawan-kawan kakcik

Isnin, 14 Februari 2011

Jam 5 pagi...

Membonceng motorsikal ditunggang suami
ke kedai 24 Jam  membeli roti
untuk ditinggal kepada anak-anak lelaki
pengalas perut di siang nanti

nampaknya aku bukanlah ibu mithali
sangat malas walau untuk menggoreng nasi
bagaimanalah anak hendak mengasihi
andainya sukar menikmati air tangan ibu sendiri

Waktu membonceng sempat memerhati
ramainya yang telah bangun di jam 5 pagi
ada sekumpulan remaja lelaki
beriadah bersama basikal di gelanggang sendiri

mungkinkah mereka belum tidur lagi
atau sengaja bangun di dinihari
tidak mengapa membuat aktiviti sendiri
asal jangan membuat onar yang tidak disenangi

ada lelaki menyelongkar sampah
bau yang menusuk tidak diendah
mencari apa sahaja yang mungkin berfaedah
boleh dijual semula untuk membeli juadah

ada wanita baru keluar rumah
membiarkan kereta yang injinnya hidup dengan pintu terdedah
tidakkah bimbang mengundang padah
diterjah penyangak yang tak nampak wajah

Macam macam cerita di awal pagi
saat ramai yang lena dibuai mimpi
demi kelangsungan hidup yang masih berbaki
sama-samalah kita bermuhasabah diri



46 ulasan:

  1. Salam pagi isnin kak.

    pagi ni saya cuti dari hantar anak. Mintak anak saudara hantarkan. Suruh dia practice hantar kids masa saya ke Phuket nanti. Kalau2 Hubby tak sempat.

    BalasPadam
  2. memang betul2 dapat muhasabah diri nie. terima kasih akak...

    BalasPadam
  3. pukul 5 pagi biasanya saya sedang berdengkur gembira~he~~

    BalasPadam
  4. pukul 5 pagi, dlm proses nak bgn, masih pusing kiri pusing kanan, saja buat2 pejam mata sementara nak tunggu 5.30 pagi..hehehe

    BalasPadam
  5. Waktu begini sibuk tak terperi
    kena kejut nak subuh buat hubby
    buat sarapan juga untuk dua puteri
    masak bekal sendiri utk makan tengahari
    kemudian kejut anak mandi pagi
    solat subuh mereka kena diingati

    BalasPadam
  6. السلم عليكم ورحمة الله

    Wah bermadah kakcik di pagi isnin yang indah ini..banyak nasihat darinya...

    BalasPadam
  7. Salam kak Cik,
    selalunya setiap hari pukul 5 pagi sy sudah sibuk didapur menyediakan sarapan untuk anak2 ke sekolah. begitulah rutin hidup saya, hehehe

    BalasPadam
  8. assalamualaikum kakcik

    5 pagi maknanya lagi setengah jam manje bangun pagi ni... =)

    BalasPadam
  9. kak cik
    macam macam yg dapat di lihat seawal pagi kan? itu belum lagi memalam ni sampai ke dinihari.

    BalasPadam
  10. Fuhh,nasib baik la kat negara kita ni bercambah kadai 24 jam kan kak..kalau tidak org2 yg sibuk dan tak sempat nak buat bekal /sarapan..mana nak beli?Kedai runcit pon belum buka ms tu.Nak beli siang2...alahh kita ni kan manusia biasa..
    sllu juga berlaku kat saya ni kak..Tapi sy ok sikit sbb ank2 jenis yg tak mkn pagi..mcm2 alasan depa bagi..minum susu jer..

    BalasPadam
  11. itulah warna warni kehidupan dan setiap dari kita mempunyai jalan2 yg tersendiri...

    BalasPadam
  12. awalnya kak cik bangun utk g beli roti..

    BalasPadam
  13. ~ suatu masa yang lalu, di jam 5pagi saya selalu bizi bekerja di labour room :)

    BalasPadam
  14. Awalnya kak !


    waktu tu saya baru ekjas-ekjas badan & punggung untuk bangun..

    BalasPadam
  15. ewah ewwaahhh pepagi dh meghempit ngan abg mus yehhh... ;)

    BalasPadam
  16. ibu mithali jugak lah tu..sanggup kluar jam 5 pagi beli roti buat anak tercinta :)

    BalasPadam
  17. as salam kak cik,

    rupanya macam2 xtvt pd pkl 5pg
    di kl tu ye..

    biasanya 5.30pg kita buatkan air
    tu cik abe nk gi kerja ^__^

    BalasPadam
  18. assalamualaikum mama


    sihat???
    lamanya tak menjengah di blogspot ni..

    BalasPadam
  19. Slm...
    cantik bahasa...
    penuh dengan makna...
    buat bekalan di hari muka...
    semakin mendewasakan kita...

    BalasPadam
  20. kawan saya ulang alim tangkak - seremban pergi keje..kul 5 pagi dah lewat tue huhuhuhhh

    BalasPadam
  21. Huhu..nyawa saya belum dipulangkan lagi masa tu. Pukul 5.30 pagi pun paling awal..huhu

    BalasPadam
  22. Yan...

    wah bila nak ke Phuket tu? Mesti seronok makan angin kat sana. :)

    BalasPadam
  23. eelobor...

    sama-sama kasih sesama saudara.. :)

    BalasPadam
  24. Mamasyaza...

    kakcik ni, kalau dah jam 4.00 pagi - memang susah nak betul2 lena dah... :)

    BalasPadam
  25. Kakzakie...

    itulah rutin kita sebagai ibu dan isteri... :)

    BalasPadam
  26. Wa'alaikummussalam Ustaz...

    sekadar mengingatkan diri sendiri dan sesiapa yang sudi... :)

    BalasPadam
  27. Aidah...

    kakcik pun kalau pukul 5 tu biasanya, tidak lagi di tempat tidur. :)

    BalasPadam
  28. Wa'alaikummussalam Manje...

    5.30 tu kakcik tengah ke depan ke belakang dalam rumah! :)

    BalasPadam
  29. Sya...

    pelbagai ragam, cerita dan kisah di sekeliling kita. :)

    BalasPadam
  30. Piasara...

    tapi terpaksalah bayar lebih kalau membeli di kedai 24j tu. Nasib baik harga roti tu tetap! :)

    BalasPadam
  31. Imanshah...

    mimpi yang bagaimana agaknya tu? :)

    BalasPadam
  32. JunAina...

    walau apapun jalan yang kita lalui, hendaknya biarlah jalan yang diredho Ilahi. :)

    BalasPadam
  33. Mila...

    kakcik memang selalu bangun awal. Cuma kebetulan sahaja pagi ni pergi beli roti. :)

    BalasPadam
  34. Dr DZ...

    dah jadi boss sekarang, ikut suka je nak pergi klinik pukul berapa, kan? :)

    BalasPadam
  35. Chik Na...

    kesioan pulak kalau tiada makanan langsung untuk anak2.. :)

    BalasPadam
  36. Ati...

    kalau keluar lambat takut habis masa di jalanan saja... :)

    BalasPadam
  37. Wa'alaikummussalam Cheqna...

    anak mama sihat? :)

    BalasPadam
  38. Sahrom...

    di pejabat kakcik pun ada orang yang berulangalik Seremban-KL-Seremban... Lagi awal mereka kena bangun, kan?

    BalasPadam
  39. Sephia...

    nasib baik selepas itu dipulangkan nyawa.. :)

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com