Kawan-kawan kakcik

Rabu, 23 Februari 2011

Kisah di Kota Kinabalu lagi...

Aku dan suami menginap di sini

Walaupun banyak terdapat sayur segar di Pasar Tamu, mee goreng ini bagaikan tiada bersayur

Makanan yang dipesan akan dihidangkan bersama sup kosong.  Sewaktu memesan nasi goreng kampung ini, aku membayangkan nasi goreng kampung yang biasa kumakan di Kuala Lumpur.  Rupa-rupanya, sangat berbeza! Banyaknya bagai untuk dimakan dua atau tiga orang.  Memang tidak terhabis olehku.

Ini namanya Air Batu Campur Istimewa.  Rasanya??  Boooleeehhhlahhh...

Nota hati : akan menghadiri Executive Talk sebentar lagi hingga ke petang.


46 ulasan:

  1. selamat pagi kakcik...
    sedap ke mee goreng tu...

    byk tu...kalau habis boleh kenyang sampai ptg...

    BalasPadam
  2. Ainnoraini...

    untuk mengalas perut yang lapar, bolehlah... ;-)

    BalasPadam
  3. bujal x...

    perut makcik yang besar ni pun tak larat nak isi! :)

    BalasPadam
  4. Salam kak Cik,
    wah seronoknya dapat berjalan. Kuih cincin tu sedap kan. Dulu ada kawan pergi KK belikan sy, mula2 tengok macam tak menyelerakan je, rupa2 nya memang sedap. Sedihnya tengok nasi goreng dan mee goreng tu pucat je tanpa dihiasi dengan sayur-sayuran

    BalasPadam
  5. org sabah mmg mkn apa2 pun dia bg sup kak..tapi portion tu mmg byk giler tuh..

    BalasPadam
  6. assalamualaikommmm..... :)
    teman undi ABC!
    hehehee.. kakcik ui.. dengor eksekutip tok tu patot nota telinge leeeee..... nota mate juge jgn tidorrrrr... ;)

    BalasPadam
  7. kalau anak2 saya mesti suka mee dgn nasik tu... sebab tak dak sayur...

    BalasPadam
  8. adoyai...tertelan ke k.cik masak macam tu, tak menarik langsung...

    balik bilik rendam megi lagi syok!

    BalasPadam
  9. assalamualaikum kakcik

    manje harapa kakcik sihat...
    tgkkan nasi goreng tu mmg
    nmpak byk... penat gak nak habiskan tu =) ~

    BalasPadam
  10. saya suka mee dan nasi yang tak bersayur tu!!

    BalasPadam
  11. tak nampak macam nasi goreng kampung langsung :)

    BalasPadam
  12. Aidah...

    memang bila tengok hidangan tu pucat je (walaupun kakcik bukan suka sangat makan sayur), selera pun jadi pucat!

    BalasPadam
  13. Kaseh...

    memang tak sampai separuh pun kakcik makan. Nak bungkus bawa ke bilik pun tak berselera (membazir betul, kan?) :(

    BalasPadam
  14. AzeedA...

    wa'alaikummussalam. Ni teman ngelat kejap (tea break) - adoiyai... kalau dapat bantal alangkah indahnya! :)

    BalasPadam
  15. AKT...

    bukan setakat tiada sayur - tiada juag rasa pedas. Iya, budak2 mungkin suka.

    BalasPadam
  16. JunAina...

    dah lapar, kakcik belasah juga...

    BalasPadam
  17. Wa'alaikummussalam Manje...

    Alhamdulillah, kakcik makin sihat. Nasi tu, kalau kakcik makan berdua dengan Manje pun tak terhabis rasanya. :)

    BalasPadam
  18. Cik Ceria...

    kalau jalan2 tengok tempat orang memang best!

    BalasPadam
  19. Sya...

    kakcik dah balik pun. Jangan lupa nanti, ek??? :)

    BalasPadam
  20. Pn Dr...

    hehehe.. kakcik tahu, singa tak makan sayur, kan? :)

    BalasPadam
  21. salam kak chik...

    org di kk kuat2 makan agaknya...mee n nasi langsung tak menyelerakan hehehe...

    BalasPadam
  22. Ati...

    kalau ada sayur tu, nampak menarik juga, kan? :)

    BalasPadam
  23. b.r.u.t.a.l.s.o.l.o...

    meh datang makan kat rumah kakcik, nak? :)

    BalasPadam
  24. wati...

    ada yang rupa tak menarik, tapi sedap. Tapi, yang ini rupa dan rasa sama2 tidak memikat...

    BalasPadam
  25. Banyaknya tapi kosong je tapi abc tue memang buat amy tertarik..

    BalasPadam
  26. memang nampak byk sgt mee goreng n nasi goreng kampung tu, tapi yg tak best sebab tak dak landskap..hehehe

    BalasPadam
  27. waduh! nasi goreng tu boleh makan sampai utk besok lusa tulat...
    org sana boleh terhabis ker? lenkali nak gi sana gaklah...

    masa talk jangan terlentok dahlah..heh3

    BalasPadam
  28. macam setengah periuk kecik nasinya...memang kenyang terduduk la kalau makan nasik goreng tu..

    hotel tu semalam berapa kakcik? ingat nak ke KK lah juga

    BalasPadam
  29. Amy...

    ABC tu, boleh tahanlah - tapi kalau tambah susu lebih mesti lagi umphh..:)

    BalasPadam
  30. Mamasyaza...

    kalau ada hijau merah mesti namapak cantik, kan? :)

    BalasPadam
  31. Q...

    nanti your26 kerja kat KK, mesti boleh selalu ke sana, kan? :)

    Masa talk kalau tak terlentok, memang tak sah! ;-)

    BalasPadam
  32. Dr DZ...

    bukan setakat kenyang terduduk - terus terbaring dibuatnya!

    Kakcik lupa nak tanya suami berapa kadar hotel tu semalam (selalu kakcik memang suka menyibuk, tapi kali ini kakcik lupa). :)

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com