Kawan-kawan kakcik

Sabtu, 12 Februari 2011

Kasihannya ... uhuk uhuk ...


Nuffnang pun dah tak sudi nak berkawan dengan kakcik!!!



30 ulasan:

  1. Tak apa kakcik, dia kumpulkan tu. Next income dia accumulate la...

    p/s: ingin tahu perkembangan Along.

    BalasPadam
  2. minggu ni betul ar kak..tak naik2..naper eik. dorang ada prob kot.hehh

    BalasPadam
  3. Jangan gelak....saya langsung tak paham hal ehwal nuffnang sebab tak berminat...

    pernah dulu ada org cakap kat saya boleh buat duit dgn nuffnang ni, betul ker? tapi saya suka cari duit guna kederat sendiri...yg macam2 ni saya takut ada agenda tersembunyi utk jangka masa panjang tanpa kita sedari....bagi saya bukan senang nak senang kakcik dan bukan susah nak susah....

    kakcik jgn terpengaruh dgn perasaan saya ni...ini cuma pendapat peribadi saya sendiri. Jujur cakap saya memang tak paham selok belok nuffnang dan tak minat nak amik tau langsung ttgnya.apa yg pernah diberitau saya sekadar dengar sekali lalu. Hak mutlak pilihan adalah di tangan saya sendiri...

    BalasPadam
  4. Kakzakie...

    jujurnya, setakat ini - selepas hampir dua tahun berblog, adalah sedikit yang kakcik dapat dari nuffnang ni ...:)

    Alhamdulillah, Along dikira 'menang' dalam kesnya kerana pemecatan yang dilakukan oleh nazir itu ternyata tidak sah berdasarkan Enakmen Pentadbiran Perundangan Negeri Selangor. :)

    BalasPadam
  5. Kaseh...

    Mr Nuff dah tak ada duit untuk di'tabur'kan kot! :)

    BalasPadam
  6. Q sayang...

    kakcik pun bukan faham sangat. Tapi, tengok orang letak iklan kat blog melalui Mr Nuff ni, kakcik pun suka-suka letak. Ada, adalah - tak ada pun, nak kata apa. Kita cuma bagi ruang di blog kita - jadi terpulanglah kalau Mr Nuff tu nak letak atau tidak.

    Kakcik pun hairan macamana orang boleh menjana ribuan ringgit sebulan melalui Mr Nuff ni. Tak tahulah apa kriterianya. Nak kena tolong kempen atau apa?

    Tapi, betul kata Q - kepuasan sebenar adalah bila kita dapat menjana pendapatan yang halal melalui usaha dan titik peluh kita sendiri. Bukan sekadar mengharap2 dan berangan2... :)

    BalasPadam
  7. السلم عليكم ورحمة الله

    Saya tak berani nak terlibat dengan Nuff. Biarlah saya cari duit cara saya tersendiri yang tidak diragui

    BalasPadam
  8. Wa'alaikummussalam Ustaz...

    mungkin kakcik kena fikirkan balik pasal Nuff ini... :)

    BalasPadam
  9. KakCik
    Jom sama2 batuk uhuk uhuk...

    BalasPadam
  10. CS...

    tutup2 sikit mulut tu... kang bersembur pulak masak lemak nenas... hehehe... :)

    BalasPadam
  11. kakakku kakcik.. saya detak nuff saje2 je.. idok la tepikio nak buat duit pun.. oghang detak saya detak..bagi meghiah sesikit..tp meghiah ke ?? kadang2 saya mcm buruk sangka ngan sesetengah blogger.. gunakan pengikut sbg 'mesin' deme mengaut duit..

    BalasPadam
  12. Dik Samad...

    mungkin sebab itu, ada blogger yang beriya2 mempopularkan blog mereka demi 'memanggil' kemasukan aliran pengunjung yang mencurah2 - bukan untuk jalinan silaturrahim - tapi untuk menjana pendapatan... (ayat kontroversi ni...) ;-)

    BalasPadam
  13. Saya letakkan nuff sebagai hiasan sahaja.. suka2 kalau ada benda baru untuk pengetahuan sendiri..

    BalasPadam
  14. Mohamad...

    memang kita tidak boleh mengharap orang lain klik2 nuff kita kerana masing2 telah memasangnya di blog sendiri.. :)

    BalasPadam
  15. salam,

    saya pun dah lama tak dapat BE. malas dah nak ambik port sangat.

    BalasPadam
  16. samala cam saya, lepas CNY dah takde BE lagik

    BalasPadam
  17. eelobor...

    Jangan kata nak jana ribu2 - puluh2 pun perit! :)

    BalasPadam
  18. Mamasyaza...

    depa bercuti sampai Chap Goh Meh kot! :)

    BalasPadam
  19. Pn Dr...

    terima kasih. Ada kat klinik ke??? Rasa macam nak buat miskol la... hehehe... :)

    BalasPadam
  20. salam my dear sis:)

    Moga akak semakin sembuh di sana dan ceria2 selalu:):)

    er..er..nak komen pe yaa
    sebab dalam blog tini memang sempoi jekk,,,tak dek nuffnang2 nii..tak reti..huhuhuhu;)

    BalasPadam
  21. tak apa k.cik...kawan jerk ngan kita org nih...hehehee...

    BalasPadam
  22. Tinie sayang...

    kakcik letak nuff ni pun suka2 je. Bukan ada siapa suruh pun! :)

    Semoga Tinie juga sihat dan ceria sentiasa (kakcik susah sikit nak tembus masuk ke blog Tinie kalau dari rumah ni, tak tahu kenapa) :(

    BalasPadam
  23. JunAina...

    tentu sahaja kakcik gembira berkawan dengan kalian. :)

    BalasPadam
  24. ada tue...nanti dapat lah kan, sabar kakcik ya...

    BalasPadam
  25. Sahrom...

    kakcik dah buat 'cash out' sebanyak 3 kali - satu dah habis lama dulu - 2 masih belum tiba! :)

    BalasPadam
  26. katakan tidak pada iklan!
    ~hehehe..

    Saya memang tak letak sebarang iklan di blog saya.
    Sejujurnya, saya ada rasa was was sikit tentang status wang itu.

    BalasPadam
  27. Dr DZ...

    sebenarnya kita diberi pilihan iklan bagaimana yang hendak kita letak. Tapi, setelah membuat timbangtara, mungkin kakcik akan keluarkan iklan2 tu....

    BalasPadam
  28. oh kena klik ye? saya memang tak tau.
    tapi pendapat saya, sama mcm DZ, Queenie, Abd Razak.
    yang tak pasti, baik jangan.
    sekarang zaman banyak penipuan dan merosakkan amalan melalui jalan 'senyap', nampak harmless, tapi ada 'perangkap' zahir dan batin.
    sekadar kongsi pendapat.
    berhati2 lebih selamat dalam akhir zaman ni...(:

    BalasPadam
  29. Nursalamah...

    terima kasih atas perkongsian pandangan dan pendapat. Semoga kita sama2 mendapat pengajaran...

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com