Kawan-kawan kakcik

Sabtu, 12 Februari 2011

Selepas hampir 9 bulan...

... kalau mengandung, tengah tunggu masa hendak bersalin!

Bulan  Mei 2010 lalu, kereta kami (maksudnya, aku dan suami) terlibat dalam KEMALANGAN INI. Kami telah dimaklumkan (lupa siapa yang memaklumkannya - maklumlah dah tua!), bahawa kami boleh menuntut bayaran saguhati kerana tiada kenderaan dari pihak insuran selama kereta kami dimasukkan ke bengkel.

Selepas mengisi borang yang diberikan oleh pihak insuran sebulan yang lepas, baru semalam cek yang dinantikan tiba.  RM40.00 X 7 = RM280.00.  Walaupun lambat dan tidak sebanyak mana - hak kita tetap hak kita, kan?   Jadi ketahuilah hak kita. (^_^)



Semalam juga menerima pemberian dari Kaseh ini.  Terima kasih banyak-banyak Kaseh.  Apa yang penting adalah jalinan persahabatan yang sentiasa harum mewangi. :)


48 ulasan:

  1. assalamualaikum kakchik..

    pertama kali singgah rumah kakchik...apa khabar? moga dirahmati Allah selalu..

    salam kenal dari saya.. :)

    BalasPadam
  2. Adinda Amy...

    wa'alaikummussalam. Kakcik baik2 je. Terima kasih kerana sudi singgah dan tinggal komen.

    Semoga Allah SWT merahmati kita semua. :)

    BalasPadam
  3. Salam kakcik,
    hampir seminggu tak menjenguk rakan-rakan .

    BalasPadam
  4. Salam Kak Chik,
    biarlah sedikit tapi kalau dah hak kita, tetap hak kita, hehehe

    BalasPadam
  5. Salam Kakcik...amboi rezeki tu kakcik.....at least boleh bayar bil air....

    BalasPadam
  6. As salam,,
    kakcik...ayu pun pernah alami proses macam kakcik...masa tu excident adik perempuan ayu..yang penting, walau sedikit...dapat juga imbuhan selepas bersusah payah turun naik pejabat..

    kakcik...jom kita berlari2.....

    BalasPadam
  7. Abu Muaz...

    sibukkah? Atau talian internet buat ragam??

    BalasPadam
  8. Aidah...

    betul tu. Kadangkala sikap tak kisah kita, menguntungkan orang lain...

    BalasPadam
  9. Uncle...

    a ah, kan? lepas juga nak bayo bil... :)

    BalasPadam
  10. Ayu...

    jomlah kita berlari2 menghiburkan hati sendiri. :)

    BalasPadam
  11. Salam kakcik hak kita kena tuntut jugak kan:)

    BalasPadam
  12. tak tau pulak yg ada khidmat lagutu..
    rasanya ramai yga tak tau hal ni...
    utg pihak insuran kan...

    BalasPadam
  13. alhamdulillah..
    tu, rezki kak cik..

    namun juga simpati ngan musibah yg menimpa..
    moga kak cik cepat sembuh yee..

    BalasPadam
  14. walaupun tunggu 9 bln..tapi berbaloi-baloi...

    BalasPadam
  15. baru tahu.. bila dalam proses menunggu kenderaan siap dibaiki, kita berhak dapat duit.. thanx info kakcik.

    BalasPadam
  16. AAP...

    betul. Jangan abaikan hak kita, nanti sewenangnya kita diinjak2...

    BalasPadam
  17. LB...

    sebab itu kakcik kongsikan di sini, supaya seseiapa yang tak tahu, mendapat pengeathuan tamabahan... :)

    BalasPadam
  18. Chik Na...

    sekurang2nya, adalah duit tambahan... :)

    BalasPadam
  19. AzMask...

    sama-sama kasih. Tapi 'berjanggut' jugalah nak dapatkan duit tu. :)

    BalasPadam
  20. as salam kak cik,

    ati baru tahu tentang itu

    terima kasih bg info yg berguna ini



    Jom baca: Khas Untuk Semua KAUM WANITA.. mesti baca!!

    BalasPadam
  21. salam

    wah Kaseh baik hati..semalam tengok kak DInas pun dapat

    BalasPadam
  22. salam..

    kak nilainya tak penting tapi hak kita tu perlu dituntut..tu yang lebih penting..

    tahniah dapat hadiah drp akak Kaseh..:)

    BalasPadam
  23. Ati...

    kerana kakcik fikirkan penting untuk dikongsikan, kakcik buat catatan di atas. :)

    BalasPadam
  24. SR...

    betul. Biarpun kecil nilainya, tapi tetap hak kita. :)

    BalasPadam
  25. kalau ramai yang x tuntut...bayangkan brp banyak amaunnya huhu...silap2 org lain yg sapu

    BalasPadam
  26. Mimi...

    itulah kan??? Orang yang tak tahu - tak dapat apa2...

    BalasPadam
  27. hi kakcik...(nada nak berbaik2 ngeee)

    itu la namanya rezeki kan kakcik? :D

    BalasPadam
  28. gB...

    rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari - jom kita bergeder2, nak? :)

    BalasPadam
  29. alhamdulillah...rezeki tu k.cik...
    aina kereta keluaq 2 minggu kena hentam belakang wlaupun kecederaan tak teruk tapi gerammmm...tengok bumper yang dah terkopek catnya tapi sampai hari ni dok macam tu jelah...dah 3 tahun pun...

    BalasPadam
  30. wah.. dpt wit r.. bila nak g melaka ni? hihi

    BalasPadam
  31. Diorang ni memang macam ni la kakchik...nak duit kita, cepaaat jer..nak pulangkan hak kita...berjanggut menunggu....

    silent reader....:))))

    BalasPadam
  32. kakcik kira bernasib baik jugaklah dapat claim tu...saya dulu jenuh mintak, tak dapat pun...

    BalasPadam
  33. kakcik...sy ingat lg..akak xcident masa nak ke tournament bowling. hehe

    BalasPadam
  34. Aefa...

    bukan tak berkeinginan, tapi tak berkesempatan. Hari ini pun Uncle Bob sibuk dengan futsal ...

    BalasPadam
  35. Cikgu Nurin...

    terima kasih kerana 'memunculkan diri'. Selalunya, macam tu lah - nak dapatkan hak sendiri pun macam mengemis.

    BalasPadam
  36. Dr DZ...

    sampai dah naik lupa, mujur dapat juga.

    BalasPadam
  37. JunAina...

    yang menghentam tu tak bayar apa2 pun???

    BalasPadam
  38. Cyana...

    ye betulllll... Sampai langsung tak jadi nak berlama2 kat sana! :(

    BalasPadam
  39. RM280 tu banyak tu .. kalau bagi kat saya, tak habis untuk belanja makan saya selama setahun. betul ... sebab saya bawa makanan dari rumah.

    BalasPadam
  40. Baru taw...terima kasih atas INFO yg sangat2 berguna ni.....

    BalasPadam
  41. Kanda AL...

    kalau bawa ke pasar, sekejap je habisnya tu! ;-)

    BalasPadam
  42. jeBateja...

    Sama-sama kita manfaatkan andai info yang boleh dikongsi :)

    BalasPadam
  43. Yan...

    nak jumpa dengan Yan pun entah bila... :(

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com