Kawan-kawan kakcik

Jumaat, 11 Februari 2011

Merawat diri dan hati sendiri...

(Ini juga merupakan catatan berjadual)

Semalam, dadaku sakit lagi.  Aku mengambil keputusan untuk bercuti.  Hendak ke klinik, rasanya aku masih mampu bertahan lagi.  Letih!!! Asyik klinik - hospital - klinik - hospital.  Panas di dadaku tetap begitu juga.  Kaki kiriku juga membengkak tanpa kutahu sebabnya.  Ditekan, akan berbekas.  Biarlah selagi aku boleh berjalan.  Masalah ini telah lama dan aku tidak pun berasa sakit akibat kaki yang bengkak itu.

Selepas Zuhur, aku meminta Along menghantarku ke Putri's Place Beauty & Spa.  Dua jam aku memanja dan merehatkan diri di sana.  Menerima rawatan urutan badan yang sangat menyamankan dan rawatan muka yang melenakan.  Walaupun bukan mudah 'mencari' duit, tapi sesekali apa salahnya memuaskan hati sendiri asalkan tidak ke jalan yang tidak diredho Ilahi.

Aku balik ke rumah dengan rasa yang sangat segar dan bertenaga.  Hari ini, aku akan ceriakan diriku dengan caraku sendiri.  Biarlah - semoga apa yang tersirat di hatiku, tidak akan tersurat di wajahku.



66 ulasan:

  1. kak cik..semoga akan ceria dan sihat selalu ok...

    BalasPadam
  2. alala kak cik.jaga kesihatan diri jugak tau O.o

    BalasPadam
  3. salam kakcik,,, amal kan minum madu 2 kali sehari dan juga minum minyak zaiton exra virgin sebelom tido,,,,,,,,,,,, insyaallah semua akan menjadi ok,,,,,,,,,,,

    BalasPadam
  4. Jaga kesihatan kakcik.. sesekali manjakan diri apa salahnya.

    BalasPadam
  5. wow! bestnye pegi spa :D

    selamat berehat kakcik..

    BalasPadam
  6. Kakcik penat sangat ke? Kakak doa moga selepas segar dari spa ni Kakcik dah boleh bekerja seperti biasa....

    BalasPadam
  7. kakcik...take care ok.

    kaki bengkak tu macam simptom sesuatu. jgn la biar aje ye kakcik..

    BalasPadam
  8. jaga kesihatan bebaik k.cik...ingat orang yang tersayang yg masih memerlukan kita di sisi mereka. ibu ibarat gula, kat mana ada ibu kat situ anak2 berkumpul tapi kalau gula dah tak ada kemana semut tu nak pegi...

    BalasPadam
  9. ada tak seksyen untuk orang lelaki di spa tu ?

    BalasPadam
  10. Salam my dear sis..KakCikS:)

    MOga akak diberikan kesembuhan dariNya,..
    Rest yaa kak...

    BalasPadam
  11. salam kak cik ..

    harap2 sihat semula .. ummi tak pernah lagi pernah pergi spa , hui hui

    BalasPadam
  12. assalamualaikum

    ala kakcik, bawalah rehat.

    teringin nak berurut lagi la...

    BalasPadam
  13. Ila...

    terima kasih. Semoga Ila juga telah ceria kembali. :)

    BalasPadam
  14. Zati...

    InsyaAllah. Zati juga jaga kesihatan, ya? :)

    BalasPadam
  15. PO...

    kebetulan, suami kakcik baru je beli minyak zaitun tu. Nanti kakcik nak cuba. :)

    BalasPadam
  16. AzMask...

    Sesekali bolehlah... kalau selalu, tak dayo den!

    BalasPadam
  17. MDT...

    mendapat rawatan di bawah cahaya yang suram dan iringan muzik lembut - memang melegakan! :)

    BalasPadam
  18. Kakzakie...

    bila otak penat, otomatik badan juga menjadi penat. :)

    BalasPadam
  19. gB...

    doktor pun tak kata apa bila kakcik tanya pasal kaki tu - jadi kakcik pun diam je...

    BalasPadam
  20. JunAina...

    semoga Allah memberikan kita semua kekuatan...

    BalasPadam
  21. Kanda AL...

    memang ada. Suami saya baru mendapatkan rawatan urut satu badan (lelaki yang urut) dan dia sangat berpuas hati. :)

    BalasPadam
  22. Tinie...

    bila bercuti di hari kerja, dapatlah merehatkan diri dengan aman sikit. :)

    BalasPadam
  23. Ummi...

    kakcik pun dah tua2 ni baru kenal spa! :)

    BalasPadam
  24. Azween...

    wa'alaikummussalam. Nanti kakcik nak pergi berehat jauh2 sikit... :)

    BalasPadam
  25. harap kakcik sentiasa sihat dan ceria ya..rajin2 cari penawarnya (ubat)..

    BalasPadam
  26. jaga kesihatan dan pemakanan ye kak cik..

    elok juga pi manjakan diri tu..utk diri kita jgk..biarlah keluar $$ pun..xkisah..jnji sihat dan ceria..

    BalasPadam
  27. salam..
    kakchi, tabahkan hati mu...

    semoga kamu sentiasa diberi kesejahteraan..amin

    nanti angkut award di blog ayu yer

    BalasPadam
  28. kakchik.. tenaga makin kurang, rehatkan diri dan kurangkan stress

    apa salahnya sesekali dimanja dan dibelai

    BalasPadam
  29. wahhhh.... ! bestnya dapat memanjakan diri kat spa -
    take care ye kakcik.... semoga kembali sihat dan ceria seperti selalu...

    BalasPadam
  30. SN...

    bagi yang tak berduit macam kakcik ni, memang berkira2 juga.. tapi, memikirkan diri juga perlu dibelai - kakcik tutup mata je! :)

    BalasPadam
  31. Ayu...

    sebagai wanita, iteri dan ibu - kita memang kena tabah menghadapi apa jua keadaan. :)

    BalasPadam
  32. ibuintan...

    kalau tiada ketahanan mental dan fizikal - kita tidak nampak bahawa hidup ini ada keindahannya. :)

    BalasPadam
  33. sal...

    ubat yang penting adalah hati yang ceria... :)

    BalasPadam
  34. miloais...

    kena juga cekalkan hati untuk mengeluarkan RM tu! :)

    BalasPadam
  35. kak cik kenapa sejak kebalakangan nie kak cik macam tak berapa ok jer ..asyik mudi jer apa pun jg kesihatan ye kak...

    BalasPadam
  36. kakakku kakcik.. kakcik sakit apa sebenarnya ? ingat kan dan sihat hari tu.. bykkan berehat ye.. moga cepat sembuh..

    BalasPadam
  37. jauh mana tu kak cik.

    nak ikut boleh?

    saya sedang menimbang beberapa tempat untuk berehat.

    jauh dari sini.

    BalasPadam
  38. semoga cepat sihat..
    teringin pulak nak pegi spa

    BalasPadam
  39. Angah...

    biasalah - bila semakin berusia, hati mudah disentuh rasa...

    BalasPadam
  40. Adikku Samad...

    kakcik sakit hati.. hahaha....

    BalasPadam
  41. Azween...

    InsyaAllah, kakcik akan ke Kota Kinabalu hujung minggu depan. :)

    BalasPadam
  42. IE...

    terima kasih. Sesekali seronok juga bermanja2 di spa... Kalau dapat selalu lagi seronok! :)

    BalasPadam
  43. kakcik, saya pulak yang risau.. buatlah sesuatu ye, agar diri sihat dan ceria... saya doakan kakcik sihat rohani dan jasmani.. :))

    BalasPadam
  44. kak cik

    serius best..

    berdua dengan cik abg ke

    BalasPadam
  45. Best kalau merehatkan badan di spa, bila rasa lenguh seluruh badan.. Siapa lagi nak bagi hadiah, kalau diri sindiri yang kasi.kita pun cam tu, tapi tak selalu.setahun 2 kali pun dah cukup.Pilihan kita dewi sri spa, alam central.

    BalasPadam
  46. salam kakcik,

    kalau takder masalah kesihatan spt paru2 berair, eloklah kakcik minum air bersih secukupnya...bagi saya macam wajib minum air secukupnya... peredaran darah jadi lancar, pendekata serba serbi jadi lawas heh3.

    Saya memang suka manja2kan diri... pi massage..pi facial...duit boleh cari kakcik...lebih2 lagi bila dah veteran ni...kena sayangkan diri lebih-lebih...laling pun tak berani nak wat hal pasal dia tau kalau dia terlepas ramai yg akan tadah tangan har3...gurau jer lah!

    Jangan biarkan kita tua macam kain buruk...saya juga ada amik minyak habbatus sauda, makan satu pagi satu ptg...ia adalah antibiotic terbaik...

    Cantik no 2 kakcik, paling utama kita sehat...kalau boleh jgnlah bilik tido kita bau minyak angin manjang....chaiyuk kakcik!

    Ooopss...tiapkali kakcik bersujud masa solat, masa nak bangun tu, tekan dua2 tapak tangan kuat-kuat atas sejadah (tp jgnlah sampai sepanjang2 solat fikiran asyik ke situ, jadikan ianya pergerakan semulajadi) insyaAllah baik utk tulang belakang...solat tu exercise paling hebat, tul dak? naturally akan awet muda heh3...

    saja nak share jer....

    BalasPadam
  47. wah..bestnya dapat manjakan diri di spa.. dah lama tak manjakan diri..

    BalasPadam
  48. beshkan kak dapat memanjakan diri sekali sekala.....
    apa2pun akak take care ok..dun stress2...rehat secukupnya cuti nih...

    BalasPadam
  49. bujal x...

    makcik jeles dengan mamaainul yang dapat bunga itu... :)

    BalasPadam
  50. Aanas...

    bila kakcik masuk ke blog ini dan mendapat sokongan kawan2 - Alhamdulillah, kakcik rasa sangat ceria. :)

    BalasPadam
  51. Azween...

    suami kakcik ada kerja di sana. Seperti biasa, sebagai PA - kakcik kena menemani bos tersayang! :)

    BalasPadam
  52. Cik Ina...

    dulu kakcik merehatkan diri di pusat pelangsingan badan - tapi, kakcik rasa tertipu dan tiada kesudahan. Sekarang dah ada tempat baru yang kakcik senangi dan akan kakcik kunjungi bila ada rezeki... :)

    BalasPadam
  53. Q sayang...

    iye, sebagai isteri - paling penting kita kelihatan cantik di mata suami (hehehe... ayat perasan ni...).

    Terima kasih atas perkongsian yang Q berikan itu. InsyaAllah, akan kakcik cuba amalkan. :)

    BalasPadam
  54. Chik Na...

    kakcik pun bukan selalu pergi - cuma bila ada sedikit 'kelapangan' je... :)

    BalasPadam
  55. Kaseh...

    terima kasih dan terima kasih juga untuk Gift Certificate yang kakcik terima hari ini. :)

    BalasPadam
  56. kak ik... bykkan berehat. nnt nk gi KK pula.. lety gak tu..jalan2 sabah ek ini tahun..

    BalasPadam
  57. Cyana...

    pergi Sabah tu sekejap je. Intergrasi nanti Mr Bob kata, dia pergi waktu penutup je. Mungkin kakcik tak ikut. :)

    BalasPadam
  58. Jaga diri, Kakcik! semoga kesihatan Kakcik akan bertambah baik, amin!

    BalasPadam
  59. huiyai..terasa-rasa nyamannya kak.

    semoga akak ceria selalu .

    BalasPadam
  60. Reen...

    semoga Reen juga ceria dan sejahtera selalu. :)

    BalasPadam
  61. السلم عليكم ورحمة الله

    Moga kakcik sihat seterusnya..

    BalasPadam
  62. Wa'alaikummussalam Ustas...

    InsyaAllah, bila di rumah ni - kakcik rasa lebih sihat (tak perlu fikir fasal kerja) :)

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com