Kawan-kawan kakcik

Isnin, 24 Januari 2011

Pakar Motivasi...

Catatan ini hanya pandangan peribadiku semata-mata berdasarkan pengalaman yang aku lalui sendiri.

Dua tahun yang lepas, aku mengikuti satu 'kursus'.  Sewaktu menghadiri kursus tersebut, emosiku memang tidak begitu stabil.  Banyak yang kufikir dan kurisaukan.  Tapi aku tetap menghadirkan diri ke kursus tersebut 'kerana malas untuk bersoal jawab'.

Di tempat kursus, aku ikuti juga jadual yang diatur dengan sebaik mungkin hingga tiba satu peringkat aku bagai tidak dapat mengawal lagi kerisauan yang sedang bersarang di jiwaku.  Anakku sedang sakit di hospital.  Bapaku juga sedang 'berperang' dengan kesakitannya dan mungkin terpaksa menjalani pembedahan.  Aku sendiri saat itu menanggung sakit akibat tulang belakangku yang perlukan rawatan yang sewajarnya.  Kesakitan-kesakitan termasuk kesakitan minda yang kutanggung menyebabkan aku menjadi murung dan mengundang sakit kepala yang amat sangat serta semput yang memaksa aku mengambil sedutan ventolin berkali-kali.  

Kursus yang kuhadiri itu turut mengundang seorang Perunding (Pakar?) Motivasi yang sangat terkenal.  Sering muncul di media-media.  Aku tahu dia memerhatikanku.  Walaupun aku sedang bersedih, tapi aku tidak buta dan deriaku yang di anugerah Ilahi masih berfungsi dengan baik.

Sewaktu dia berceramah (memberikan motivasi?), aku tahu aku menjadi salah satu bahan ceramahnya.  Kononnya, kalau kita ada masalah, jangan duduk sahaja memerhati aktiviti rakan-rakan dan kemudia menangis sendiri.  Eh! kalau dia benar-benar seorang pakar, kenapa dia tidak mendekatiku, bertanyakan apa masalahku dan cuba menenangkanku? Oh! mungkin sebab aku TIDAK MAMPU MEMBAYAR PERKHIDMATANNYA ITU?  SEBAB DIA SEORANG PAKAR, KHIDMATNYA BUKAN PERCUMA?  

Kadangkala aku melihat kelibatnya berceramah di kaca televisyen, rasanya isi kandungan ceramahnya - 'yang itu ... itu juga'.  Cuma diolah-olah begitu begini dengan kepakaran dan kepetahannya berkata-kata.

Begitulah manusia, seronok bercerita tentang kepakaran masing-masing.  Seronok dapat memberikan kaunseling kepada selebriti dan kepada mereka yang bergelar.  Seronok membuat keuntungan atas kesusahan yang ditanggung orang lain.  Tapi tidakkah merasa seronok kalau dapat mengurangkan kesedihan mereka yang tidak punya apa-apa secara percuma?  Bukan kena keluar modal kalau setakat cuba mendengar, kan?  Tapi mungkin disebabkan masa itu emas, maka ianya tidak perlu disia-siakan dengan hanya mendengar resah hati mereka yang tiada apa-apa kepentingan!  Lebih baik waktu itu diisi dengan minum petang bersama mereka yang punya kedudukan kerana itu mungkin akan membawa pulangan...

Wallahuaklam.



34 ulasan:

  1. Salam Kak Chik,
    sy pernah mengalami masalah sebegini ketika anak sy sakit. Walaupun Dr tu pakar tapi kerana duit sanggup melengah2 kan rawatan kerana lebih lama anak sy ditahan lagi le banyak masyuk nya. Walhal anak sy tak sakit apa2 pun. Tu sebab sampai sekarang sy kurang percaya dengan Doktor2 pakar ni. Bukan semua tapi ada sesetengah tu berkhidmat hanya kerana duit. Disesetengah hospital pakar Dr tu buat macam pakej, kalau kena tahan kena duduk sekurang2 nya 3H 2M. Ada ke patut.

    BalasPadam
  2. Aidah...

    kakcik dan suami selalu cakap 'kalau masuk hospital swasta, anggaplah kita ambil pakej bercuti'. Walaupun hanya demam biasa - sekurang2nya kena stay 3H2M!

    BalasPadam
  3. assalamualaikum kakcik..itulah adat dunia..tiada mende yang tidak diiambil kesempatan..selamat melayang minda ya, kakcik..

    BalasPadam
  4. Sahrom...

    wa'alaikummussalam. Kalau kita pun ada 'sedikit kepakaran', mungkin kita juga akan begitu....

    BalasPadam
  5. saya punya khidmat nasihat cuma perlu bayar dengan makanan makcik je~haha~~

    *makcik ceria sikit ok??

    BalasPadam
  6. bujal X...

    makcik ceria bila lihat bujal menjelma. :)

    BalasPadam
  7. salam kakcik,

    Kerakusan mencari kemewahan mengaburi sifat ingin membantu. Naluri dan ego diri menganggap diri sudah gah dan jadi selibriti sebenarnya tidak tahu org yg dipandang rendah itu ada kepakaran lain yg Allah kurniakan.

    BalasPadam
  8. kakcik..
    alangkah bestnye kalo pakar tu memberi khidmat perlu kpd yg memerlukan..

    xrugi kalo kita memberi...

    BalasPadam
  9. Kita ni kan kak seratus kali ke motivasi session pun kalau diri sendiri tak nak berubah,tak jadi gak.

    BalasPadam
  10. Kakzakie...

    w/salam. Setiap kita ada kelebihan dan kekurangan tersendiri. Cuma kadangkala kita sendiri tidak pandai 'mempergunakan' kelebihan yang kita ada. :)

    BalasPadam
  11. CCC...

    kita selalu terlupa bahawa 'tangan yang di atas adalah lebih baik dari tangan yang di bawah'. :)

    BalasPadam
  12. Yan...

    semuanya bergantung kepada hati dan kehendak kita, kan? :)

    BalasPadam
  13. Assalamualaikum...

    Benar apa yang katakan, takkan ada orang sanggup memberi dengan percuma selain Rasulullah s.a.w dan orang-orang yang mahukan kita bahagia di dunia dan akhirat...

    BalasPadam
  14. Wa'alaikummussalam Ustaz...

    Bila kebendaan mengaburi mata, tiada yang sanggup memberi secara percuma! :(

    BalasPadam
  15. Saya memang agak skeptikal dgn lambakan pakar pakar motivas ini. Hati ini sentiasa ada rasa buruk sangka bahawa motivasi utama mereka ialah $$$.

    Teruk ke keadaan asthma kakcik? Berapa kerap attack nya?

    BalasPadam
  16. Dr DZ...

    kakcik dah lama sangat mengidap athma ni. Pernah juga beberapa kali masuk wad. Kebelakangan ini kakcik hanya bertahan dengan ventolin inhaler bila perlu. Dua tiga hari ini pula kakcik rasa agak tertekan menyebabkan dada kakcik rasa bagai dihimpit!

    BalasPadam
  17. salam kakcik

    dunia hari ini terlalu mengejar material... mahu dapat khidmat percuma dan ikhlas, siapa lah yang sudi memberi...

    jaga diri baik2 kakcik ~

    BalasPadam
  18. Manje...

    w/salam. Ramai yang akan menjawab 'mana ada yang percuma dalam dunia ini'. Yang sedih, bermodal airliur pemberian Allah SWT dan kepetahan menuturkan kata2, makin ramai manusia membuat untung dan ramai juga manusia yang 'ternganga kekaguman' menerima tanpa persoalan....

    BalasPadam
  19. Salam kakcik, moralnya tak de bender yang free sekarang nie :(

    BalasPadam
  20. sekarang nie tak de benda yang frees emua kena bayar hu3...

    BalasPadam
  21. AAP...

    Allah dah sediakan udara percuma untuk kita sedut. Mungkin tak lama lagi kita kena bayo kalau nak sedut udara bersih! :(

    BalasPadam
  22. Amy...

    seronok kalau kita 'tak perlu berfikir' saat mengeluarkan belanja, kan?

    BalasPadam
  23. setiap patah perkataan yg kluar dr org yg pakar adalh RM!!!!!!!

    BalasPadam
  24. NzA...

    begitu juga dengan setiap sentuhan! ;-)

    BalasPadam
  25. tabik kepada kaunselor sekolah saya..sentiasa membantu menangani masalah pelajar..mengunruskan kewangan mencari bantuan kepada pelajar2 miskin

    BalasPadam
  26. Imanshah...

    ucapan TAHNIAH dari kakcik buat guru itu. Semoga Allah merahmatinya. :)

    BalasPadam
  27. Biasa laa Kakcik.. bila dah fames..apa aje servis atau nasihat semuanya nak kena charge.. tapi tu laa apa laa salahnya..kan kakcik dah join kursus tuh bagi laa sikit nasihat ker.. bukannya luak pun..kan..

    BalasPadam
  28. Rinna...

    kalau kita keresahan, akan terasa ringan andainya ada yang ingin bertanya walaupun tidak membantu apa2, kan? Tapi, bila disindir luka yang sedia ada akan bertambah parah jadinya...

    BalasPadam
  29. kak chik susah sangat nak cari orang yang ada kepakaran, buat sesuatu yang tak pentingkan keuntungan. nak cari pun seribu satulah.kat tv kita tengok bahasa dan muka dorang manis, je, cuba kalau kita bertemu 4 mata, lain pulak ceritanya.

    BalasPadam
  30. Cik Ina...

    Allah beri mereka kelebihan begitu. Alhamdulillah. Tapi, yang buat kakcik 'terkesan' sampai sekarang tu, kerana disindir di khalayak ramai. Sedih sangat rasanya! :(

    BalasPadam
  31. salam kakcik,

    agaknya memang dia dah niat kot ilmu yang dicari, kepakaran yang dimiliki untuk cari makan bukan nak tolong orang.. huhu...

    BalasPadam
  32. Aanas...

    w/salam. Siapa yang tak mahu jadi kaya dan ternama, kan? :)

    BalasPadam
  33. kaseh kalau perlukan pakar..kaseh jmpa ustazah yg ajar iqra` kat ofis kitaorg je kak.. lembut je bahasa dia..tenang je bila berbicara ngan dia..ikhlas dalam mmemberi pendapat dia.. macam tu baru la bg kaseh pakar motivasi...hehe

    BalasPadam
  34. Kaseh...

    kelembutan memang bisa menenangkan. Tapi kalau ceramah berapi2, kemudian siap 'tunjuk2' (kononnya sebagai contoh) mungkin akan lebih menyakitkan hati....

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com