Kawan-kawan kakcik

Ahad, 23 Januari 2011

Kesuntukan masa menjelajah maya...

Minta maaf ya kawan-kawan
suntuknya masa untuk kakcik menjengah kalian
sibuk dengan tugas-tugas seharian
banyak juga masa terbuang di jalanan


dari kelmarin dan kelmarin dulu
sejak semalam dan semalam yang berlalu
ada sahaja urusan yang kena didahulu
di atas jalan ke hilir dan ke hulu

memenuhi jemputan dan urusan anak-anak
kena diutamakan bukan hendak tak hendak
walaupun tiada siapa yang mendesak
sebab dan akibat kena difikirkan masak-masak

esok masih lagi ada urusan
kehendak bapa kena turutkan
jangan sampai terjadi penyesalan
masa yang berlalu tak guna ditangiskan...





26 ulasan:

  1. Tuai padi antara masak
    esok jgn layu layuan..
    intai kakcik antara nampak...
    esok jgn rindu rinduan.. :)

    BalasPadam
  2. Kaseh...

    petikkan saya sekuntum melati
    hendakku selit di sanggul ini
    kalau terbit rindu di hati
    jengah dan carilah kakcik di sini.. :)

    BalasPadam
  3. Takpa la Kakcik. Buat la dulu apa yang penting tu.

    Basuh ler dulu kain yang banyak tertinggal dek kerana banyak berjalan.. hehehe

    masak ler apa yang tekak teringin nak makan (makan kat hotel kenkadang tak sedap mana pun..

    Ziarah lah sedara selagi ada yang mahu mengaku sedara. Ye tak? :)

    BalasPadam
  4. Yang utama... di utamakan dulu, slow n steady... kawan2 sentiasa menjengok kakcik walau kakcik tak menjengok kawan2... hahaha...

    BalasPadam
  5. Azie...

    kakcik setuju dengan apa yang Azie katakan itu... :)

    BalasPadam
  6. Isa...

    kakcik jenguk juga kawan2, walaupun kawan2 dah tak datang jenguk kakcik sebab 'kawan kakcik ada dalam komputer'...hehehe...

    BalasPadam
  7. Kami tetap setia disisi
    Uruskan dulu mana yang perlu
    Semoga selesai urusan menanti
    Berita darimu tetap ku tunggu... :)

    p/s: semoga segalanya berjalan lancar :)

    BalasPadam
  8. salam kak cik..

    bila dah setel seme keje..kakcik bolelah berjalan2 maya pulak deh..

    BalasPadam
  9. salam kakcik

    dulukan yang utama....kami memahami..
    tuntutan anak2 adalah yang utama..
    have a nice day..
    ayu doakan agar setiap rancangan dan pekerjaan yang dilakukan berjalan dgn lancar..amin

    BalasPadam
  10. Nida...

    dipintal-pintal tali belati
    sudah dipintal ikat di tengah
    terima kasih sudi menanti
    berkelapangan nanti kakcik menjengah :)

    BalasPadam
  11. SN...

    memang sekarang ni kakcik masuk secara 'curi2' saja... Pagi tadi ke Puncak Alam, petang ini ke Banting lagi...

    BalasPadam
  12. W/salam Ayu...

    terima kasih untguk doa yang Ayu titipkan. Kalaulah berkemampuan, hendak sahaja kakcik pencen dan tumpukan perhatian kepada rumahtangga. :)

    BalasPadam
  13. PM...

    kena ikut turutan nampak gayanya... :)

    BalasPadam
  14. Samo lah kakcik..den kalau keja shift pagi...mula le payah nak jalan2....

    BalasPadam
  15. kak chik yang dahulu kena didahulukan.Bila ada masa senggang, barulah melawat kawan-kawan.

    BalasPadam
  16. assalamualaikum,

    kalau kakcik mudik ke hulu,
    carikan saya si buah pala,,
    Kakcik berhenti-berhentilah dahulu,
    Bila-bila masa boleh sambung semula.

    BalasPadam
  17. jeBtaeja...

    kakcik yang takde syif ni pun bagaikan tak punya masa...

    BalasPadam
  18. Cik Ina...

    kakcik akan cuba juga singgah di mana2 yang sempat walaupun mungkin tiada jejak ditinggalkan. :)

    BalasPadam
  19. Myri...

    Wa'alaikummussalam.

    makan ulam bersama budu
    sampai tak sedar kehadiran mertua
    kepada kawan tetap dirindu
    ada waktu kujengah jua...

    BalasPadam
  20. saya juga dalam kesibukan.
    baru sekarang dapat berjalan-jalan. moga tidak begini terus-terusan. nanti orang tak sudi berkawan.

    BalasPadam
  21. faham sangat tu kak.

    kita ni yang dah berkeluarga kenalah utamakan keluarga dulu.

    Saya pun baru sempat buka blog malam ni sejak pagi semalam di ofis.

    BalasPadam
  22. kakakku kakcik.. yg dulu perlu didulukan..yang boleh dikendiankan.. dikendiankan..pade teman..kakcik sentiase 'ade'... errr.. teman tgh jeles ngan deme yg menyertai contest kakcik.. hebat betui deme yak.. teman angkat tgn awei2..idok teman mampu..

    BalasPadam
  23. Kanda AL...

    saya pun risau kalau2 nanti kawan2 ingat saya semakin sombong sedangkan hakikatnya, saya bagaikan tidak ada masa yang benar2 terluang untuk 'terus terbang'... :(

    BalasPadam
  24. Reen...

    kebelakangan ini rasanya makin banyak yang kakcik kena uruskan. Tambah2 bila kakcik 'keluar daerah', lagilah banyak tugasan menanti bila balik ke rumah sendiri...

    BalasPadam
  25. Adikkua Samad...

    terima kasih kerana memberikan 'satu ruang' untuk kakcik untuk terus 'berada di ingatan'. :)

    Deme yang 'nganto' penyertaan itu memang sangat2 berbakat. Kakcik ghase, Mad pun pandei ngaghang cume tak kose je tu.... :)

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com