Kawan-kawan kakcik

Isnin, 24 Januari 2011

Minda mempengaruhi diri...


Semalam (atau kelmarin?) - Ahad, 23/01/2009, aku bersama suami dan adik perempuanku bersama anak kecilnya 'membawa' bapaku ke satu kawasan perumahan di Puncak Alam, Selangor.  Jarak perjalanan berkereta dengan kelajuan 100km/j memakan masa lebih kurang satu jam sehala.  Tujuan kami adalah menurut kehendak bapa yang mahu 'berurut' dengan seseorang.

Sebelum ini, adik perempuanku telah beberapa kali membawa bapa ke tempat tersebut.  Tapi, kasihan adikku terpaksa memekakkan telinga sepanjang perjalanan kerana bapa akan sentiasa berkeluh kesah.  Ada sahaja yang tidak kena.  Kereta Honda City adikku tidak cukup selesa buatnya.  Kerana itulah semalam adikku meminta tolong dariku dan suami agar dapat membawa bapa dengan menggunakan van kopi kami.  Alhamdulillah, boleh kata sepanjang perjalanan bapa diam sahaja.  Cuma sesekali sahaja dia mengeluh.

Tiba di tempat yang dituju, aku dan suami agak terperanjat.  Yang dikatakan 'berurut' itu, rupa-rupanya hanyalah rawatan urutan tapak kaki (refleksologi).  Punyalah jauh tempat dituju.....  Di Pandan Indah sendiri pun ada beberapa tempat urut kaki sebegitu.  Tapi, aku kenal bapaku.  Janganlah memandai-mandai hendak membawa dia ke tempat lain selain dari yang dia mahu.  Sakitnya tidak akan bertambah baik, malah silap haribulan akan bertambah-tambah lagi.  Tapi, kalau dibawa ke tempat yang dia suka - diberi air kosong pun dia akan merasa sangar segar!

Layankan sahajalah.  Aku sendiri tak dapat menduga bagaimana agaknya karenahku di suatu masa nanti....



58 ulasan:

  1. Salam Kakcik, ikut jer ler kerenah org tua. Kekadang tu deme nak perhatian dan layanan manja dr anak2 jer. Arwah bapa Yong dulu, makin tua dan sakit makin grumpy, bukan apa tapi sebab rasa helpless kot sbb masa sihat dia cergas dan aktif. Sabor jer ler!

    BalasPadam
  2. W/salam Yong...

    Allah nak bagi pahala kat anak2 (kalo sabo dan redha la).. Kalo idok, lain jadinye... ;-)

    BalasPadam
  3. salam kak chik.ikut sajalah karenah org tua. karang kalau tak dikut ada yang merajuk

    BalasPadam
  4. assalamualaikum,

    entahla kakcik...saya rasa saya ini tak punya banyak karenah....tapi ramai yang kata saya cerewet....tahla.

    ....diri sendiri - biarlah apapun penilaian mereka, terserah.

    BalasPadam
  5. salam kak cik...

    Alhamdulillah kak cik masih punyai ayah, ummi dah kehilangan ayah tercinta... dia dah dijemput Ilahi..

    ikut lah kehendaknya selagi termampu...mudah2an Allah permudahkan hidup kita pula kan kak cik...

    BalasPadam
  6. salam..
    kakchik..
    biasalah warga emas...ayu dah tak ada datuk/nenek dari dari belah ayu mahupun en zalie...sebab semuanya dah kembali kerahmatullah

    tapi, ayu bersyukur sbb customer ramai warga emas...walau mereka banyak kerenah dan peel...ayu suka layan...sbb tak pernah rasa ada datuk atau nenek

    BalasPadam
  7. Dekat pun belum tentu berkesan. Banyak yg nak cari untung je.

    BalasPadam
  8. sabarrr ye kakcik..mcm tu la kerenah bile umo2 mcm tu...

    same la mcm saye jugak...melayan mak saye tu...kalau tak diturutkan marah la pulak dia...layannn jer ler...

    BalasPadam
  9. Orang tua selalu cam tu. Ikutkan je lah kehendak dia, sementara ada kak chik. nak buat cam mana. bila dah penat , terlepas gak marah tu. saya pun pernah alami perkara yang sama tu, masa arwah mak ngan ayah dah berusia .

    BalasPadam
  10. Monalea...

    memang diikutkan sahaja setakat yang termampu. :)

    BalasPadam
  11. Myri...

    Wa'alaikummussalam. Orang lain lebih pandai menilai luaran kita dari diri kita sendiri nampaknya! :)

    BalasPadam
  12. Ummi Humaira...

    w/salam. Semoga contoh yang baik yang kita tunjukkan akan menjadi ikutan anak2 kita nanti. InsyaAllah. :)

    BalasPadam
  13. Ayu...

    baguslah Ayu suka melayan pelanggan bagaikan keluarga sendiri. Mudah2an Allah murahkan rezeki Ayu. InsyaAllah. :)

    BalasPadam
  14. Aida...

    betul juga. Ada yang setakat tenyeh2 je... menambahkan sakit yang ada. :(

    BalasPadam
  15. Assalamualaikum...

    Orang tua memang begitu, ikut sajalah asalkan tidak memudratkan...

    BalasPadam
  16. Ainnoraini...

    kakcik pun berharap sangat agar suatu hari nanti kakcik tidak menyusahkan anak2 sampai ketahap menghilangkan kesabaran dan pahala mereka.

    BalasPadam
  17. Cik Ina...

    harap2nya kesabaran kami adik beradik akan berterusan terhadap dugaan yang diturunkan. Sudah puas ibuayah menahan rasa dengan karenah kami sedari dilahirkan sehingga dewasa....

    BalasPadam
  18. CCC...

    iyolah... kita pun bukan tahu banayak mana masa yang kita ada, kan? :)

    BalasPadam
  19. Ustaz...

    Wa'alaikummussalam. Kalau tak diikutkan, lagi mudarat perasaannya. :)

    BalasPadam
  20. orang tua memng kena ikut apa yang dia kata, kalau tidak rajuknya boleh lama juga kan kakcik...

    saya pun nanti mcm manalah agaknya..huhu

    Saya kalau berurut biar seluruh badan, puashati...hehe

    BalasPadam
  21. ~yus~...

    kakcik juga suka berurut - tapi tak mahu berurut yang jenis gosok2 manja mahupun tekan macam nak membunuh tu! :)

    BalasPadam
  22. Karenah orang tua memang unpredictable. Sabor jer lah....

    BalasPadam
  23. Azie...

    nak kata apa lagi, kan?

    Catatan ini secara tidak langsung menjawab pertanyaan Azie kenapa jauh sangat bawa berurut! ;-)

    BalasPadam
  24. lagi 10 minit ble sampai ke kampung saya tu makcik~kat jeram~haha~

    BalasPadam
  25. dulu selalu jugak berulang dari pandan indah ke puncak alam. huhuHU~

    BalasPadam
  26. Salam.kakchik,

    sama sangat macam emak saya...macam tulah...dah jadi tanggungjawab anak-anak kan...macam mana kerenah pun...cuba jugak menurut kemahuan pada perkara yang logik. Kalau yang tak logik tu kami buat dek jugak.

    BalasPadam
  27. salam kakcik,
    agaknya bila dah tua ni mmg mcm2 ragamnya...

    paling best bila mak bidan urut bdn kita..

    skrg ni kos mengurut satu badan dah brapa arganya..

    BalasPadam
  28. salam kakcik,
    macam2 jenis ujian kan kak Tuhan nak bagi kat kita.. tambah2 lagi kalo ujian kerenah orang tua, sabo nye kena berpuluh2 tingkat bangunan... teringat kat aruah ibu, masa menjaga nenek yang sakit bertahun2.. setelah dimarah2 nenek sebab tensen dengan kerenahnya, ibu akan cium tapak kaki nenek, sambil meminta maaf.. hampir setiap hari diciumnya tapak kaki nenek..

    BalasPadam
  29. Zeq...

    pengalaman yang tidak boleh dibeli dengan ringgit dan sen...

    BalasPadam
  30. gB...

    berulang ke UiTM tu ke? Semalam sebaik kakcik snap gambo yang tertera huruf2 di lereng bukit itu, kamera kakcik terus jem!

    BalasPadam
  31. NaniRostam...

    w/salam. Terima kasih kerana sudi jengah blog kakcik dan tinggalkan komen. Kakcik pun selalu jengah blog Nani secara senyap2 (malu!). Kalau tak diikut kehendaknya, akan terdengarlah keluhan sampai ke rumah jiran2! (ibaratnya) :(

    BalasPadam
  32. Zue...

    kakcik kalau diurut sambil baring, mahu terlena tau.. :)

    BalasPadam
  33. bulak X...

    alamak! makcik terlepas pandang pada kamu! Sepatutnya makcik suruh kamu tunggu makcik semalam - boleh juga pergi minum2... ;-)

    BalasPadam
  34. Aanas...

    Redha ibubapa akan membawa kepada redha Ilahi.. tapi, kalau mereka sentiasa tidak berpuas hati, apa lagi daya kita? Kitalah yang kena redha...

    BalasPadam
  35. saya dah banyak kali jugak dengar dan tengok sendiri pengalaman2 kawan2 atau sedara yg menjaga ibu/bapa yg dah tua..ada yg sabar dan ada yg mengeluh...

    betul cakap kakcik..entah apalah ragam kita dah tua nnti..

    BalasPadam
  36. MDT...

    kakcik sangat berharap kakcik mempunyai kesabaran yang kuat kerana kakcik tahu tahap kesabaran kakcik adalah sangat lemah! :(

    BalasPadam
  37. xpe kakcik..layan shj kehendak org tua kita..

    harapan kita semua agar kita sentiasa sihat sampai bila2..

    BalasPadam
  38. Salam kakcik,
    kalau tak diduga sebegitu, kita takkan tahu takat mana kesabaran kita...layan orang tua ni...tiada batas sempadan kesabaran...

    Dulu-dulu dia layan kerenah kita ntah macam mana agaknya, kan?
    Sabar jer lar eh...untung kakcik ada cik abe yang sanggup melayan sama...

    BalasPadam
  39. salam kakcik,

    begitulah kerenah warga tua ni, memang menguji kita.... banyakkan sabar

    kita nanti tak tahu macam mana pulak ragamnya

    semasa menjaga arwah mak dulu, suami selalu berkata.. kita ni senang dapat pahala dan senang juga dapat dosa..wallahuaklam

    BalasPadam
  40. salam kakcik. Masa kita kecik dulu mereka ikutkan saja kerenah kita. Dah masa kita pulak layan kerenah mereka kan? Untung bagi mereka yang masih ada mak ayah. kakpah hanya tinggal abah saja.

    BalasPadam
  41. SN...

    kita tak akan ada tanpa mereka, kan? :)

    BalasPadam
  42. ikot aje lah kakchik yer..

    pandan indah kat mana tu ? bee pun duk pandan indah!

    BalasPadam
  43. W/salam Q...

    benar - kesabaran kita diuji dari pelbagai sudut dan bentuk. Dengan ibubapa, dengan pasangan dan dengan anak2 - semuanya merupakan ujian2 yang kadangkala tidak kita duga akan terjadi...

    Alhamdulillah, setakat ini suami kakcik tiada masalah untuk menghulurkan tangannya membantu mana yang boleh untuk kakcik menghadapi dugaan...

    BalasPadam
  44. w/salam ibuintan...

    rasanya mungkin lebih mudah untuk mendapat dosa bilamana apa yang dibuat dengan terpaksa dan mengata2... :(

    BalasPadam
  45. kakpah...

    iya, mereka sudah puas melayan karenah anak2 selama berpuluh tahun, tapi bila tiba giliran anak2 - semuanya bagai tak kena.. :(

    BalasPadam
  46. puanbee...

    Bee, Pandan Indah yang mana? Kakcik Pandan Indah yang bersempadan dengan Cheras... Taman Kencana, sebenarnya. :)

    BalasPadam
  47. layankan je la kan kak..biasa tu arwah nenek kaseh pun camtuh.. kitaorg sabar je ngan kerenah dia..hehe bila tak ikutkan nati dia majuk..

    BalasPadam
  48. Alahai....harap2 den pun tak kan berkeluh kesah bila mana org tua den pun mcm tu.....

    BalasPadam
  49. salam buat kakakku kakcik : aboh teman..Jaafar Kg Peghoyang..ce tanye ayah kakcik..mungkin die kenei..umonye udoh 86 tahun.. tawu sgt teman ngan keghenah oghang tue.. mmg kene sabo..silap sikit nok maghoh je deme ta..biase la tu

    BalasPadam
  50. salam kak cik
    selagi kita berpeluang melayani permintaan ayah...
    kita nanti entah apa pulak ragamnya kan?

    BalasPadam
  51. Kaseh...

    memang dilayan je setakat termampu.. :)

    BalasPadam
  52. jeBateja...

    kadang2 apa yang menyesakkan dada perlu dihembus keluar agar tidak meletup tanpa sedar! :)

    BalasPadam
  53. W/salam adikku Mad...

    umo bapak kakcik tu dah 82 tahun. Telinga doh tak dengo (tapi kengkadang kalo kita idok belabun dengan dia, buleh pulok dia dengo!). Yang tak beghape nok tahan tu bila dia mula beletiyo pah tu meghampuih... itu yang nughun kat anok2 gamoknye! :(

    BalasPadam
  54. W/salam Sya...

    mudah2an kekuatan hati dan minda sentiasa ada bila melayan karenah orangtua. Kita pun tak tahu macamana nanti layanan anak2 terhadap kita....

    BalasPadam
  55. Salam KakCik
    My anak2 awal2 lagi dah kata kalau kita sakit, jangan tak nak pergi spital; jangan tak nak makan ubat, etc". Diorang kata gitu sbb my aunty bila sakit, dia duk diam aje hinggakan sebelah matanya dah tak boleh nampak dan tak boleh buat operation.

    BalasPadam
  56. W/salam CS...

    bapa kakcik sangat2 suka dengan spital. Tambahan kalau spital swasta. Hendaknya sentiasa ada ubat yang boleh dimakan. Tak ada ubat dia boleh 'meroyan'. Nak tanya dengan DrS atau DrDZ, agak2nya ada tak 'sesuatu yang berbentuk ubat' tapi sebenarnya bukan ubat dan tak ada apa2 kesan kalau memakannya? Sebab, bapa akan rasa segar kalau menelan ubat walaupun sebenarnya dia tak apa2... :(

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com