Kawan-kawan kakcik

Sabtu, 22 Januari 2011

Jendela...


masih dapat menatap ke luar sana
sejauh mana mampunya mata
tetap juga tidak akan sama
burung yang bebas terbang di angkasa

apa ertinya pandangan yang luas
andai tubuh tak kenal bebas
terperangkap dalam bilik yang luas
tapi hati lenguh dan kebas

udara di dalam kedap dan pedar
tidak sesegar angin di luar
tapi kalau diri di luar sedar
berjalan sendirian jangan dibiar

42 ulasan:

  1. itu namanya berjalan dalam tidur kakcik...hihihi~

    BalasPadam
  2. kak cik
    masa kekecik sya selalu tidur berjalan
    bahaya kan?

    BalasPadam
  3. salam

    selamat pagi sabtu kak chik..
    hehehehe...mengigau..saya pernah tidur luar sofa...

    BalasPadam
  4. kalau terpaksa tinggal di penjara
    jasad terkurung jiwa pun murung.

    kalau terjebak dalam percintaan
    jasad dan jiwa bak burung terlepas

    kalau ditakdir jatuh miskin
    jasad bebas kehendak dicatu

    kalau boleh biarlah soleh
    jasad dikapan, jiwa tersenyum riang...

    BalasPadam
  5. gB...

    tak basuh kaki sebelum tidur, ya? :)

    BalasPadam
  6. Sya...

    nasib baik tak melarat sampai sekarang, ya? :)

    BalasPadam
  7. CR...

    mujur di luar sofa, kalau di luar pagar? :)

    BalasPadam
  8. IM...

    impian kita untuk menjadi soleh dan sentiasa dirahmati - semoga kita tidak jemu memperbaiki diri. :)

    BalasPadam
  9. amboi kak chik ni pandai berfalsafah. saya ni tak pandai bahasa-bahasa puitis ni.

    BalasPadam
  10. Kak Cik ... di balik jendela ada apa ? heheh

    BalasPadam
  11. respek betul kat akak lah..


    saya memang fail bab-bab puisi ni tau ..

    BalasPadam
  12. Pengalaman terperangkap dalam rumah sebulan, kaki kebas tapi puas. Bukan senang nak dapat nikmat cuti lama...

    BalasPadam
  13. salam Kak Cik..

    Mula-mula baca tu macam serius je puisi ni.. tp bila part last tu buat saya senyum sendiri... hehe... mengigau..

    BalasPadam
  14. naper ?kakcik berjalan dalam tido ke?bahaya tu......

    BalasPadam
  15. hati lenguh dan kebas?

    Fa selalu lenguh2 kat kaki and sekali sekala kebas kat tangan....

    BalasPadam
  16. Assalamualaikum kakcik...

    Terkurung dalam bilik ker...

    BalasPadam
  17. alamak kakcik, ingatkan nak tulis, tp ada hal pulak kat luar...kena kuar sat ni. jumpa lagi nanti...

    BalasPadam
  18. jika ttg jendela..
    pastikan bergrill yer jika nk bukak
    sb pencuri bole msuk dgn senang..

    kita nk udara segar
    sebaliknya org segar yg masuk..huhu

    jika rumah ditingkat 15..xpe la xde grill...hehe

    **ada kaitan gak kan komen saya ni dgn jendela...hehehe

    BalasPadam
  19. rumah saya dah bertahun tak bukak jendela..balik malm je

    BalasPadam
  20. Salam kakcik...

    baru sampai rumah...
    tadi tu konon nak tulis camni...

    adatikanya burung pun tak sebebas sang unggas, biar badan tidak terkurung..ada tempat-tempatnya sayap tak mampu dibuka lepas....

    saya rela terkurung, kalau di situ ada syurga untukku menanti, dari bebas lepas tapi masih tercari-cari...

    Hmm..lain orang lain fitrah dan fikrahnya kan kakcik kan....

    psst...aritu mimpi (bukan ngigau tau), ada orang usung jenazah dlm keranda kat belakang saya...apa agak2nya ek? ala...mimpi jer tu...

    BalasPadam
  21. hehehhehe...sesekali mengigau pon xpe kanss..hehehhe

    BalasPadam
  22. Cik Ina...

    kadang2 kakcik hanya menurut kata hati - meluahkan apa yang kakcik rasa walaupun orang lain mungkin sama sekali tidak memahaminya. :)

    BalasPadam
  23. Chik Att...

    macam macam adaaaaa... yang tersembunyi mahaupun nyata. :)

    BalasPadam
  24. Reen...

    puisi yang kadang2 hanya kakcik yang mengerti! ;-)

    BalasPadam
  25. Aida...

    ada peluang berehat tu, berehatlah sepuasnya. Bila dah masuk bekerja semula nanti mesti banyak yang memeningkan kepala, menyesakkan dada. :)

    BalasPadam
  26. W/salam Nida...

    sebenarnya kakcik sama sekali tidak mengaitkan puisi kakcik itu dengan igauan! 'di luar sedar' bermaksud - kita tidak berdiri di atas kaki kita sendiri - tetapi kita 'meminjam ' kaki orang lain lalu menganggap itu adalah hak kita yang tak boleh dipersoalkan sesiapa. "berjalan sendiri jangan dibiar" - maksudnya, orang lain kena mengawasi orang yang di luar sedar itu!

    Suatu protes yang sengaja kakcik cipta kerana sikap kakcik yang mengada-ngada! (^_*)

    BalasPadam
  27. Monalea...

    Alhamdulillah, setakat ini kakcik belum lagi berjalan dalam tidur... minta dijauhkanlah. :)

    BalasPadam
  28. Fa...

    kalau lenguh kaki dan kebas tangan, tapi hati gembira - mestinya hari kita tetap ceria. Tapi kalau lenguh dan kebas hati, badan yang sihat pun bagai tidak bererti. :)

    BalasPadam
  29. Wa'alaikummussalam Ustaz...

    sesekali rasa hendak juga terkurung - penat rasanya 'bertebaran' di luar ... :)

    BalasPadam
  30. Q...

    kakcik pun berada di luar dari jam 1 hingga 5 petang tadi. :)

    BalasPadam
  31. SN...

    bahaya juga kalau rumah di tingkat 15 tiada grill. Memang kemungkinan 'orang masuk' tiada, tapi kemungkinan 'orang TERterjun' itu ada... :)

    BalasPadam
  32. ~yus~...

    bila kakcik berpantun tu, maknanya kakcik malas nak mengarang panjang2! :)

    BalasPadam
  33. Q...

    betul. Setiap yang lepas bebas itu, tidak bererti akan bebas dan ceria selamanya. Begitu juga, yang terkurung itu mungkin lebih bahagia andainya rela dan redha memenuhi ruang jiwa.

    Setiap manusia berbeza kehendak dan citarasa. :)

    BalasPadam
  34. CCC...

    mengigau yang tidak membahayakan, tak jadi hal... :)

    BalasPadam
  35. selangkah pasti menuju kehadapan
    bukakan tutupan agar angin berselingan
    masih pergi melihat lambaian
    kerna tdk perlu bertatih kesepian

    BalasPadam
  36. Dik Maiyah...

    melangkahlah ke hadapan denga penuh harapan, namun tak semestinya kita tidak perlu langsung menoleh ke belakang kerana mungkin yang keciciran perlu kita kutip semula...

    Semoga Maiyah tetap sihat dan ceria. :)

    BalasPadam
  37. salam kakcik..

    apa dikenang burung di awan...:(
    sebebas-bebas burung walaupun tak terperangkap dalam kamar yang luas..namun banyak lagi dugaan si burung menerjah awan...

    BalasPadam
  38. SM...

    dugaan tetap datang walau di mana kita berada dan walau apapun kedudukan kita... :)

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com