Kawan-kawan kakcik

Jumaat, 24 Disember 2010

Nilai RM100.00...


kubawa sekeping ke Pasar Malam
kubeli lapan bungkus nasi ayam
nilainya RM28 - diberi potongan
cuma bayar RM27 sahaja

warung baru buka
peniaga tiada tukarannya
katanya bayar nanti-nanti saja
kesian pula - baru sahaja buka perniagaan
jualan tidak dibayar pelanggan

lantas sahaja ke stesyen minyak
isi ke tangki Myvi RM30
wang baki RM70 dibawa pulang
singgah semula ke Pasar Malam
bayaran nasi ayam dilangsaikan
dengan RM3 dapat beberapa 'batang' cakoi

tinggal RM40...
agak-agaknya apa lagi yang boleh dibeli
kalau isi minyak kereta Innova
separuh tangki pun tak penuh rasanya

kalau bawa ke restoran nasi beriani
mungkin boleh mengenyangkan dua 'perut' cuma

tapi...
bagi aku satu ketika dulu
RM100 adalah satu jumlah
yang hampir mustahil untuk kugenggam
jauh sekali mengimpikan
 untuk dibawa ke Pasar Malam

sekarang pun
masih ramai yang tak mampu memandang
apalagi untuk memegang
jauh sekali untuk membelanjakan
wang yang cuma bernilai RM100

tapi...
apakah kita pernah peduli????



58 ulasan:

  1. Tu baru bawak pasar malam pun dah nak habis..kalau bawak g Jusco sure tak cukup kak cik

    BalasPadam
  2. Iman...

    menunjukkan betapa duit kita sudah terlalu kecil nilainya...

    BalasPadam
  3. Nasi pagi RM 17...minyak kereta 10....motor 5...lauk pauk 20...luar jangka 10.
    Baju sekolah anak2????

    BalasPadam
  4. Baju sekolah anak2? Boleh dapat dengan harga di bawah RM100 untuk dua pasang - tapi selepas dua bulan, mungkin perlu dibeli baru! :(

    BalasPadam
  5. Tampalan kreatif Kak Cik! It is a good one.

    BalasPadam
  6. MAS...

    terkojut kakcik! Bukan semua orang boleh memahami apa yang tersirat di sebalik yang tersurat, kan? :)

    BalasPadam
  7. nilai matawang semakin hari semakin menyusut dan mengecil

    BalasPadam
  8. WBH...

    dalam kesempitan, kelangsungan hidup perlu diteruskan - masih ramai yang mengharap agar kita dapat 'bersama mereka' dan setidak2nya memberi sedikit ruang untuk mereka bernafas ....

    BalasPadam
  9. KakCik

    Kadang2 kena tengok juga kemana kita berbelanja tu samada kat pasar tani, kedai runcit, mini/super/hypermarket.

    Nasi ayam disana masih RM3.50? Kat sini dah RM4.

    BalasPadam
  10. CS...

    masih RM3.50 - kadang2 dapat diskaun lagi! Alhamdulillah...

    Tapi kalau beli beriani Insaf - memang insaflah sekejap... 8 kotak = RM80 atau RM96?? huhuhu....

    BalasPadam
  11. dalam dompet saya ada rm50 je makcik~~

    BalasPadam
  12. Bujal...

    pagi ini, makcik cuma ada RM22.15 sahaja. Bawa ke kantin RM10.00 - habis RM5.50 (termasuk HM @ RM1.50). Budak2 sekolah belanja berapa RM sehari sekarang, ya? Belum lagi dengan top up hp...

    BalasPadam
  13. Salam kakcik, Nak cakap bayak tak kena juga.. tapi nilai RM100 terlalu kecik dihari ini walaupun besar bunyinya :(

    BalasPadam
  14. Duit tu msh bernilai tetapi yg sebenarnya barang2 semakin mahal.

    Pd petengahan thn 90-an dulu saya ikut Mak ke Pasar, dgn RM50.00penuh bakul di tangan dgn sayuran & ikan2 anggaran mkn seminggu cukup 6 orang.

    La ni, saya ke Pasar Tani Stadium Shah Alam, hampir RM180.00 terbang setiap minggu utk mkn 5 org (itupun tdk termasuk harga ayam organik yg saya beli di HPA/Az-Zain).

    Kata kuncinya : Harga barang melambung tinggi. Seiring dengan kemajuan zaman? Oh Tidak! Kerana harga P E T R O L sebenonye.

    BalasPadam
  15. Kak Cik,

    Setiap kali ke pasar malam mesti habis dekat RM50.


    nilai duit kecik aje sekarang ni..

    BalasPadam
  16. slm kakcik :)
    meh teman jwb.. anak2 terune saye tu pg nak makan nasik ayam rm2.50+ayor bwk sendiri=rm3.00. selalunye 5kupang tu x masuk tabong.. tghari nk makan nasiklemak pulak dgn kawan2 rm1.00+1.00 ayor sebab selalu bekey ayor abih seblom tghari=rm2.00. jumlah sorang rm5.00x2kepala=rm10.00 sehari... seminggu rm50.00.. duit sekolah je tu, belom segale hape yg cikgu mintak + teringin lpeh skolah.. gedebuk gedebak uminye kje nyocok duuuiiiitttt je leww.. huhuhuuu

    BalasPadam
  17. W/Salam AAP...

    memang itu yang sebenarnya - RM100 cuma satu angka yang kalau di bawa untuk berbelanja di pasaraya - tak lenguh pun jari untuk menjinjit barang yang dibawa keluar!

    Bagaimanalah mereka yang tak punya walau RM10 untuk dibelanjakan, ya? :(

    BalasPadam
  18. salam kakcik

    kdg2 manje tak sedar rm 100 tu
    da habis dekat tgn.. bukan sbb
    boros berbelanja tapi harga brg
    yg mcm tak igt dunia huhu ~

    BalasPadam
  19. Liza...

    harga barang naik seiring dengan apa yang dinamakan 'kemajuan'. Jadinya, mungkin barang2 yang kita beli itu sangat2 tinggi kualitinya dan untuk itu kita wajib membayar harga yang lebih bagi mendapatkannya!

    Tapi - janganlah membazir sewenang2nya membeli gelang magnet yang tak boleh digadai waktu kesempitan... ahaks!

    BalasPadam
  20. Reen...

    segalanya perlukan RM hatta untuk masuk ke tandas awamn (yang belum tentu bersih)...

    BalasPadam
  21. AzeedA...

    kalo duit tu sentiasa ada untuk di'cucuk' tak ngapele juge weh...

    BS nok meli cd games... dulu RM10 utk 5 kepin. Baghu2 ni, meli 2 kepin = RM10. Tau diye kate ape? 'Mak tak tau ke petrol dah naik harga - sebab itu CD game pun mahal'. Pulak???

    BalasPadam
  22. W/salam Manje...

    entahlah sama ada nilai RM kita dah jatuh atau apa sebenarnya...

    Kesian kepada mereka yang tak punya sumber pendapatan!

    BalasPadam
  23. kak cik...

    RM 100... susu anak RM 30 minyak kereta RM 30 , minyak moto RM 5.. baki RM 35 .. singgah kedai ..beli ayam..sayur... roti gardenia...baki RM 0.00....

    skrg RM 100 dah macam RM 10,ketika 20 tahun lalu...

    BalasPadam
  24. Betul tu kak cik, gaji kita dulu RM390 je, cukup belanja untuk 4 anak.sekarang ni gaji 4 angka pun , tersedak-sedak.Dulu gula sekati baru RM80sen. RM10 dulu macam -macam kita boleh beli ke kedai. Agaknya nilai duit makin kecik kot.

    BalasPadam
  25. kalau tak pecah lg mmg besar nilainya

    tapi bila dah pecahkan...huhu..kejapje dah habis

    BalasPadam
  26. Ila...

    20 tahun lalu pun kita rasakan barang waktu itu mahal berbanding 20 tahun sebelumnya... Begitulah 'peningkatan' yang kita alami seiring peningkatan usia bumi yang makin ke penghujung ini. Andai masih ada waktu - entah bagaimanalah kehidupan ini 20 tahun lagi, kan?

    BalasPadam
  27. Cik Ina...

    saat kita tersedak, ada orang lain yang langsung terbelahak. Usahkan hendak menelan, hendak menyuap pun tidak berdaya. Segalanya begitu mahal... air kosong pun dikenakan 20sen (ada yang sehingga 80sen segelas)!....

    BalasPadam
  28. Ati...

    kadang2 tak sedar pun untuk apa wang itu telah dibelanja!

    BalasPadam
  29. salam akak..
    duit macam air..keluau umah..semua duit..xkeluau uma kang jadi mcm katak bawah tempurung..heheh

    BalasPadam
  30. CCC...

    kalau tak keluau rumah, duit akan keluau juga (lainlah kalau tak guna elektrik, internet, telefon, air dsbgnya...) hehehe...

    BalasPadam
  31. itu boodak cepet nk kne chubitpipi tuuuuuu.. lenkali kakcik wat le muke gorila mabuk yg henshem kat dia yeh!

    BalasPadam
  32. AzeedA...

    hahaha...BS yang selalu buat mak dia geram dan gerrrammmmm....

    BalasPadam
  33. salam kak cik
    begitulah nilainya rm100.00 pada masa kini
    akan datang adakah sama nilai rm 10.00 sekarang?

    BalasPadam
  34. suatu hari nanti rm100 ni akan jadi macam rm 10 ja.....

    BalasPadam
  35. zaman dulu dan sekarang lain betul ye..dulu rm100 tu boleh simpan tau.. tapi sekarang rm100 klu gi shopping x cukup...

    moga kita sentiasa menjadi manusia yg selalu bersyukur diatas limpah rezki kurniaan Allah..

    BalasPadam
  36. Sya...

    mungkin suatu masa kita hanya membawa kad untuk berbelanja walau di kedai runcit kerana tidak mampu mengusung beg yang penuh dengan wang tapi kecil nilainya...

    BalasPadam
  37. Sal...

    saat kita bersyukur dengan apa yang kita ada... semoga kita juga tidak lokek untuk berkongsi sekiranya apa yang kita ada itu berlebih2 adanya. Mudah2an Allah memberkati rezeki yang kita dapat.

    BalasPadam
  38. nilai RM100 dh jd mcm RM10 je skrg....

    BalasPadam
  39. nza...

    kos sara hidup yang kian meningkat atau agaknya duit kita kurang berkat? ;-)

    BalasPadam
  40. pergi mkn kat SR atau ^ICE ROOM^ tak cukup rm100 ni...hoks :p

    BalasPadam
  41. Combi...

    lepas ni kalau pergi IR agak2 dapat tak diskaun 10% lagi??? ;-)

    BalasPadam
  42. nak komen sebelum beredar ke masjid.

    nilai rm100 tu bergantung .. kalau ia rm100 ringgit yang pertama, nilainya teramat tinggi .. tetapi kalau seseorang tu dah ada seratus ribu keping duit rm100, mungkin kalau hilang sehelai dua dia tak perasan atau tak kisah.

    atau saya yang salah?

    BalasPadam
  43. Salam Kakcik,

    (memang tak sesuai panggil kakcik ni, adikcik boleh le...)

    Kak Yan dah lama benau tak pegang not RM100 ni, bila pi tekan kat ATM, not RM50 je yang keluar :-)

    Memang betul, dengan RM100, dah tak banyak barang kita dapat. Kak Yan kalau ke pasar malam bawak RM50 saja. Keluarga tak besar, kalau beli nasi ayam, cuma 2 bungkus.
    Beli nasi lemak pulak ambil yang biasa, balik rumah buat telor mata atau goreng ayam...kalau tidak, nasi lemak je dah RM3-4 sebungkus, jimat le sikit kan... Lagi satu, seminggu sekali je ke pasar malam.

    BalasPadam
  44. huhu..nilai $$$$ an tak byk..
    jika 50 hinggit..satu diaper 84 tu + speket susu tepung mek sarah..2 bende je tu...adusssss..

    kakcik..bila gaji kita nk naikkk????

    BalasPadam
  45. Kanda AL...

    bagi yang ada banyak kepingan RM100 itu mungkin akan memandang sekeping not RM100 sebagai sesuatu yang terlalu kecil nilainya. Tapi, bagi yang ada semata2 sekeping itu, terlalu sayang untuk dibelanjakan - tapi terpaksa juga demi sebuah kehidupan....

    Seperti juga Myvi yang hanya cukup diisi dengan nilai RM30 tapi tidak bagi Innova yang memerlukan lebih RM40 untuk mengisi separuh tangkinya...

    BalasPadam
  46. kakcik...gi baskin robin lagi berbaloi-baloi kot.opss!

    masih terbayang ketawa tak hengat donia pasal 10% aritu :p

    takpalah kakcik takmo dah 10% tu :))

    BalasPadam
  47. W/salam Kak Yan...

    ATM AmBank selalu menyediakan not RM100! Tapi sekarang bagaikan susah untuk mendapat not RM10 di ATM.

    Kalau sempat dan ada bahan, saya akan bangun memasak di awal pagi untuk makanan anak2. Kalau tiada apa, saya cuma masak nasi dan lauk beli di kedai. Terasa sangat mahalnya harga makanan sekarang ini! Kadang2 rasa nak masak nasi dan makan berlaukkan telur goreng dengan kicap macam masa saya kecil dulu...

    Syukurlah kita masih dapat menikmati makanan yang mewah berbanding dengan mereka yang terpaksa mengutip sisa... (saya sebak tiba2)... :(

    BalasPadam
  48. SN...

    naik gaji???... hmmm.. kalau setakat pengira biji kopi macam kakcik ni, naiknya pun - bak kata orang 'baik ada dari tiada'....

    BalasPadam
  49. Combi...

    sampai balik dan sampai ke Kedah kakcik masih bawa 'sengih2' akibat 10% itu! :)

    BalasPadam
  50. nilai RM50 tu kengkadang..utk makan sekeluarga dlm 2 hari je kak cik..

    dulu2 bawak RM50 ke pasar..macam2 barang dapat.. especially lauk-pauk utk seminggu..

    nilai duit semakin kecil...
    barang semakin mahal..
    hati semakin panass je..!

    BalasPadam
  51. PB...

    mahu atau tidak.. terpaksa juga kita harungi ...

    BalasPadam
  52. assalamualaikum kakcik...

    sekarang belanja kena berhikmah..

    BalasPadam
  53. yang betul nya nilai duit makin mengecil..
    So, sape yang kerja kerajaan tu jgn ingat duit pencen boleh cukup untuk tempoh yang lama..

    BalasPadam
  54. Wa'alaikummussalam Ustaz...

    betul tu - beli apa yang perlu bukan beli ikut nafsu. :)

    BalasPadam
  55. Jamiel...

    kalau waktu pencen nanti, anak2 boleh membantu - syukurlah. Tapi mereka juga punya kehidupan sendiri yang perlu diteruskan. Hendak menabung, seringkali tak kecukupan.

    BalasPadam
  56. Salam,

    Salam ziarah.

    Semua barang dah naik harga, duit jadi rendah sangat nilainya.

    BalasPadam
  57. Kunang-kunang...

    terima kasih kerana sudi singgah dan tinggal komen.

    Kenaikan itu tak akan berhenti....

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com