Kawan-kawan kakcik

Khamis, 23 Disember 2010

Pemakaian legging - aku setuju bahawa ianya menjolok mata...


Seterusnya di BLOG D'HATIE  ini

Baru-baru ini, sewaktu membeli belah untuk anak-anak buahku, aku terserempak dengan satu pemandangan yang memang amat menjolok ulu hatiku.  Seorang perempuan memakai t-shirt ketat dan jeans.  Tiada yang peliknya bila beliau berjalan sambil menolak troli.  Tapi, bila dia mencangkung, aduh! lurah dan seluar dalam semuanya kelihatan!  Nak ambil gambar pun tak sampai hati...


52 ulasan:

  1. eh tapi saya suka ..macamana makcik?

    haha..

    BalasPadam
  2. Ila...

    memalukan dan menjatuhkan martabat kaum Hawa, kan?

    BalasPadam
  3. Salam Kak Cik..
    Yang terbaru ni ramai pompuan melayu suka pakai suar pendek cam cina tu.. suar tu besar sikit jek dari spender.. dah terlalu ramai yang bergaya macam ni tanpa segan silu berjalan kat pasaraya..

    BalasPadam
  4. W/salam AzMask...

    sampai kita pun tak dapat nak bezakan 'bangsa' si pemakai tu, kan? :(

    BalasPadam
  5. tutup2 sebenarnya lagi shekshi...kan kakcik?

    BalasPadam
  6. ada pandangan drpd ulama mengatakan di mana sekiranya seorang suami smbil sikap tak peduli bila sang isteri dedahkan aurat, suami tersebut dikira dayus, ni bukan saya yang kata, saya share di sini saja, kalau salah sila tegur

    sy nak menyampuk lagi, ustazah ada kata, hati suami letaknya di MATA, hati wanita letaknya di MULUT

    kekekeke

    BalasPadam
  7. gB...

    shekshi yang menyebabkan orang lain tershekshe...

    BalasPadam
  8. WBH...

    ada juga suami yang 'berbangga' bila boleh menayangkan 'kecantikan' isterinya kepada orang lain... :(

    BalasPadam
  9. legging ni..utk kanak2 sesuailah..utk mak budak kureng sesuai..kang tight tu..ikut body kita..sejibik je..jika betis pehe slim mlim bak model..xpe..jika mcm barut nangka?...huhu

    BalasPadam
  10. Kalau dia tak pakai tudung, bolehlah lepas pandang, yang tak boleh menahan, bila mengenakan tudung, tapi pakai cam tu.

    BalasPadam
  11. SN...

    mungkin yang memakai tu rasa dia belum akil baligh kot!

    BalasPadam
  12. Cik Ina...

    kalau bertudung, lagilah tak kena gaya!

    BalasPadam
  13. yg pki camtu mmg nak bg org laki ghairah pon..tipu la kalau semata2 utk kepuasan diri..dosa besar..

    BalasPadam
  14. Mizah...

    agak2nya kalau pakai macam tu, tak rasa macam tak berpakaian ke, kan?

    BalasPadam
  15. sengaja nak tunjuk aset mereka....hehehhee

    BalasPadam
  16. Salam kak Cik mmg mata2 JANTAN mmg asyik nengok bender macam nie.. mata2 BETINA tak kisah juga... tapi bagi pandangan mata seorg lelaki dan Perempuan sememang SUMBANG :(

    * Kaco kadang nampak sepender berkarat huhuhu...
    New Entry "Cukup sampai disini sayang..."

    BalasPadam
  17. adoi cakit mate teman kene jolok eh.. ;)

    BalasPadam
  18. AAP...

    biarlah kita sentiasa menjadi LELAKI atau PEREMPUAN, jangan menjadi JANTAN atau BETINA agar dapat memebezakan mana baik mana buruk.

    Hehehe... spender berkarat yang tak boleh tahan tu!

    BalasPadam
  19. AzeedA...

    pejam cepat - jangan sampai kena jolok! :)

    BalasPadam
  20. assalamualaikum kakcik...

    sakit mata memandangnya..

    BalasPadam
  21. Wa'alaikummusalam Ustaz...

    sesak juga jiwa kerana nak menegur tidak berupaya! :(

    BalasPadam
  22. setuju kakcik....

    jelik dan jolok dipandang

    BalasPadam
  23. hehe kak cik.. saya yg tak pakai tudung ni, sgtlahs egan nak pakai legging kat shopping complex. rasa keding sgt kaki tu..

    BalasPadam
  24. masa saya sedang bercuti ke melaka baru baru ni, saya terkejut melihat seorang wanita melayu memakai tudung, tblaus pendek dan memakai legging warna kulit dan berkilat..malu nya saya melihat nya....saya rasa yang memakai ni kurang agama kot...sayang sekali..suami nya pun cetek agama...

    BalasPadam
  25. sebab kak chik wanita baik..

    wanita libral tak nampak ekploitasi ...

    perhiasan terbuka..terlelong..gadai..pajak gadai..boleh?

    BalasPadam
  26. pernah jugak tertengok pompuan melayu pakai legging sama ngan kulit, 2 kali pandang saya pandang, sbb first tuh ingatkan dia tak pakai apa2, 2nd pandang baru nampak dia pakai legging sama ngan warna kulit dia hihihi..
    kalau budak pompuan kecik plak saya galakkan diorg pakai legging kalau nak pakai skirt.. tp budak2 je lah

    BalasPadam
  27. ibuintan...

    bagi yang memakai, mungkin rasa 'vogue' kot! ;-)

    BalasPadam
  28. Rina...

    sama ada kaki keding atau kaki 'gebus', bagi kakcik tetap juga tak kelihatan cantik!

    BalasPadam
  29. Kak Ezza...

    kalau yang pakai warna kulit tu, memang orang tak akan pandang sekali! :(

    BalasPadam
  30. Zeq...

    kakcik pun bukan sempurna sangat dalam berpakaian - tapi, agak2lah kan? Lagipun, 'bujang2' kakcik tu tak akan teragak2 'menegur' mak mereka ni!

    BalasPadam
  31. Mila...

    kalau anak2 yang belum baligh, nampak cantik juga pakai legging yang dipadankan dengan skirt yang menutup punggung... kalau mak budak, tak sheshuwai la.... :)

    BalasPadam
  32. Salam Kak Chik,

    Sekarang ni pemandangan macam tu dah jadi macam satu yang biasa saja. Kita yang rasa resah gelisah. Baru-baru ni Auntie ke pejabat pos, sambil menunggu giliran, sempat le mata tu memandang sana sini, aisehman! terpandang seorang gadis/wanita ni sedang berdiri dikaunter untuk berurusan..cantik je, rambut dah tutup, sayangnya, jeans dia punya lah ketat, pulak tu blousenya agak singkat....kalaulah badan dia size S tu ok lah kot....ni, rasanya dia bersize XXX kot?..berdosakan Auntie hari tuh tak pasal-pasal termengata kat dia.... :-(

    BalasPadam
  33. salam kakcik
    setuju sesangat... bukan stakat jangan pakai suar ketat, kalo boleh tshirt ke blouse ke bio ler tutup punggung kan kak.. bukan lawo pun kalo nak tayang.. heheh..

    BalasPadam
  34. pakailah kat rumah...

    malu nak tengok orang pakai camtu.

    BalasPadam
  35. Auntie Yan...

    (rasanya tak sesuai pulak kakcik nak panggil Auntie)... pandangan itu ada di mana2. Dah jadi kebiasaan pula. Bagaimana agaknya boleh kita mengubah supaya 'biasakan yang betul dan betulkan yang biasa' itu, ya?

    BalasPadam
  36. Aanas...

    mungkin sipemakai merasakan gaya itu cukup anggun kerana tiada yang menegurnya mengatakan fesyen itu sangatlah tidak elok!

    BalasPadam
  37. Reen...

    kat rumah, tak pakai apa2 kala sendirian - tak siapa nak tegah, kan?

    BalasPadam
  38. den meluat org pakai macam tu...apa lagik bila yg pakai tu dah separuh abad

    BalasPadam
  39. jeBateja...

    kalau separuh abad tu - bayo2 den laaaa...

    BalasPadam
  40. salam kakcik seroja

    hehehehe sebagai lelaki kacak lagi macho memang saya suke tengok perempuan pakai lengging nih..hahahahaha (gelak kuat)
    tapi kesian laa sape empunya anak/isteri/dot dot dot..sebab tak larang pemakainya,maka ia jadi tontonan orang ramai la..kiranya diorang yang mengizinkan..kalau saya yang punya, mesti saya tak bagi pakai

    azman

    BalasPadam
  41. memang menyeksakan pandangan mata.. tambah pulak yg pakai legging tu body berlapis2..
    malu pulak kita yg tgk nii..

    BalasPadam
  42. jinkamen...

    macam itu lah sikap sesetengah lelaki... suka tengok ornag punya, tapi simpan rapat sendiri punya... mungkin lebih bagus dari orang punya tengok, sendiri punya lelong, kan??? hehehe....

    BalasPadam
  43. Uda...

    semalam - kebetulan kakcik ke Pasar Malam dan melihat pemandangan itu! :(

    BalasPadam
  44. kak cik..kt opis sy bkn pompuan je yg pkai legging, yg lelaki pon ade.auww! haha..geli tol tgk..

    BalasPadam
  45. Yna...

    lelaki pakai legging??? Model ke???

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com