“Once you have been tagged, you are supposed to write a note, with 25 random things, facts, habits or goals about you. At the end, choose 25 people to be tagged. You have to tag the person who tagged you. If I tag you, it’s because I want to know more about you. Your cooperation is highly appreciated. Haha!”
Sebenarnya, sepertimana yang pernah kunyatakan dulu, aku bukanlah 'penjawab tag' yang baik. Bagaimanapun, kali ini aku cuba menjawab tag gadisBunga ini. Bukan main banyak pula tu yang hendak disenaraikan! Harap baca senarai merapu ini dengan hati dan minda yang terbuka, ya? :)
1) Aku seorang perempuan tua yang menjangkau usia separuh abad tapi selalu lupa pada angka tersebut.
2) Isteri kepada seorang suami yang punya satu isteri setakat ini.
3) Ibu kepada 4 anak lelaki yang belum beristeri.
4) Masih berkhidmat sebagai seorang pengira biji kopi sejak (eh! lupa pulak sejak bila...). Tanda dah 'tak lama' la tuuu...
5) Alamak! baru masuk nombor 5.. banyak lagi nak kena senarai ni... huhuhu...
6) Berwajah sombong (ala.. memang sombong punnn.. tak sedar diri menumpang bumi Allah).
7) Walaupun berwajah sombong, tapi sangat sensitif. Mudah kasihan pada semua situasi yang menyedihkan (ayat apa entahlah labuuuuuu).
8) Sangat suka membaca. Dulu, selalu juga kena tegur dengan mak sebab kertas pembungkus (tak kiralah bungkus apa) pun habis aku baca sampai melewatkan kerja lain!
9) Ada koleksi novel yang agak banyak. Tapi dah lama tak beli novel baru. Ramlee Awang Murshid ada keluarkan album novel baru, tak?
10) Suka juga makan angin (nasib baik tak suka makan tanah) sebab boleh tengok tempat orang. Tapi, setakat ini belum pernah keluar Malaysia kecuali ke Singapura (itu pun dah berkurun yang lalu) dan ke Selatan Siam (ada lagi ke perkataan Siam tu kat Atlas?)
11) Selalu terfikir nak pencen awal sebab rasanya tiada sumbangan yang baik dapat diberikan kepada organisasi (selain ngadap blog yang entah apa-apa ni - silap-silap kalau bos tahu, pc ni pun kena tarik!).
12) Pernah sekali diberi Anugerah Perkhimatan Cemerlang (APC) - lepas tu tak dapat lagi sebab selepas dapat anugerah (oh! lihatlah doniyaaaa....) terus tak tahu buat kerja sebab terkejut.
13) Tak pandai bergurau. Kalau bergurau pun 'macam tak masuk' kata orang.
14) Masa sekolah dulu, pernah lempang budak lelaki sampai budak tu menangis dan siap cakap, 'nanti aku kabo kat opah aku'. Aku jawab balik 'pergilah kabo sekarang, ingat aku takut?'.
15) Sekali lagi aku pernah 'hempas' selonggok(?) buku latihan sekolah atas kepala budak lelaki sampai dia pening (jahat juga aku, ya?)
16) Pernah juga sekali aku lawan tarik rambut dengan seorang budak perempuan sebab aku memang 'pantang' kalau orang babitkan nama ahli keluarga aku dalam ejek-mengejek.
17) Di sekolah, aku memang tidak berminat dengan sukan.
18) Aku cuma minat menulis dan hasil karyaku pernah terbit di makalah (bukan majalah) sekolah, Utusan Pelajar dan juga di Radio Singapura.
19) Pernah mendapat berpuluh pucuk surat dalam sehari (masa tu mana ada telefon bimbit) termasuk dari Indonesia dan Singapura bila karyaku tersiar di radio (mengamuk bapaku).
20) Eh! apa pasal tak habis-habis lagi ni????
21) Sekali waktu menjelang Hari Raya, aku balik kampung naik keretapi. Disebabkan tiada tempat duduk (keretapi masa tu, main sumbat je - kelas 3), aku berdiri di tepi pintu. Sekumpulan pemuda (biasalah tu kannnnn), menawarkanku tempat duduk. Pada Hari Raya, satu rombongan bermotorsikal datang ke rumahku (nasib baik aku tiada di rumah waktu tu). Sekali lagi bapaku mengamuk padaku!
22) Impianku hanya ingin melihat anak-anakku menjadi insan yang berguna. Yang tidak melupakan Agama dan Tuhan Yang Menjadikan. Juga tidak lupa kepada asal usul dan keluarga.
23) Aku juga sangat ingin menjadi isteri yang solehah buat suamiku, anak yang solehah buat kedua ibubapaku dan ibu yang menjadi contoh yang baik buat anak-anakku.
24) Aku tidak minta untuk disanjung, tapi aku sangat terharu sekiranya ada yang sudi menyayangi diriku dan menerima aku seadanya.
25) Ya... sampai juga ke angka ini. Assalamu'alaikum warrahmatullah hiwabarakatuh.
salam mama
BalasPadamhehehehe
mengamuk bapak ye..=)
cheqna sayang mama
mmuaahh
jaga diri jaga kesihatan ye ma =)
Salam cheqna...
BalasPadammama pun sayangggg kat Cheqna. :)
rasa cam xckup 25 tu..patut kakcik tulis byk lagi...hehhe
BalasPadamkakcik, terima kasih sebab sudi jawab tag kite...terharu ni! ngee
BalasPadamsaya penah cekik budak lelaki masa darjah 3 (tapi budak tu kawan baik dgn saya sampai skrg). kita sama2 ganas! hahaha
bab membaca kat kertas bungkus nasi lemak pun kite sama! selalu kene sound dgn mak. heheh
Uiiik..ganaznya kakcikku...
BalasPadamSalam SN...
BalasPadamnak menyiapkan 25 tu pun, berpeluh-peluh kakcik ni, tau! :)
Salam gB...
BalasPadambanyak juga persamaan sikap kita ni, ya? :)
Salam Q...
BalasPadambolehla tahannnnn... hehehe.. :)
oghang loh ni memang ade yang ganah yak ... kihkihkih..selogho je to..
BalasPadamsalam my dear sis:)
BalasPadamheheehe...tang no 14-16 tuu buat tersenyum nihh...:)garang jugee yee..hehehe
Tapi yang syok tuu..tang no 19..ramainyerrr peminattt..cam artis lakk ekk..
pe2..tang no 24 tu..
biarpun tdk dipinta sanjungannya..namun dirimu tetap di hati..;)
Yop Samad...
BalasPadamteman ni ganah juga dedulu... kat sekolah kaghei tu, hebat jugele kighenye!
mujur skrg kakcik dah x ganas mcm dlu..hehe
BalasPadamSalam Tinie sayang...
BalasPadamitulah, bila menjawab tag ni - baru kakcik teringat yang kakcik pernah bertindak ganas masa di sekolah dulu.
Hehehe... merasa juga kakcik jadi glamor macam artis sekejap!
Syukur Alhamdulillah kerana Tinie sudi meletakkan kakcik di hati Tinie. :)
Salam Misz Sephia...
BalasPadamsesekali terkeluar juga taring kakcik tu! :)
lepas baca ni sah MTU kecut jumpa kakcik... takut kena tarik rambut jugak..
BalasPadamsemoga impian2 kakcik dimakbulkan..
slm kakcik.
BalasPadamRamlee Awang Mursyid da kua novel baru..'Rayyan Fantasi'.hehehe
kakcik
BalasPadamngelat, no 5 dan 25 hehehe..... ;p
terkenangkan kelazatan rendang ayam kakcik lah....
BalasPadamp/s::kakcik, acu dah keluarkan entry utk DJ Epoi..harap2 ada la yg sudi membantu
ish3...boleh tahan jugak kakcik ni yee..
BalasPadambrutal kata orang laa ni..hee
betoi ka?
teman rasa..maybe kerana sikap tegas tu kot yg hubby tu berkenan tu ..haa
Salam ibuintan...
BalasPadamdengar suara kakcik pun MTU dah gigil!
Terima kasih untuk doa ibuintan itu. Amin. :)
Salam Semarak Api...
BalasPadamterima kasih untuk info. Kakcik akan dapatkannya nanti. :)
Salam Sya...
BalasPadambukan senang nak merapu tentang 25 perkara.. hehehe... :)
Salam Acu...
BalasPadamsedap ke? Nanti boleh kakcik buat lagi.. hehehe (perasan pulak kakcik ni..)
Tentang Epoi tu, nanti kakcik linkkan ke blog ini. Mudah2an ada yang sudi membantu. InsyaAllah.
Salam LB...
BalasPadamkakcik ni memang boleh tahan brutalnya... tapi.. muda-muda dulu laaa.... :)
KAKCIK, wpun agak kelakar jawapan (pandai pun bergurau), tapi tetap selesai juga tugasan kan?
BalasPadamhehehehe seronok baca jawapan yang tidak begitu menjawab soalan..
*Ramlee Awang Murshid sudah lancar novel baru, tajuk dia.. ada perkataan “Rayyan...” tak ingat tajuk penuh...
Salam Azie...
BalasPadamitulah kakcik dah kata.. kakcik bukan penjawab tag yang baik. Hehehe... :)
Semarak Api kata.. 'Rayyan Fantasi'. Kakcik akan cari nanti. :)
KakCik samsengnya masa sekolah2 dulu!!!!!!!!!!
BalasPadamSalam Pn Dr...
BalasPadamitu yang 'menurun' kat anak2 kot! Tambah2 BS tu.. jangan memain dengan dia. Hehehe...
HI KAK:)
BalasPadamNICE WORDINGS,
NICE Blog:)
senyum sokmo
Salam CGG (mesti manis macam gula-gula juga!)
BalasPadamTerima kaksih kerana sudi singgah dan tinggal komen di blog ini. :)
haha! org yg cipta tag ni memang kepochi kan kak cik.. :D
BalasPadamSalam MDT...
BalasPadamtu la pasal... nasib baik dia tak minta senaraikan sampai 50! jawabnya lagi banyaklah kakcik merapu... hehehe... ;-)
alaaaa...kak,
BalasPadamtak pandai bergurau tak sama dengan tak suka bergurau kannn ?
Reen...
BalasPadambetul betul betul... memang tak sama sama sekali! :)
kakcik
BalasPadamnak tergelak jugak.Baca pembungkus barang ..tak kira belacan ke garam mmg kegemaran saya.Lempang orang dalam pawagam pun pernah.Serious ganazzz.
Cikgu...
BalasPadamkiranya, ada juga persamaan kita, ya? hehehe... :)
cak!!!
BalasPadamslm kakcik.. ghindu laaahhh heheheh
soghi le kak.. amatlah bizibodi kebelakangan+kedepanan ini huhuhu.. jenguk2 tgk kakcik dh stoghimoghi 23 apekeheynye dgn kakcik ni..
seghonok teman bacenye ;)
AzeedA...
BalasPadamamaboi amboiiii.. main cak cak pulak dia...:)
Ingatkan dah lupa kat kakcik. Tapi, ujung2 tahun ni biasalah, kan... banyak kerja kena diselesaikan. Kakcik faham tu. Jangan bimbang. :)