Kawan-kawan kakcik

Rabu, 9 Februari 2011

Jangan pernah merindu...

andai tidak lagi terlihat kelibatku
mungkin aku telah jauh berlalu
bukan kerana waktu yang cemburu
tapi sekadar membawa hatiku yang sebu

bukan takut bermain di laman sendiri
tidak kuhirau kaki yang tercucuk duri
namun harus kuakur kekurangan diri
laman ini bukan milikku yang hakiki

dalam kita bersenda riang
bukan semua suka memandang
diriku hanya seekor belalang
menjadi intaian mata sang helang...


46 ulasan:

  1. Baru nak kenal kakcik.
    Betul2 ke cobaan ni?

    BalasPadam
  2. assalamualaikum,

    penyakitnya datang balikke kakcik?
    settle pelan-lelan....

    BalasPadam
  3. saye sesakali terasa rindu jugak...

    tapi tak tau la dgn sape...biar la ia berlalu pergi jgn dilayan perasaan ni...

    chewahhh....

    BalasPadam
  4. derita merindu.. sob..sob..

    BalasPadam
  5. tapi acu selalu rindu nak berbual & bergelak ketawa dgn kakcik...

    BalasPadam
  6. mengapa dirajuk pada angin berlalu
    kalau masih punya bintang, punya bulan, mentari, jua dinginnya salju
    sekadar jelingan hampa usah diperduli
    biarkan saja...sampai saatnya pasti ia berlalu pergi...

    tunjukkan padaku siapa yang begitu sempurna
    yang merasa hanya dia paling di atas
    hingga makhluk lain semuanya hina
    bagaikan hanya dia...hanya dia paling keras?

    Ini rumah kamu, bukan?
    ini laman mainanmu
    bermainlah sekehendak hatimu
    akan menjadi tamankah
    akan menjadi hutankah
    persetankah mata-mata yang mengeji
    kalau laman mereka tak pernah kau kacau
    tak pernah kau hirau

    kau bukan belalang
    mereka pun bukan helang
    tiada beza di antara kita
    biar tak sama warna kulit dan rupa
    tinggi rendah hodoh atau jelita
    kita semua sama saja
    DI MATA DIA....DI MATA DIA

    Bila orang lain merasakan dirinya betul
    jangan sesekali kita merasa diri sendiri bersalah....

    luaskan pintu hatimu
    buka kotak mindamu
    ini rumah kamu
    ini laman mainanmu.

    BalasPadam
  7. semua ketentuannya..

    saya amik petikan dar atas

    "Bila orang lain merasakan dirinya betul
    jangan sesekali kita merasa diri sendiri bersalah...."

    BalasPadam
  8. rindu itu perlu
    tanda sentiasa di ingati
    dihati...

    BalasPadam
  9. berfalsafahlah kak chik ni.apa maksud tu.helang mana yang mengintai?

    BalasPadam
  10. pergi ke huma menambat lembu
    bimbang di hati si ular sawo
    bukannya cinta bukannya rindu
    hanyo hati den tak dapek lupo.

    BalasPadam
  11. eheheh...

    rindu itu syahdu

    bestnye kalo ada yg rindu...

    heheheh..ntah ape2 la plak ni..ehehe

    BalasPadam
  12. Lain amcam je bunyinye kakcik.

    Kacang kelisa daun selasih
    Daun serai diadun sekali
    Jangan berduka, jangan menyisih
    Kelak terabai, merana sendiri

    BalasPadam
  13. السلم عليكم ورحمة الله

    Kakcik nak gi mana erk?

    BalasPadam
  14. pandai kak chik bermadah.....sesuatu yg tersirat mungkin

    BalasPadam
  15. Bumi mana tidak ditimpa hujan
    laut mana yang tidak bergelora
    bawak sabar mungkin ada hikmah
    disebalik segala kelemahan itu.

    BalasPadam
  16. encik elham ganazzz haghi ni ye.. :D

    BalasPadam
  17. Azwan...

    kakcik tetap ada di sini, cuma rasa hati di bawa pergi oleh sembilu yang menghiris angin....

    BalasPadam
  18. Wa'alaikummussalam Myri...

    walaupun kita tidak mengusik sesiapa, tapi tingkah kita diperhati juga. Mungkin silap sendiri yang sentiasa leka, hingga kopi menjadi cuka...

    BalasPadam
  19. ainnoraini...

    rindu itu permainan manusia yang punya jiwa....

    BalasPadam
  20. AzMask...

    biarlah rindu itu subur menjadi kasih...

    BalasPadam
  21. Acu...

    gelak kakcik - bak kata Sohaimi Mior Hassan 'bagi sengaja direka'....

    BalasPadam
  22. Q...

    bait kata2mu bagaikan embun yang menitis di hujung daun.. membasahkan bumi yang keringnya bertahun. Biarpun titisnya satu persatu tapi tanpa jemu, basah juga bumi yang kontang itu. Mungkin sebab seringnya diri ini lupa pada DIA menyebabkan resah bermaharajalela...

    BalasPadam
  23. bun_nee...

    kena juga kita mengenali salah sendiri. Kerana pahat tidak akan berbunyi andainya semua tersedia rapi....

    BalasPadam
  24. Manje...

    jangan nanti rindu menjadi jemu...

    BalasPadam
  25. Cik Ina...

    helang itu sifatnya perkasa, sedangkan belalang bersembunyi menjeruk rasa...

    BalasPadam
  26. Kanda AL...

    bakar kemenyan di dalam dupa
    jangan sampai hangus terbakar
    andainya hati tak dapat lupa
    jengahlah sesekali bertanya khabar

    BalasPadam
  27. ccc...

    jangan dijeruk hati yang merindu, kelak merana tiada yang tahu...

    BalasPadam
  28. Zool...

    sudah puas peluh kuseka
    darah mengalir bersama lendir
    bila hati tercalar luka
    senyum diberi bagai menyindir

    BalasPadam
  29. Wa'alaikummussalam Ustaz...

    kakcik tak ke mana2.. cuma cuba memujuk rasa...

    BalasPadam
  30. Bujal X...

    bukan setakat blues - greens, reds, blacks dan segalanya makcik layan....

    BalasPadam
  31. Wati...

    biarlah yang tersirat itu tersimpan erat...

    BalasPadam
  32. AAP...

    kalau hendak menanam lada
    usah berharap pada sang kera
    sabar itu pastinya ada
    walaupun hati bagai terdera

    BalasPadam
  33. AzeedA...

    bila en ilham tercalar, dia akan rasa tercabar...

    BalasPadam
  34. Kelkatu tua penuh cagu
    cagu busuk tak tahan nak bau
    biar pun jauh beribu batu
    blog kakcik dihatiku selalu.....ahakz

    BalasPadam
  35. timang tinggi-tinggi,
    buai laju-laju,
    kakcik janganlah pergi,
    nanti ramai yang rindu.

    BalasPadam
  36. jeBateja...

    berjalan-jalan ke dalam gua
    jangan lupa bekal dibawa
    walau kita tak pernah bersua
    sokonganmu bagai memberi nyawa

    BalasPadam
  37. ibuintan...

    orang tua pergi ke huma
    jalan berpaut akar peria
    rindu itu seketika cuma
    pusing belakang lupalah ia...

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com