Kawan-kawan kakcik

Selasa, 30 November 2010

Hulurkan tangan ringankan beban...


Terbaca tentang kisah Baby Afiq (gambar) di blog Acu Sayang yang akan menjalani pembedahan jantung di India.  Baby Afiq adalah anak bongsu kepada blogger DJ Epoi  (sekarang blog DJ Epoi tidak aktif mungkin disebabkan kesibukannya berhempas pulas mencari rezeki kerana DJ Epoi juga mengalami masalah kesihatan yang agak serius).

Sekiranya ada yang ingin menghulurkan sumbangan, bolehlah berbuat begitu dengan menyalurkan sumbangan anda ke akaun  DJ Epoi di:

Maybank : 162311772012
Nama      : Saiful Anuar bin Abdul Rani
Tel           : 013-2078787

Biarpun sumbangan itu kita anggap kecil, mungkin ianya sedikit sebanyak dapat meringankan beban saudara kita.  InsyaAllah.



20 ulasan:

  1. Salam kakcik...

    terimakasih atas info ini....

    luv you oweys - Q.

    BalasPadam
  2. salam kakcik.

    benda yg baik ..elok disebarkan

    BalasPadam
  3. Salam Ati...

    semoga ada yang sudi membantu.

    BalasPadam
  4. Salam, oh gitu ya. Semoga Allah permudahkan rezki DJ Epoi!

    BalasPadam
  5. Salam Yong Helli...

    semoga ada yang bermurah hati. :)

    BalasPadam
  6. salam kakcik,
    jom sama2 kite menyumbang. sikit-sikit lama-lama jadi bukit. :)

    BalasPadam
  7. Salam gB...

    walaupun sedikit, kalau dikumpulkan - akan banyak jadinya, kan? :)

    BalasPadam
  8. betul kak cik..siankan..kecik lgi tu......
    Allah menguji ibu bapanya....saya pom xtau mampu atau tak dgn ujian sebegini...

    semoga kita semua sihat selalu..

    BalasPadam
  9. Salam SN...

    semoga ibubapanya tetap tabah mengharungi apa juga dugaan.

    BalasPadam
  10. besar dugaan DJ Epoi ni.... sama2lah kita membantunya....

    BalasPadam
  11. Salam AKT...

    sama-samalah kita ringankan beban beliau.

    BalasPadam
  12. terima kasih kakcik...
    semoga usaha kita diberkati ALLAH insyaAllah

    BalasPadam
  13. Sama-sama Acu...

    moga ringan sikit beban Epoi. InsyaAllah.

    BalasPadam
  14. Salam kakcik..
    patutlah DJ Epoi tk aktif lagi dah...dia dulu mng rajin singgah blog ida..napelah ida tk perihatin kisah beliau...kesiannya..insyallah ada rezeki ida pasti membantu..mudah2an ke dua2 beranak diberi kekuatan dan kembali pulih.insyallah

    BalasPadam
  15. Ida...

    Epoi selalu update aktiviti dia di FB. Tapi selalunya, pasal kerja. Sama2ah kita doakan semoga kesihatan mereka kembali pulih. InsyaAllah.

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com