Kawan-kawan kakcik

Isnin, 29 November 2010

Anak-anak sekarang...

Gadis Melayu kena pandai duduk bersimpuh, ya anak-anak...

Belum hilang penat menguruskan majlis Tahlil yang ditaja oleh Along pada Sabtu malam, semalam (Ahad) Bangcik membawa kawan-kawannya seramai lebihkurang 15 orang untuk makan-makan di rumahku.  Teringat masa aku masih bersekolah dulu, bertandang ke rumah rakan-rakan hanya di waktu Hari Raya.  Rupa-rupanya, budak-budak sekarang tidak menunggu Hari Raya untuk bertandang.   Tapi, ada bagusnya mereka datang ke rumah, tahu juga dengan siapa anak-anak berkawan dan keluar.  Selepas makan dan solat Zuhur, mereka keluar beramai-ramai untuk menonton wayang cerita Nangkung.  Di mana-mana pun, nampaknya perempuan lebih ramai dari lelaki!

Mujur juga Miss Top Up  tak ikut sekali.  Kalau tidak, harus dia kena tazkirah dengan mak Bangcik!



22 ulasan:

  1. salam my dear sis..:)

    ramai kawan Bangcik ekk..
    tapi tu laa...ramai kaum hawa ya..agak2 ramai peminat Bangcik sorang nihh...(er..er..termasuk Miss Top up tuh..hehehe);)
    Pe2..berkawan bior seribu..:)

    BalasPadam
  2. Salam Tinie sayang...

    masa mula-mula budak2 tu datang cuma 2 sahaja lelaki. Kemudian baru menyusul lagi 2 orang. Harap-harapnya lelaki yang ada tidak terikut-ikut 'menjadi perempuan'. Na'uzubillahhiminzalik.

    (Bangcik kata Miss Top Up tu memang peminat dia! Minat mengabihkan bogheh je tu...) ;-)

    BalasPadam
  3. kakcik..

    kalo Miss Top Up datang abis ler kena sembur...sure tertanya2 yg manasatu kan? hehe.

    amboi2 kwan bangcik ramai pompuan lebih ramai dari laki. hehe

    BalasPadam
  4. BangCik tak berani ajak!!
    mau kena laser dengan KakCik kang!!
    (dengan dia-dia sekali kena!!)

    BalasPadam
  5. teman baghu sughuh anok daghe teman duduk bersimpuh.. tak bulih katenye..Sakit !!.. adeih..saloh ke teman kakcik uii..!!

    BalasPadam
  6. Salam Cyana...

    kakcik dah tanya bangcik. Dia kata 'tak ada' dan dia pun tak nak MTU tu datang. Bangcik tahun angin mak dia macam mana! ;-)

    BalasPadam
  7. Salam Pn Dr...

    silap-silap dengan kawan2 yang tak bersalah pun kena belasah sekali. Mak bangcik tu bukan boleh kira sangat! :)

    BalasPadam
  8. Salam Yop Samad...

    ate.. dah bebudak sekaghang ni diajo duduk atah bangku... mane deme tau nak duduk besimpuh! :)

    BalasPadam
  9. salam ziarah kakcik..wah!!! ramainya kekawan dia kan..bagus tu

    BalasPadam
  10. Salam sahrom...

    berkawan ramai tak apa. Tapi, hendaknya biarlah sama-sama berada di landasan yang betul. :)

    BalasPadam
  11. mesti kakcik dah pilih antara yang bersimpuh dengan bersila tu , kan..

    wah, banyak pilihan tu kakcik,sah si MTU tu kena rejek ni

    BalasPadam
  12. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  13. Salam ibuintan...

    Ala... bangcik tu 'kecik' lagi... baru 13 tahun! :)

    BalasPadam
  14. Bangcik...

    sendiri mau ingat la! ;-)

    BalasPadam
  15. agagagg...,miss top up..dapat dah gelaran baru...

    BalasPadam
  16. Salam Ila...

    kalaulah MTU tu tahu gelaran yang kakcik berikan ni....

    BalasPadam
  17. ramainya perempuan dari lelaki sekarang ni ya!

    BalasPadam
  18. Salam AM...

    dah tak seimbang, ya? Tapi anak kakcik semua lelaki. :)

    BalasPadam
  19. entah2 dalam 15org ada mis top up terselit...heheheee

    BalasPadam
  20. Salam Acu...

    bangcik kata MTU tu tak ada dalam senarai! :)

    BalasPadam
  21. Antie suka lah nama kawan BangCik tu...
    macam nama Antie..
    :)

    BalasPadam
  22. Salam Pn Dr...

    bangcik tu yang puji dia, dia ingatlah! Tapi memang 'manis' la nama Izatul tu! :)

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com