Kawan-kawan kakcik

Jumaat, 26 November 2010

26/11/2010 - cuti


cuti bukan bererti rehat
banyak benda nak kena buat
silap silap kena telan ubat
dek kerana badan yang penat


tadi singgah di Pasar Chow Kit
beli barang serba sedikit
terlanjur Along dah bagi duit
jangan sampai dia mengungkit


dengan suami masuk bersama
selalunya beliau masuk sendirian sahaja
mungkin sebab beliau tak terdaya
mengangkat ayam 20 ekor SAHAJA


hendak buat kenduri kecil-kecilan
hasrat Along yang tertangguh sejak berbulan
harap segalanya lancar berjalan
menggigil juga aku nak sedia hidangan


hasrat hati nak jemput kawan-kawan
tapi tak berani pula nak beri jaminan
jangan ada yang rasa terkilan
bukan bererti aku melupakan...


curi-curi ambil gambar - takut disalah sangka, tak pasal-pasal pulak kena belasah!






46 ulasan:

  1. Bestkan kalau dpt bercuti kita jarang dpt bercuti :(
    Jom Jalan-jalan ke Pahang "Tak kenal maka tak cinta."

    BalasPadam
  2. nk buat majlis yer..
    kalu dok dkt umah kakcik nih
    best nih..dpt mkn..

    BalasPadam
  3. majlis ! majlis pertunangan ke kakcik

    BalasPadam
  4. Nak tolong potong2 bawang dan sayur2??
    Saya boleh menghulur tenaga..hehehe

    BalasPadam
  5. kakpah ikut marina monroe sekali hehehe...

    BalasPadam
  6. Salam kakcik....

    kenduri ke kakcik?
    kalau dekat leh rewang kan?
    20 ekor? byk tuh..
    sekor besanya potong 10..
    boleh makan org se taman...

    tp elok lah camtu
    kalu nak bg org makan biar berlebih sikit - boleh dipanjang2kan sedekah
    dr tak mencukupi, betul tak?
    tuan rumah tak pening kepala..
    teruskan memasak kakcik...
    moga semuanya berjalan ngan lancar
    pepehal call saya hehee..

    sayang kakcik always - Q.

    BalasPadam
  7. kakcik..
    kalo dekat boleh kita temankan kakcik kat dapur...
    hhehee..
    teman makan ..!

    BalasPadam
  8. lamanya tak ke pasar chowkit..

    suka beli buah-buahan kat sana.



    Selamat memasak kak !

    BalasPadam
  9. acu suka pegi pasar
    sebab dapat beli sayur & ikan yg segar2...

    BalasPadam
  10. Salam AAP...

    cuti kakcik ni, bukan cuti berehat - cuma tak buat kerja pejabat je.. :)

    BalasPadam
  11. Salam SN...

    kalau duduk dekat, kakcik panggil tolong kupas bawang. :)

    BalasPadam
  12. Salam AM...

    hehehe... belum lagi. Along tu belum ada calon isteri. :)

    BalasPadam
  13. Salam Pn Nani...

    kalau duduk dekat, memang kakcik alu2kan andai sudi meolong... :)

    BalasPadam
  14. Salam kakpah...

    ha.. cepat ambil Pn Nani - meh datang tolong kakcik. :)

    BalasPadam
  15. Salam Q...

    nakallah tu... kakcik mana ada nombor Q nak koling2... :)

    Tapikannnnnn... kalau ada nombor Q, kakcik rasa kakcik tak payah susah2 masak, kakcik buat tempahan je! :)

    Kakcik juga sayang Q...

    (pagi tadi kakcik dah masuk dalam kotak komen di rumah Q, alih2 tertendang diri sendiri! .. :( )

    BalasPadam
  16. Salam Kakzaa...

    ok juga tu... setidak2nya ada ornag boleh komen rasa masakan kakcik. :)

    BalasPadam
  17. Salam Reen...

    kakcik pun dah lama tak masuk ke sana. Selalu tunggu kat dalam kereta je! :)

    BalasPadam
  18. Salam Acu...

    kakcik tadi tak beli buah pun.. ingat esok pagi lah pergi lagi untuk beli pisang. :)

    Acu tolong sms nombor hp Acu kat kakcik, ya? :)

    BalasPadam
  19. Salam Kakcik;

    Ramai yang komen, sudi menghulurkan pertolongan.

    Saya pun nak tolong jugak.... Tolong makan jer... hahaha..

    Apa2 pun semoga semuanya Selamat dan berjalan lancar..

    BalasPadam
  20. selamat berkenduri kendara
    tak ajak pun tak mengapa
    semoga berjalan seperti direncana
    hajat Along ibu tak lupa.

    BalasPadam
  21. ape menunya kakcik?

    uish..terperecik liur dah ni. heheh

    BalasPadam
  22. Salam Isa...

    tolong makan? Boleh. Meh le. Nak alamat? Sms kakcik dulu... :)

    Majlisnya esok malam.

    BalasPadam
  23. Salam Kanda AL...

    hajat Along ibu tak lupa
    tambahan pula duit disua
    dengan rakan ingin berjumpa
    namun hasrat belum terlaksana... :(

    BalasPadam
  24. Salam gB...

    menu yang biasa je.. kalau tak aral, InsyaAllah lusa kakcik siarkan gambar2nya.. :)

    BalasPadam
  25. Semoga majlis yang dirancang berjalan lancar dan sempurna..

    Aminnn...


    *psssttt. bila?

    BalasPadam
  26. Selamat membuat khenduri .20 ekor ayam emm besar gak tu majlisnya.
    tentu penat harap - harap adalah yg menolong kakcik tu.

    BalasPadam
  27. Amboii...kuatnya Azie punya psssttt! sampai tempias dan terpercik ke Queenie, tu yg tertanya jugak tu, BILA? heh heh...

    kakcik tentu tengah penat kan?..rehat dulu kakcik..badan nak pakai lama, jgn dipaksa2 wat kerja...kalu jadi apa2 yg susah sendiri juga....kan?

    ni bebel pasal sayanglah ni...-Q.

    BalasPadam
  28. Salam Dik Maiyah...

    buat-buat sibuk je.. maklumlah, kakcik ni jarang sangat masak banyak2.. :)

    BalasPadam
  29. Salam Azie...

    harap-harapnya begitulah. Janganlah ada rintangan yang tak terduga.

    InsyaAllah lepas Isyak nanti (27/11/2010)

    BalasPadam
  30. Salam Salmi...

    InsyaAllah, adik2 kakcik akan datang membantu. Kalau tidak, penat juga nak buat sorang2.. :)

    BalasPadam
  31. Q sayang...

    InsyaAllah - malam ni. Nak sponsor kek 'ayemyos' tak?? hehehe.... (Tapiiii..... kalau Q sponsor, sah2lah orang lain tak akan rasa! waka waka eh eh...)

    Meh le ajak Azie datang malam ni.. :)

    BalasPadam
  32. selamat menyiang ayam...memasak...menghidang..melayan tetamu...mengemas...membasuh pinggan...menyapu sampah..dan mengemas dan mengemas lagi...
    .
    saya menulis tu semua pun dah rasa penat ni...

    BalasPadam
  33. Salam Pn Dr...

    aduhai.. kakcik baru balik dari pasar dan Tesco - penat nih!

    BalasPadam
  34. berpantun-pantun ni yang buat teman kaloh kakcik uii..idok gheti teman.. kendughi ape tu kakcik ?? teman pun nok kendughikan masok jawi anok teman awei bulan 12 ni.. mun balik Kaghei jemput le..

    BalasPadam
  35. salam
    kak
    kopak duit cik abang
    masak sedap sedap gua datang

    BalasPadam
  36. Assalamualaikum wbt
    Mun udah 20 ekor ayam tu, dighecik2nya ghamei yg buleh nengdeng tu kokcik! Tambahan pula, munkalo kena masa dan tempat sesuwei, dah tentu semboni ghasenye dpt bersama. Yalah,org macam teman ni nak ngendeng ke kampong pun tak buleh, nak ke bandor pun tak buleh nanti deme kata mase nile berghageh sdra mara. Apa2 pun semuga selamat kokcik menjalankan kenduri kendara, InsyaAllah ...

    BalasPadam
  37. salam akak. GB tag akak. lalala

    sila tgk kat blog gb ye untuk tahu apa tugasannya. terime kasih. :)

    BalasPadam
  38. Salam zeq..

    memang tak berehat kakcik ni. :)

    BalasPadam
  39. Salam Yop Samad...

    bua doa selamat. Dah lama beno Along berhajat nak buatnya. Ghomah teman kat Kg Loh tu dah sewa dek orang, kalo teman balik kena nyewa kat resort le pulak.. :)

    BalasPadam
  40. Salam b.r.u.t.a.l.s.o.l.o...

    meh le datang - kakcik bukan pandai masak pun. :)

    BalasPadam
  41. Wa'alaikummussalam Yop Tajnur...

    bimbang juga teman kot2 tak cukup masakan teman ni nanti. Haghap2nya semua berjalan dengan elok nanti. InsyaAllah. :)

    BalasPadam
  42. Salam gB...

    bila kakcik dah 'free' nanti kakcik datng, ya? :)

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com