Kawan-kawan kakcik

Jumaat, 20 Ogos 2010

Risau..

Sebab apa risau?

Sebab aku ada empat anak LELAKI.

Kenapa risau?

Mahu tak risau...

* Yang ramai ditangkap tidak berpuasa - LELAKI

* Yang ramai menagih - LELAKI

* Yang pukul isteri - sudah tentu LELAKI

* Yang melanggan ******r - semestinya LELAKI


Tiadakah yang baik tentang LELAKI?

Adaaaaaaaaaaa...


Tapi aku takutkan tentang yang negatif

Jadi yang positif, ALHAMDULILLAH...

** Bukan tak ditunjukajar

** Bukan tak diberi bimbingan dan panduan



Tapi pengaruh dari luar kadangkala lebih kuat


*** Pengaruh rakan

*** Pengaruh negatif dari 'jalur lebar'

*** Pengaruh media yang menyiarkan cerita karut marut


Macam-macam lagilah

Aduhhhhhhh - risaunyaaaaa....


24 ulasan:

  1. hua hua..hua..(nanges dulu...) pasal...kita ada sorang anak lelaki juga sorang anak perempuan...

    kak cik ..tak kira ramai ke idak..pening kepala tetap pening...

    moh le kak cik sama sama merisaukan diri ...isk isk..

    BalasPadam
  2. salam my lovely Kak CikS:)

    InsyaAllah sis..
    bimbingan ..tjk ajar..dan doa bisa membentengi dari tersasar..
    Semoga anak2 memiliki akhlak yang baik dan taat padaNya dan kedua ibubapa..:)
    Itulah harapan semua ibubapa kan..:)

    MOga akak sihat2 di sana..:)

    BalasPadam
  3. Salam Ila..

    kita dah buat yang terbaik untuk anak-anak.. tapi risau tetap juga risau.. huhuhu...

    BalasPadam
  4. Salam Tinie Sayang..

    semoga sihat sejahtera di samping keluarga tercinta. :)

    Kita memang sentiasa mendoakan yang baik-baik untuk anak-anak. Kakcik selalu berdoa, agar Allah tidak menurunkan balasan kepada anak2 atas dosa2 yang kakcik dan suami lakukan (kita takkan terlepas dari melakukan dosa sama ada dalam sedar atau tidak). Bagaimanapun, perasaan risau itu tetap ada...

    Semoga anak2 kita jauh dari segala perkara yang tidak baik dan sentiasa dalam lindunganNya. Amin.

    BalasPadam
  5. Kakciks,
    Anak lelaki atau perempuan sama sahaja zaman sekarang. Memang amat merisaukan.
    Tengok anak-anak Pak Nidus ni:
    1) Mohd Afiq
    2) Muhd Azri
    3) Muhd Akif
    4) Muhd Aidil
    5) Muhd Arif

    Usia dalam lingkungan 22 - 8 thn.
    Berkat doa kami berdua mereka tidak banyak menimbulkan masalah.

    BalasPadam
  6. Salam Pak Nidus..

    lingkungan usia anak2 kita hampir sama. Alhamdulillah, setakat ini, anak2 tidak banyak membuatkan hati kakcik dan suami menjadi gundah. Esok2, kita belum tahu apa yang akan terjadi, itulah yang merisaukan kakcik. Kakcik tak putus berdoa agar anak2 sentiasa berada dalam jalan yang diredhoi Allah.

    BalasPadam
  7. Salam kakcik,

    Alhamdulillah, anak-anak Pak Nidus.. yang pertama bakal guru, yang kedua di UTP Tronoh, ketiga sekolah SMK (A), keempat Tahfiz Sains dan yang bongsu darjah 2 tinggal bersama kami, yang empat tu dok asrama.
    Harapan agar mereka menjadi permata dalam keluarga. Insyaallah.

    BalasPadam
  8. Salam Pak Nidus..

    Anak kakcik yang sulung - Imam Masjid dan Guru Sekolah Agama.

    Yang kedua - masih belajar di kolej dalam jurusan IT

    Yang ketiga - tingkatan 1

    Yang keempat - tahun 3

    Alhamdulillah, setakat ini mereka adalah anak2 yang baik bagi kami dan anugerah serta amanah Allah yang perlu kami jaga dengan sebaiknya. :) InsyaAllah.

    BalasPadam
  9. Salam Sahrom..

    betul dan kakcik tak menafikannya. Juara AQ juga lelaki.. :)

    BalasPadam
  10. kakcik... merka lah yang memberi senyum semasa kak cik sedang sedih

    BalasPadam
  11. Salam b.r.u.t.a.l.s.o.l.o

    Syukur andainya senyumana itu ikhlas dan menenangkan... janganlah pula hendaknya senyuman menyindir dan mengejek.

    BalasPadam
  12. Kalu KAKCIK yang ada anak lelaki pun boleh risau macam ni, apatah lagi saya yang ada 4 orang anak pompuan nihh...

    BalasPadam
  13. Saya memang nak ucapkan tahniah buat kakcik..alangkah bahagianya menjadi emak kpd seorang imam & ustaz.
    Kalau kita dilandasan yang betul InsyaAllah ,anak - anak adalah apa yang kita corak.

    BalasPadam
  14. Salam Kakcik .

    Sbg Ibu telah kita berikan terbaik buat anak2 . Hanya doa yang sentiasa dan tdk putus dari bibir ini .

    BalasPadam
  15. salam kak chik,
    xkira llk ke pompuan..dua2 kena risau.hidup kat dunia akhir zmn ni semuanya mencabar..

    BalasPadam
  16. Salam Azie..

    itulah yang selalu kakcik fikir dan sebut. Tak kira sama ada anak lelaki atau perempuan - bagi seorang ibu, risaunya tetap sama. Janganlah kita putus dari mendoakan segala yang terbaik buat anak2 kita.

    BalasPadam
  17. Salam Salmi..

    Syukur Alhamdulillah. Semoga Along boleh menjadi contoh yang baik bagi adik-adiknya. Kerjaya seperti yang disandang Along, bukanlah satu kerja 'yang begitu dipandang' masyarakat berbanding dengan jawatan2 profesional. Bagaimanapun, kakcik sangat bersyukur dikurniakan anak yang cenderung kepada bidang agama. Alhamdulillah.

    BalasPadam
  18. Salam LiNda..

    begitulah naluri seorang ibu. Sentiasa mendoakan dan inginkan yang terbaik buat anak2. :)

    BalasPadam
  19. Salam Mizah...

    tiada ibu yang waras yang tidak risau tentang anak2nya. sedangkan mereka di depan mata pun hati kita sering dilanda bimbang, apalagi kalau berjauhan. Kadang2 di depan kita, nampak semua sempurna, di belakang - kita tak tahu apa yang mereka lakukan. Semoga Allah sentiasa melindungi anak2 kita dari segala gejala yang tidak baik.

    BalasPadam
  20. Salam kakcik sayang
    kalau kak cik risau apa tah lagi ida..berganda2 risaunya sbb ida seorg saja yg menanggung segalanya..anak perempuan begini anak lelaki begitu..masing2 ada yg buat kita bangga dn risau,mudah2an Allah permudahkan kita memelihara anak2 lelaki ini.

    BalasPadam
  21. Salam Ida Sayang..

    yang tambah buat kakcik risau, takut di hadapan mata nampaknya menyenangkan, rupanya di belakang, menyeramkan. Kepada Allah jua kita pohon perlindungan dan pertolongan.

    BalasPadam
  22. Salam Kak Cik,


    Selalu terfikir perkara ni sejak akhir-akhir ni..

    insyaAllah saya terapkan amalan dan contoh yang baik pada anak2.

    BalasPadam
  23. Salam Reen..

    semoga anak2 kita dijauhkan dari segala gejala yang tidak sihat dan sentiasa mendapat petunjuk sera keredhoanNya. InsyaAllah.

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com