Kawan-kawan kakcik

Jumaat, 20 Ogos 2010

Perasaan isteri macam mana pula?


......."Berikutan dengan itu, jika mahu hidup berkekalan secara aman, ISTERI boleh berusaha dengan cara belajar memahami perangai suami dan apa yang boleh menyinggung hati suaminya seterusnya mengelak perbuatan itu".........

Hmmmm.... isteri sahajalah yang kena memahami suami, ya?  Kalau suami naik angin sebab memang ada penyakit MERENG, sedangkan isteri tak buat apa-apa pun yang menyinggung perasaan sang suami tu, macam mana pulak?  Mengadu ke Pejabat Agama, kemudian disuruh bersabar, dipanggil untuk kaunseling sedangkan suami tak pernah hadir dan badan pun dah jadi macam pisang terlebih masak - lebam dan lembik?????

30 ulasan:

  1. Salam Pn Dr..

    Kalau ikutkan nama wartawan tu, perempuan. Tapiii.... yang mengeluarkan kata2 itu lelaki... hehehe.. biasalahhhhhh..... ;-)

    BalasPadam
  2. salam kak cik..itu sebab kerajaan tubuhkan Bahagian Sokongan Keluarga Transit ( BSKT) agar nasib para istri terbela ketika mereka memfailkan perceraian...dan lagi, wahai wanita pastikan anda mencari bakal suami yg betul2 hormatkan wanita sbg seorang wanita bukannya sbg seorang hamba..wanita utk dibelai bukan dihina, untuk diusap bukan dihisap, untuk disentuh bukan diterajang...

    BalasPadam
  3. Salam Sahrom..

    setakat ini, kakcik amat bersyukur dikurniakanNya dengan suami yang baik. Tapi taklah 100%, mana ada manusia yang sempurna, kan? Laut mana yang tak berombak, kan?

    Untuk isteri2 yang teraniaya, kakcik doakan agar mereka punya kekuatan untuk bangkit (bukan melawan) mencari kebenaran dan keselesaan diri sendiri serta anak-anak. Tak perlulah mencari alasan itu ini sedangkan keadaan diri sendiri bagaikan telur di hujung tanduk.

    BalasPadam
  4. berkaitan dgn isu ini juga.. tentang isteri teraniaya.. kadang kala para isteri yang teraniaya takut untuk membuat laporan mengenai penderaan mereka, maka jiran jiran perlulah juga prihatin tentang apa yang terjadi.

    semalam saya ada dgr panggilan dari pendengar di radio sinar. katanya "jiran saya tiap2 malam menjerit2, baru kahwin pulak tu, macam kena dera dengan suaminya" bila salih yaakob kata kenapa tak report.

    kata pendengar "takut lah nak report, nanti husband dia marah pulak" saya sebagai yang mendegar tu, mengeluh kerana secetek itu pemikiran pemanggil tu, takut pada sang suami yang memukul walhal tidakkan dia kasihan pada si isteri yang dianiaya, katalah terjadi pada si pemanggilm, tentu dia mengharap ada org akan membantunya.. hish.. berasap badan..

    BalasPadam
  5. salam,

    sapa-sapa yang ada mereng tu susah sketla kakcik...apapun kena cari jugak kesefahaman. Kagum ngan suami yang bergelar IM tu.

    BalasPadam
  6. salam kakchik...
    sejak akhir2 ni byk suami dera isteri & anak2 mcm tak hati perut jer buat mcm tu..kesian bile nengok anak & isteri dah jadi cacat pulak...ade tu sampai menemui ajal..

    sepatutnye suami menjadi pelindung & memberi nafkah untuk keluarganye...mungkin org yg pernah merasi akan mamahaminye...kenapa boleh hilang perasaan sayang & hormat kpd suaminye itu....

    BalasPadam
  7. SalaM Rina..

    setahu kakcik, kalau kita mengadu - maklumat pengadu akan dirahsiakan, betul tak? Jadi, kita kenalah buangkan perasaan 'takut tak bersebab' itu. Kasihanilah kepada mengsa bukan kepada pemangsa. Mungkin kita tidak tahu situasi sebenar mereka, jadi kita jalankan tanggungjawab sebagai jiran dan urusan seterusnya, biarlah pihak berwajib yang bertindak.

    Harap2nya, kalau dah ada bukti penderaan, janganlah pulak asyik mangsa sahaja yang nak dikaunseling. APA KATA CHEQNA???

    BalasPadam
  8. Salam Myri..

    Kakcik juga kagum dengan suami yang bernama IM itu. Alangkah tabahnya dia. Semoga Allah sentiasa memberikan kesabaran dan kesihatan yang baik buatnya.

    BalasPadam
  9. Salam Ain...

    agaknya bilangan MANUSIA yang berkualiti semakin berkurangan sekarang. Naluri setiap yang hidup memerlukan pasangan. Tapi, sekiranya pasangan itu mendatangkan kemudaratan, apakah perlu lagi ianya di'simpan'?

    BalasPadam
  10. salam kak cik..

    ni pendapat kita aje ..

    menulis..bercakap ..itu mudah ..dari menghadapi dan merasai ..

    jadi kalau nak tulis ke nak cakap ke.. kena pikior bebetul.. rumah tanggga bukan bergantung pada usaha satu pihak aje..sama ada suami kena memahami atau isteri kena memahami..

    hakikatnya kena usaha sama sama untuk saling memahami.

    bina rumah tangga...kalau ada suami aje..atau isteri saja ...jadi la rumah yang tak bertangga kan kak cik...

    BalasPadam
  11. Salam Ila..

    betul tu. Rumah tangga bukan terdiri dari isteri atau suami sahaja. Kena ada kedua2nya. Jadi, kedua2nya kena saling bekerjasama, saling sefahaman, saling mengerti dan saling segala-galanya. Bukan hanya setakat kata2,senang sama senang susah sama susah. Kena betul2 mempraktikkannya.

    Kata Arwah TS P. Ramlee 'suami isteri harus sepakat, rumah tangga mendapat berkat'...

    BalasPadam
  12. nak bahagia dua-dua kena saling faham memahami..bukan sebelah pihak je..

    BalasPadam
  13. Salam Mizah..

    memang betul. Tak boleh mencari salah sebelah pihak sedangkan sebelah pihak lagi dilindungi tanpa sebarang soal siasat.

    BalasPadam
  14. klu suami mereng ke, buat2 mereng ke, angin senggugut meroyan ape ke...ISTERI KENA MEMAHAMIIIII....

    best jadi suami kan?? tak paham isteri pun org takkan kata apa, apa yg org akan kata "ala..lelaki mmg mcm tu...diorg tak faham bahasa wanita (kononnya)" hehe

    BalasPadam
  15. Salam Baby..

    suami cam tu (yang buat2 mereng tu).. kena hempuk sekali dengan stereng baru dia faham kot! :)

    BalasPadam
  16. Jenuhla pulak kalo kita je nak paham....patutnya saling memahami konsepnyakan

    BalasPadam
  17. Salam Mimi..

    tu la pasal.. mana aci kita je nak faham kannnnn... Sedang yang sebelah pihak dah hantar kursus, tuisyen bagai tak juga faham2...

    BalasPadam
  18. semoga acu dijauhkan daripada mendapat suami seorang pendera..amin..

    jadi takut nak kawin bila dengar kes2 mcm nie...huhuhu

    BalasPadam
  19. kakcik ..fahami perasaan suamilah yang membuatkan suami tu tak reti basa

    BalasPadam
  20. Salam Acu..

    banyakkanlah berdoa kepadaNya. InsyaAllah, Dia akan mengurniakan suami yang baik buat Acu. :)

    BalasPadam
  21. Salam Salmi..

    isteri je kena faham sedangkan sebelah lagi tak faham-faham basa pulak... mana boleh jadi, kan? :)

    BalasPadam
  22. Tepat tulisan n3 kakcik .
    Kejadian terbaru amukkan suami yang sakit mental .
    Bila Isteri buat aduan ke Pej.Agama disuruh berbaik semula . Padahal mangsa hidup dlm tekanan. Itupun masih nak disuruh jaga perasaan suami .Tah apa2 jek !

    BalasPadam
  23. Salam LiNda..

    nanti bila isteri keluar rumah, bawa anak2 - dikatakan pulak isteri derhakalah, nusyuz la.. minta dilepaskan cara baik, banyak sangat 'karenah birokrasi'nya, kan? :(

    BalasPadam
  24. sepatutnya pejabat agama kena lebih pro aktif, kan? Banyak kes2 yang teraniaya kena kat org pompuan. :(

    BalasPadam
  25. Salam Pn Sri Fa...

    itulah, kan? Balik2 nanti dinasihatkan supaya isteri bersabar. Padahal badan dah berbirat sana sini. Kalau suami nak cerai isteri, senang je.. habis2 kena denda! :(

    BalasPadam
  26. kakcik,
    biasalah tu mana-mana kaunselor rumahtangga pun selalu cakap, isteri mesti memahami suami, paham perangai, paham minat, paham kebencian..malah segala-galanya tentang suami isteri mesti paham...

    walaupun dah paham dan dah jaga hati, itu pun ada juga suami yg buat hal, ramai juga isteri yg makan hati..

    BalasPadam
  27. Salam Kak Cik,

    perlu faham-memahami.

    alhamdulillah saya dah berubah..
    dulu muda2 keras kepala ya ampun. Sampaikan mak pernah kata asyik saya nak menang... huhu..



    bila dah ada suami & anak2... semuanya berubah.. Mak pun dah tak komen apa.

    yang penting diri sendiri tahu apa yang patut dilakukan.


    kalaulah saya bersikap macam dulu..tentu hubungan dgn suami tegang..

    BalasPadam
  28. Salam ibuintan...

    kenapa tak dikaunselingkan suami sekali, kan?... fahamilah penat lelah isteri, fahamilah hati dan perasaan isteri, fahamilah itu dan fahamilah ini...

    Kalau dipimpin sebelah pihak je, sedangkan sebelah pihak lagi dibiarkan 'pincang dan tempang' tanpa diberikan 'tongkat', tak bererti juga rasanya.... Betul tak?

    BalasPadam
  29. Salam Reen...

    syukurlah dan TAHNIAH kerana berubah. Biarlah sama2 ada perasaan timbang rasa, barulah bahtera yang dilayarkan akan seimbang dan sukar atau sama sekali tidak akan karam. :)

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com