Kawan-kawan kakcik

Sabtu, 21 Ogos 2010

Doa hari kesebelas Ramadan

Sekejap sahaja kita sudah masuk ke fasa 2/3 Ramadhan.....


Ya Allah, tanamkan dalam diriku kecintaan melakukan kebaikan dan kebencian melakukan perbuatan maksiat serta fasik. Ya Allah, jauhkanlah diriku daripada kemurkaanMu dan seksaan api nerakaMu, dengan pertolonganMu wahai Tuhan yang menolong orang yang memerlukan pertolongan.

Amin Ya Rabbal 'Alamin

10 ulasan:

  1. Salam sahur kakcik

    Amin....

    psst semalam tak sempat nak komen... bertuah K.cik anak sulung menjadi imam muda...KZ tumpang gembira

    BalasPadam
  2. Salam KZ..

    Amin.

    Syukur Alhamdulillah. Dia pernah cuba nasib untuk menyertai Program Imam Muda Astro, tapi nampaknya dia masih belum berkelayakan. Mudah2an dia sentiasa memperbaiki dirinya untuk terus berbakti kepada Agama, Bangsa dan Negara. Tidak lupa juga kepada keluarga. InsyaAllah.

    BalasPadam
  3. Salam Kakcik ,harap sihat dan ceria hari ini .

    Doa agar kita dipeliharakan dari siksaan api neraka jahanam .

    BalasPadam
  4. Salam LiNda yang manisss..

    Amin.

    Semoga kita semua dijauhkanNya dari siksa api neraka.

    BalasPadam
  5. Amin...


    salam kak cik..

    wow...4.30 am sudah bersiaran...

    BalasPadam
  6. Salam Ila..

    kakcik buat auto publish sebenarnya. Kakcik bangun sebelum pukul 4.00 tapi terus ke dapur. Takut terlupa, kakcik 'simpan' siap2 dalam draft. :)

    BalasPadam
  7. Salam kakcik.
    Nampaknya Pak Nidus pun kena simpan n3 dalam draf dulu, ada masa boleh post..Hari minggu ni sedap TIDO...Apa pun tahniah kerana mempunyai cahaya mata yang menyejukkan hati Ibubapa.

    BalasPadam
  8. Salam Pak Nidus..

    kakcik tak boleh nak tidur dah.. kalau kakcik tidur, nanti mimpi yang bukan2. Jadi, lebih baiklah kakcik buat apa2 kerja yang patut.. :)

    BalasPadam
  9. Salam Kak Cik,


    hari ni cuti ke kak?
    rehat secukupnya tau..

    BalasPadam
  10. Salam Reen..

    eh! hari ni Sabtu kan?

    Reen kerja ke?

    Kakcik sedang rehat ni.. duduk depan pc dan sesekali beralih ke depan tv sambil lunjur kaki atas meja. Bahagianya.. sebab hero2 sedang menyambung tidur. Sekejap lagi nak pergi pasar. :)

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com