Sepanjang hidup kita, berapa kali agaknya kita dipanggil dengan nama seperti yang tercatat dalam Sijil Kelahiran (Surat Beranak) kita, ya?
Nama JUARIAH - dipanggil JU sahaja. Ataupun dengan lain-lain nama gelaran yang biasa seperti kakcik, mak dan sebagainya. Lain dari itu, jarang sangatlah nak dengar panggilan JUARIAH (sebutannya JU-WA-RI-YAH). Kalau ada yang 'bermurah hati' memanggil dengan nama sebenar, belum tentu sebutannya betul. Sesuka hati dipanggil JURIAH, JUWAIRIYAH, JULIA pun ada. Nasib baik tak dipanggil JOYAH.
Bila seorang anak dilahirkan, ibubapa (selalunya ibu yang berlebih-lebih), memerah otak memikirkan nama yang paling baik, paling sedap, paling canggih untuk diberikan pada anak-anak. Kadang-kadang sampai tak muat nak mengisi petak-petak dalam borang. Contohnya : Siti Nur Cahaya Bulan Mengambang. Agak-agaknya, adakah anak itu akan dipanggil dengan nama sepanjang itu? Habis-habis dipanggil Siti atau Nur. Nak canggih dipanggil Moon (Bulan) sahaja. Itupun tak sedap. Macam klasik sahaja - MUN. Jadi, cari nama yang lebih canggih - Pearl ke Honey ke (jauhnya dari nama asal).
Jadi, apa faedahnya kita bagi nama panjang-panjang tu, ya? Sedangkan nama pendek macam AINI pun orang panggil ANI atau NI sahaja. Kalau tengok pulak nama MUHAMMAD, selalu juga dipanggil MAT, MAMAT, AMAT - belum lagi ditambah dengan pelbagai gelaran.
Sesekali, walaupun aku memanggil anak-anak dengan nama gelaran, aku akan panggil juga dengan nama penuh mereka - siap dengan BIN MUSTAPHA sekali.
*** sesaja nak merapu di tengahari (dah petang pun) ini***
p/s - terbaca dalam suratkhabar hari ini ... '.... laporan bedah siasat mendapati tiada kesan dipukul atau kesan pertengkaran pada mangsa..' KESAN PERTENGKARAN tu, macam mana ya?
p/s - terbaca dalam suratkhabar hari ini ... '.... laporan bedah siasat mendapati tiada kesan dipukul atau kesan pertengkaran pada mangsa..' KESAN PERTENGKARAN tu, macam mana ya?
tak nak komen lebih2 nnti org marah plak..sebab kebanyakan org suka letak nama anak ikot sesedap rasa tanpa tau makna..nama anak2 sy simple2 jer.. :)
BalasPadamFiruz..
BalasPadamtak apa nak komen apapun, sama-sama kita merapu. Kakcik ada 3 anak buah (anak adik lelaki kakcik) - nama mereka Adam, Adib dan Adli. Itu pun kadang2 kakcik panggil Dam, Dib dan Li je. Sungguh tak patut, kan? :)
hanya sorang je yang panggil Fa...Falizah. Dia tu my ex boss dulu yang sangat2 hencem. Heheheee....
BalasPadamSebenarnya, nama yang baik ialah nama yang mempunyai makna yang baik2. Janganlah ibubapa hanya nak nama yang glamour tapi tiada makna. Ada pula nama yang sedap tapi maksudnya menakutkan....kebetulan anak saudara hubby maksud namanya ialah `penzina'. Nauzubillah.
bapak zue letak nama abg zue..khamis..lahir hari khamis.
BalasPadamnasib baik nama zue ni x le pelik sgt...mmg x ada makna pun..dah check makna2 nama.
Pn Sri Falizah..
BalasPadamitu yang kita bimbang. Sebutan bukan main sedap, rupanya mempunyai maksud yang jelik.
Hehehe.. ingat kat boss tu sebab dia encem ke sebab panggilannya? (*_*)
Zue..
BalasPadamitu lebih senang. Bagi nama sempena hari dilahirkan. Kakcik lahir hari Jumaat. Arwah mak bagi nama ikut pangkal nama hari. JUARIAH juga rasanya tak punya makna. Tapi JUWAIRIYAH adalah salah seorang isteri baginda Rasulullah s.a.w.
kalo terlampau geram dgn anak..mmg fullname saya panggil nama diorang kak hehehe
BalasPadamMimi..
BalasPadamkakcik pun selalu macam tu! :)
Salam kakcik ..
BalasPadamSaya panggil nama penuh anak2 saya .
biar sampai makna dan doa dia . hehee
LiNda..
BalasPadamAlhamdulillah. Doa yang baik dari seorang ibu terhadap anak2nya InsyaAllah takkan terhijab. :)
kak cik..sesekali kita panggil anak dengan nama penuh..muhammad iman farhan... atau... alya amani.. itu tanda nya. ibu sedang marah...hehehehhehe
BalasPadamFazila..
BalasPadamselalunya kalau ibu dah panggil dengan nama penuh tu.. anak2 mesti faham kenapa, kan? :)
salam kakcik..
BalasPadambagus la klu boleh panggil lengkap dengan bin sekali. saya pun kekadang panggil orang dgn nama penuh camtu..sebab -- ayat menekan. Bila panggil dengan nama penuh, lengkap dengan BIN orang lebih tertarik...& nasib baik lah..nama penuh saya pun ada jugak orang panggil,tk dilupakan..hihi
Salam Siti..
BalasPadamdah balik dari 'pelarian', ya? Tak ajak kakcik pun. :)
Nama kakcik yang pendek ni pun, tak ada orang panggil dengan binti... Esok2, bila ditalkinkan, dibinti dengan nama mak.. :)
salam kakcik,
BalasPadamyang sulung nama panjang sikit sbb adik ipar tokok tambah, tp no 2 dan 3 pendek saja..
saya panggil mereka dgn nama penuh bila sedang marah dan bila berdoa untuk mereka..
Ibuintan..
BalasPadamsamalah kita. Agaknya, semua ibu pun begitu, bila marah - panggil anak dengan nama penuh. Begitu juga waktu berdoa. Keempat2 hero kakcik punya bilangan huruf yang sama pada ejaan nama mereka dan awalannya juga agak sama - sampai kakcik sendiri tersasul2 bila panggil nama sebenar. :)
panggilan manja tu kak cik...hee
BalasPadamKakcik,
BalasPadamKalau boleh nama bukan sahaja sedap disebut tapi penuh makna dan harapan.
Saya biasa dipanggil dgn nama penuh meskipun ada nama 'manja' sebab nama saya pendek je.
LB..
BalasPadamjangan manja sampai jadi 'ganja'.. hehehe..
Salmi..
BalasPadamkalau dulu2 orang percaya nama yang maknanya 'berat' boleh memudaratkan empunya diri. Kakcik pun tak pandai nak menghuraikannya.. :)
salam kakcik. ada sorng makcik kat kampung nama bukan main sedap. tapi orang panggil dia makcik sombong.. melekat sampai ke tua.
BalasPadamselamat menyambut ramadhan
Salam Kakpah.. selamat menyambut Ramadhan. Dulu2 di kampung, kakcik juga pernah digelar sebagai Cik Embong (Sombong).... hahaha.. agaknya muka kakcik ni memang muka sombong! :)
BalasPadamkalau saya tengah marah....
BalasPadamsaya pun panggil nama sepenuh2 nya...
dengan bin/binti sekali...
:)
Pn Dr..
BalasPadamtapi kannnn... dulu2 tak ingat pulak kalau mak kakcik tengah marah dia panggil kakcik dengan nama penuh..
Ibu2 sekarang saja kut yang suka panggil nama penuh anak bila tengah marah! ;-)