Kepada semua yang sudi singgah, membaca dan memberi komen di blog ini, kakcik ucapkan Selamat Menyambut kedatangan Ramadhan Al Mubarak. Semoga kedatangan bulan yang penuh keberkatan ini akan membawa bersamanya kesejahteraan buat kita semua - semoga segala yang berat menjadi ringan, yang kusut menjadi lerai dan segala yang baik melingkari kehidupan kita bermula dari kedatangan bulan yang mulia ini.
Sempena dengan itu, dengan segala rendah hati kakcik MEMOHON KEAMPUNAN DAN KEMAAFAN ZAHIR DAN BATIN dari anda semua atas segala tulisan kakcik yang mungkin menyinggung perasaan anda semua tanpa kakcik sedar. Kakcik hanya manusia biasa yang serba lemah dan sentiasa mengharapkan keampunan dan perlindunganNya.
Selamat menjalani ibadah puasa.
Salam Ramadhan juga dari saya. Rasaanya tiada tulisan kakcik yang menyinggung perasaan saya. Semuanya baik-baik belaka. Di kesempatan ini juga saya ingin memohon kemaafan dari kakcik jika ada tulisan saya yang lebih2 atau tercuit di mana2 yang tidak di sengaja.
BalasPadamSalam Kanda AL..
BalasPadamsama-samalah kita saling bermaaf-maafan. Semoga DIA memandang kita dengan penuh rahmat. Setakat ini, tiada rasanya blog yang saya masuk 'sama ada dengan sengaja atau tidak' yang menyinggung perasaan kakcik. Kita menulis bukan untuk mencari musuh, kan? :)
Salam my lovely KakCikS:)
BalasPadamSelamat menyambut bulan Ramadhan..
Moga sepjg bulan ini dipenuhi dgn keberkatannya..:)
Maafkan tinie juga yaa..andai ada salah & silap..:)
Bagi diri ini..tiada apa pun dari akak yang menyinggung perasan..:)
.....selalu dekat di hati:)
Salam Tinie Sayang..
BalasPadamSelamat menyambut ketibaan Ramadhan. Bulan untuk kita memuhasabah diri dengan sebaiknya. InsyaAllah. :)
Sayang Kakcik..
BalasPadammmmuah !!
salam..... kakcik tidak ada apa untuk dimaafkan .tidak ada apa untuk dipersalahkan kita manusia biasa tetap ada kekurangan dari kelebihanan.moga memperlihara iman dan takwa kita kepada NYA"
BalasPadamSalam Ramadan dari saya
LiNda..
BalasPadamkakcik sayang LiNda juga (^_^)
Salam Mama..
BalasPadamwalaupun tiada, kena mohon juga. Sedangkan Rasul yang maksum pun ada sahaja orang yang tak berpuas hati, apalagi kakcik yang serba lemah ini. :)
salam ramadhan esok akakcik ittewww..
BalasPadamen_me..
BalasPadamSalam Ramadhan buat en_me juga. :)
selamat berpuasa kak
BalasPadam:D
Mimi..
BalasPadamSelamat berpuasa dik. :)
salam..selamat menyambut ramdhan..sy tertarik dgn header diatas..diambil di hiway mane tue, kak
BalasPadamsalam kak cik...
BalasPadamkita pun nak minta maaf ada apa salah silap di lakukan tanpa sedar..
semoga kita sama sama dapat menjalani ibadah sebaik baiknya.. amin...
Salam Sahrom..
BalasPadamgambar tu di Lebuhraya MEX. Dari arah Putrajaya menuju Sri Petaling. :)
Salam Fazila..
BalasPadambagi kakcik, kawan-kawan maya kakcik semuanya baik2. Tak ada kesalahan dilakukan terhadap kakcik.
Semoga amal ibadat kita nanti akan diterimaNya. :)
salam kakcik
BalasPadamselamat berpuasa
cheqna sayang kakcik jugak =)
Salam Cheqna..
BalasPadamselamat berpuasa, dik. Kakcik juga sayang Cheqna. :)
salam,
BalasPadamSALAM RAMADHAN AL-MUBAARAK...
~KULLU 'AAM, WA ANTUM BI KHAIR~
Salam Myri..
BalasPadamsemoga amal ibadat kita di kali ini lebih baik dari yang sebelumnya. InsyaAllah. :)
Salam kakcik...
BalasPadamSaya pun nak menambah ceria lagi blog/komen kakcik yang memang meriah ni..
Semua yang saya nak kata diaorang dah sebut, so,sama - sama maaf ye.dan terima kaseh bebanyak diatas segala kesudian kakcik .
Salam Salmi..
BalasPadamterima kasih kerana selalu datang jengah kakcik di sini. Tak rugi saling menerima dan memberi, kan? Selamat menyambut Ramdhan dan segala keberkatannya. :)
Salam Kak Cik,
BalasPadamSelamat mula berpuasa esok.
Salam Reen...
BalasPadamSelamat berpuasa. :)