Hari ini, 9/8/2010 - Genap usia adik 9 tahun. Dari hati nurani seorang ibu, untuk adik, yang dapat mak berikan hanyalah iringan doa. Semoga Adik akan terus membesar dengan sihat, cerdik, berkeyakinan dan segala yang baik-baik sahaja buat Adik. Mak juga tetap mendoakan buat Adik (dan abang-abang Adik) semoga sentiasa dalam rahmat dan kasihsayang Ilahi. Itu yang penting. Tanpa rahmat dan kasihsayangNya, hidup kita tidak akan bahagia walau sebanyak mana harta melingkari kehidupan kita.
Adik bersama basikalnya yang dibeli lebih dua minggu lalu...
(abaikan kain kat pagar tu - orang sebelah punya, dah adat berjiran kan?)
*
*
*
*
*
kalau mak dapat hadiahkan Adik kereta macam ni,
bolehlah Adik bawa mak jalan-jalan, kan? :)
*
*
*
*
kalau mak dapat hadiahkan Adik kereta macam ni,
bolehlah Adik bawa mak jalan-jalan, kan? :)
Heppy beshday Adik !
BalasPadamHati-hati bawak basikal tauu..
Semoga Adik jadi anak yang baik dan kan menjadi kebanggaan ayahbonda:)
BalasPadamHappy Besday Utk Adik!!:):)
Utk my dear KakCikS:)
Moga akak ceria2 di sana...
LiNda..
BalasPadamterima kasih. Sekarang ni, balik dari sekolah je.. tak sempat salin pakaian dia akan mengayuh basikal dulu.. :)
Salam Tinie sayang..
BalasPadamterima kasih. InsyaAllah, kakcik ceria di sini. :)
salam.
BalasPadamselamat ulangtahun kelahiran adik. sekali tengok gaya adik, teringat saya cerita bujang lapok .
Salam Kanda AL..
BalasPadamhehehe.. nanti saya pakaikan adik kain yang diikat kat leher dia tu.. :)
Selamat Hari Jadi Adik!
BalasPadamjangan buat pacak tau !
saya pun nak gak keta camtu kak..comel ..hehe..
Salam Reen..
BalasPadamAdik cakap, 'mak, Adik dah boleh buat pacak'
Mak di jawab dengan garang, 'jangan ngada-ngada. Mak tak bagi main kang'.
(*_*)
Reen.. kalau ada jual dan harganya murah, kakcik pun nak beli.. boleh jugak bawak pergi kedai.. :)
kak cik ..sampai kan salam pada adik..
BalasPadamselamat ulang tahun... semoga di rahmati Allah sentiasa..menjadi anak yang soleh pada ibu bapa dan agama...
amin...
Fazila..
BalasPadamInsyaAllah. Terima kasih. :)
happy birthday BudakSepet!!
BalasPadam:)
salam,
BalasPadamketa kancilla kakcik,
boleh di bawa kesekolah...
pon pon pon ponnnn....
happy birthday adik!
may god save you long life..
Happy birthday to adik...
BalasPadammoga adik jd anak yg soleh.. berjaya didunia dah diakhirat
Pn Dr..
BalasPadammemang dah bertambah sepet sebab pipinya makin tembam. :)
Myri..
BalasPadamkete kancil dah kena jual. Keluaran baru dah tak ada, kan? Kena beli Viva la gamaknya.. :)
Mila..
BalasPadamterima kasih. InsyaAllah.
selamat ulang tahun kelahiran buat adik..semoga menjadi anak yg soleh..
BalasPadamtahun lepas hadiah si abg pun beskal :)
Firuz..
BalasPadamterima kasih. Kakcik ingat nak beli basikal tu hari ini, tengok dia dah tak sabar nak 'kehulu kehilir' - sampai pinjam orang punya, itu yang belikan lebih awal. :)