Tadi aku dan suami ke pasar pada waktu yang agak lewat. Hmmmm... kalau dah namanya Pasar Chow Kit, tempat untuk meletakkan kenderaan memang memberikan masalah. Dua tiga kali pusing belum tentu boleh dapat tempat meletak kereta.
Di kawasan 'meletak kenderaan sesuka hati' di tepi jalan bersebelahan pasar ini ada beberapa orang penjaga (mesin untuk mendapatkan tiket ada disediakan di situ). Kadang-kadang bagus juga ada penjaga ini. Dengan bantuan mereka, dapat juga kita meletakkan kenderaan.
Maka dengan ini kami rakyat Malaysia tadi, dengan bantuan penjaga itu dapatlah suamiku meletakkan kereta kami di hadapan pintu pagar seperti dalam gambar di atas. Sebaik saja memakir (perkataan ini sudah diluluskan oleh DBP ke agaknya, ya?) kereta, seorang lelaki yang sedang menyorong sesuatu arah keluar mula bising-bising sambil menunjukkan isyarat supaya kami mengundurkan kereta.
Aku cakap pada suami, 'ini mesti orang sana, saya turun mintak nak tengok IC nanti baru tahu' (tak teringat pulak nak merakam wajahnya). Hati dah mula geram, pandai-pandai sahaja dia mengarahkan kita. Kebetulan, kereta di sebelah mahu keluar. Malas banyak cerita, suami mengalihkan kereta ke tempat yang telah dikosongkan. Dalam masa yang sama, aku terdengar penjaga tadi berkata dengan nada yang marah kepada lelaki yang 'mengusir' kami itu. 'Kau jangan main-main dengan aku, ini Malaysia tau.... bukan tempat kau'. Lelaki kurus itu terus terkedu dan kemudiannya beredar. Dalam hati aku berkata, 'padan muka kau.....berlagak tak kena tempat.. melampauuuuuuu sangattttt...bukan kau tak boleh lalu pun tadi....hehehe'.
Suamiku pun turun dari kereta dengan selamba (sampai terlupa bawa duit dan menonong pergi walaupun aku memanggilnya sambil membunyikan hon - telefon pun tak angkat - dan akhirnya terpaksa berpatah balik ke kereta) dan aku tinggal dalam kereta sambil baca surat khabar (kena jaga kereta takut dicalarkan nanti.. hehehe..alasan saja tu).
Sekian catatan setakat tengahari ini. Assalamu'alaikum.
kakcik..
BalasPadamdah hampir berbelas tahun sejak kahwin saya tak pergi area chow kit, ada satu malam tu lalu ajelah kat situ..memang terasa sangat. saya tanya hb eh kita ni kat indon ke..
Kita yg terlalu baik ke / dia orang yang memang tak ***** diri.
kakcik,
BalasPadambetul tu elok penjaga tu buat camtu, memang patut kena sembur tak sedar diri menumpang tempat org...
nak belagak lebih2 pulak kan, saya pun kalau nengok org luar yg buat over ni memang sakit je mata
Tak tahulah kakcik..adakah kita ni terlalu baik dan bertolak dan beransur..atau mereka tu memang bangsa yang kurang ajar...Hei gerammmm betulll.
BalasPadamSalam Salmi..
BalasPadamkadang2 fikir balik, memang kita juga yang terlalu memberi muka menyebabkan mereka lupa di bumi mana mereka berpijak. Akhirnya, seolah2 kita pulak yang menumpang.. :(
Salam ibuintan..
BalasPadamkakcik pun pada mulanya nak juga menyembur, tapi suami rileks je.. mujur juga penjaga tu berani tunjuk garang..
Salam Nidus..
BalasPadamsudah terlalu banyak 'kerosakan' yang disebabkan mereka tapi kita masih mampu bersikap tidak apa-apa... tak tahulah apa akhirnya.. :(
Mak saya kalau nak beli sayur segar dia ajak adik beli waktu malam di pasar chow kit tu.
BalasPadam*selalu ke sana sebelum pindah.
Salam Reen..
BalasPadamkalau waktu malam, memang banyak sayur-sayuran kampung yang segar-segar. Tapi bila pagi, sisa2 sayur itu jadi habuan pengutip sayur terbuang yang mungkin saja akhirnya masuk ke dapur kita!
Mereka dah lama perasan jadi besar drp kita. Kita lak tak mau gaduh, biarkan je
BalasPadambaca paper dalam kereta lagi best, ya kcs...?
BalasPadamSalam Aida..
BalasPadamtapi.. bila mereka tercuit je sikit - wah! macam nak kiamat dibuatnya. Melampau betul kan?
Salam IM..
BalasPadamsetakat ini, kalau ke pasar - itulah 'kerja' kakcik. Jaga kereta sambil baca suratkhabar! :)
Salam kakcik
BalasPadamlamanya ida tk ke chow kit..masa keja kt kl dulu kerap gak pegi..sarat barat beli brg dgn motor je..tp sesaknya ya ampunnnn...
wah...bestnya kakcik..selalunya org laki yg dok dlm keta bc paper..hehehe
Dah lama saya tak ke Chow Kit tu. 5 tahun lebih dah. Tapi kawan2 banyak bagitau, kaawsan tu dah bukan jadi tempat kita lagi dah. Udah macam kat negeri lain dahhh...
BalasPadamSaya biasa Pasar Pudu. Tapi sama gak, sesak gak nak parking. Lebih selesa dgn motor jer, tapi tak leh nak borong banyak.
sangup akak pegi jem jem ni... puasa lak ni
BalasPadamsalam kak cik..tak sanggup den nak masuk pasar tue huhuhuhuh
BalasPadamsalam kakcik..
BalasPadammemang wajar la 'orang sana' tu kena hambur...terlupa tempat dipijak gamak nya.
bagus stand-by dalam kereta...mana tau..hati perut manusia ni...*ecece..ayat cover kakcik baca paper 'siok-siok' dalam kereta...hihi
Salam Ida..
BalasPadamdulu2 ada juga kakcik dan suami pergi ke Pasar Borong Selangor di Seri Kembangan tu. Kami selalu pergi waktu malam. Parking kat situ lebih mudah. Tapi tak tahulah kakcik samada pasar tu masih ada ke tak? :)
Setakat ini, kalau pergi pasar, tugas kakcik memang 'jaga kereta' hehehe...
SalaM Azie..
BalasPadamajenye ye..Chow Kit doh lame deme kate deme punye... Ntoh ape caghele nok ngambik balik gamoknye... :(
Salam b.r.u.t.a.l.s.o.l.o..
BalasPadamhehehe.. orang yang brutal pun tak sanggup pergi ya? Tak pergi , tak ada apa pulak lauk nak dimasak.. :)
Salam sahrom..
BalasPadamkakcik p[un tak masuk.. tunggu kat luar je! :)
Salam Siti..
BalasPadamikutkan hati, kakcik pun nak tumpang 'menghambur', tapi tengok suami cool je.. kalau ada Along, mungkin dia akan turun dengan muka 'cuka basi'nya...
Terima kasih kerana 'membela' kakcik. :)
cakap je'saya kerja imigresen...mana passpot??!'
BalasPadam.
kalau bulan tak puasa..tunggu kereta sambil baca paper dan makan2 kan...)
:)
Pn DR..
BalasPadamhahaha good idea.. boleh guna pakai lain kali.. :)
Bulan Ramadhan ni, kalau tak puasa pun tak boleh sesuka hati nak makan, kan? (Tapi.. kakcik puasa tau...) (^_^)