Kawan-kawan kakcik

Selasa, 17 Ogos 2010

Apa khabarmu, Din..

Sekian lama kau bersendirian
telah dilupakan handai dan taulan
anak isteri membawa diri
bagimu hidup kini bagai tak bererti

entah apa salah yang kau buat
tiba-tiba sahaja dirimu hilang kelibat
hendak dikata kau membawa musibat
tiada pula pendakwaan dibuat

hebat sangatkah sosok tubuhmu
hingga ketenteraman boleh terganggu
sedangkan kau hanya belajar
kerana itukah dikau dikejar

apa dayaku hendak membantu
hujung dan pangkal tidakku tahu
hanya dapat kuutuskan doa
agar tidak sesekali kau berputus asa





25 ulasan:

  1. hujung dan pangkal pown me tak tau kak cik itteww..

    BalasPadam
  2. en_me..

    tak mengapalah jika begittew...

    kita doakan agar dia tabah menghadapi dugaan, tambah2 di bulan yang mulia ini.

    BalasPadam
  3. Salam Kakzaa..

    hanya catatan sebagai mengenang seorang 'teman'...

    BalasPadam
  4. kekasih lamakah?? kwang3x... :) gurau ye kakcik :)

    BalasPadam
  5. Salam sahrom..

    bekas teman sepejabat yang kini dalam tahanan di Kamunting. :(

    BalasPadam
  6. Salam Firuz..

    pangkat adik je kepada kakcik tu.. :)

    BalasPadam
  7. siapa pun dia..semoga dia sentiasa di bawah lindunganNYA...amin ...

    BalasPadam
  8. Salam Ila..

    mudah2an Allah melimpahkan rasa kasih padanya biarpun dia disingkir manusia...

    BalasPadam
  9. Nasib kita belum tau. Bersyukurlah atas apa yang dikurniakanNYA

    BalasPadam
  10. Sepertimana kakcik , saya juga doakan yang terbaik buatnya . Moga beliau tabah dan sabar menerima dugaan ini .

    BalasPadam
  11. Hmmm...macam pernah tengok. Tahanan ISA ker?

    BalasPadam
  12. Ops! Maaf Kak cik, maksud Azie bukan nak tuduh dia tu banduan or apa, tapi bila Kak cik sebut tahanan di Kamunting, Azie rasa ISA kot...

    BalasPadam
  13. kakcik

    tahun lepas pun masa puasa kakcik ada tulis pasal dia. masih lagi tak dapat di kesan ?

    BalasPadam
  14. Kak Cik,

    semoga beliau sentiasa berada dalam lindungan Allah.

    BalasPadam
  15. muga Allah lindungi dia. Dia lebih tahu benar atau salahnya.

    BalasPadam
  16. Salam LiNda..

    dari apa yang kakcik baca, belau sebenarnya sudah 'berputus harap'.. :( Bagaimanapun, sama2lah kita doakan agar beliau segera bebas dari sana..

    BalasPadam
  17. Salam Azie..

    iya, beliau adalah tahanan tanpa bicara... :(

    BalasPadam
  18. Salam Reen...

    sama-samalah kita doakan... Reen yang ditinggal suami atas nama tugas pun terasa 'perit' walau untuk tempoh yang sekejap dan diketahui.. bagaimanalah keluarga yang ditinggalkan bertahun-tahun tanpa pengharapan... :(

    BalasPadam
  19. Salam Kanda AL..

    bulan tidak dapat dikesan, tapi ditahan dan dinafikan hak untuk mendapat seberang bentuk pembelaan. :(

    BalasPadam
  20. Salam Aida..

    di samping bersyukur, kita juga kena menginsafi akan musibah yang menimpa mereka 'di sekeliling' kita. Hari ini kita ketawa, esok lusa kita tak tahu nikmat mana yang akan ditarik olehNya...

    BalasPadam
  21. Salam IM..

    iya.. hanya Dia Yang Maha Mengetahui dan Dia juga Maha Pelindung...

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com