Kawan-kawan kakcik

Selasa, 17 Ogos 2010

Anak Angkat

Bila tiba bulan Ramadhan, salah satu yang menggembirakan aku dan suami ialah kami bakal menerima kedatangan 'anak angkat'.  Sejak bertahun lalu, kami menerima dengan tangan dan hati yang terbuka bila ada 'anak-anak' yang ingin menumpang di rumah kecil kami.  Kebetulan, anak kami semuanya lelaki, jadi tak ada masalah untuk menerima kedatangan 'anak-anak' tersebut - yang pasti semuanya lelaki.

Anak-anak tersebut - kadangkala sehingga 3 atau 4 orang dan ada masanya cuma seorang adalah imam solat tarawikh untuk surau-surau berdekatan.  Mereka datang dari merata tempat dan pelbagai latarbelakang. 

Tahun ini, 'anakku' Lokman datang lagi untuk tahun ke 3.  Dia berasal dari Narathiwat, Thailand.  Budak Sepet dan Bangcik memang sangat suka dengan kedatangan 'abang' mereka.  Mereka lebih senang mengikut 'abang' mereka ke surau untuk bersolat daripada mengikut ayah atau Along.  Along pula selalu ke surau atau masjid yang berlainan sekiranya dia tidak bertugas di masjid di mana dia menjadi Imam.

Semoga 'anak-anakku' selesa berada di rumah kami.  Apa yang kami makan, itulah juga yang mereka makan.  Alhamdulillah.  Dan aku paling suka bila 'anak-anakku' mengalunkan ayat-ayat suci Al-Quran setiap pagi dan petang.  Semoga mereka membawa bersama keberkatan ke dalam rumahtangga kami.  InsyaAllah.



16 ulasan:

  1. sempat tengok semalam di astro.

    tapi IM jarang tengok tv.cuma berita aje la.

    kita kena kembal ke perkara asa yakni agama. kita sudah menyimpang jauh.

    ini semua adalah bala dari tuhan

    BalasPadam
  2. salam ramadan almubarak,

    anak angkat,
    moga berkat.

    BalasPadam
  3. salam ramadhan..sejuk uma kakcik dilagukan dgn ayat2 suci Al-Quran

    BalasPadam
  4. Salam IM..

    agama itu panduan hidup. Islam itu indah dan mudah bagi orang yang bertaqwa.. jika dianggap sebaliknya, kehancuran jugalah yang menanti.. :(

    BalasPadam
  5. salam kakcik
    wah..beshnya
    moga2 kedatangan 'anak2' itu membawa berkat untuk kakcik sekuarga

    BalasPadam
  6. Salam Echam..

    Alhamdulillah, kakcik sihat. Kenapa? nak belanja kakcik berbuka sama ke? :)

    BalasPadam
  7. Salam Cheqna..

    InsyaAllah. Keberkatan untuk mereka juga. Amin. :)

    BalasPadam
  8. seronoknye..semoga kakcik dan keluarga dimurahkan rezki :)

    BalasPadam
  9. Salam Firuz..

    kalau ada rezeki berlebihan, apa salahnya dikongsi2kan, betul tak? :)

    BalasPadam
  10. salam kakcik... jgn lupa amik gmbo yer. hehe.

    sampaikan salam buat Lokman. :)

    BalasPadam
  11. Seronoknya Kak Cik..

    Rezeki dari Allah.

    Eloklah kalau kita berkongsi dengan mereka, ketika mereka memerlukan..

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com