Kisah hari Selasa 17/08/2010
Catatan 1 :
Aku cakap pada suami, cukup-cukuplah membeli di Pasar Juadah (aku tak suka menggunakan perkataan Pasar Ramadhan - dan itu hak aku untuk menggunakan perkataan yang aku suka atas sebab yang aku sendiri tahu). Tambah-tambah lagi membeli dua tiga jenis minuman yang 'entah apa-apa rasa' dan hanya menggunakan pewarna sebagai daya penarik. Baru seminggu berpuasa, rasanya perbelanjaan yang dikeluarkan telah melebihi had. Aku kata, ini bukan berpuasa - tapi berpesta.
Dalam perjalanan balik dari pejabat, singgah juga untuk membeli sejenis sup tahu yang anak aku suka makan dan sebungkus kari daging (macam tak boleh masak sendiri - tapi, bahannya tiada di dapurku - alasan!)
Catatan 2 :
Masuk dapur untuk memasak. Mula-mula masak nasi. Kemudian jerang air. Masak lauk yang budak tadika pun boleh buat - goreng cencaru sumbat sambal kelapa (hari Isnin dah buat, tapi masih ada seekor yang sedang kesejukan dalam peti ais). Goreng telur dadar (5 biji telur ayam digunakan). Tumis makerel dalam tin (sedap apa? dah mahal sekarang - hampir RM6.00 setin. Ada orang nak berbuka dengan telur sebiji pun tak mampu - itupun masih aku tak tahu nak bersyukur!)
Buat tiga jenis air ikut permintaan anak-anak. Milo ais (pekat, likat dan lemak berkrim disukai ramai), air limau kasturi (cukup manis masamnya) dan teh o panas (tak boleh buat pekat, nanti suami bising. Teh o ni minuman yang MESTI disediakan waktu berbuka dan bersahur)
Catatan 3 :
Bangun sahur agak terlewat. Jam 4.25 pagi!. Kelam kabut masak nasi dan jerang air. Makanan atas meja dah langsai (anak-anakku mengulang makanlah tu....). Panaskan lauk ayam. Tumis makerel (lagi? - dah itu yang ada dalam kabinet dapur).
Jam 5.05 pagi, ummat Muhammad s.a.w dalam rumahku bangun bersahur. Selepas bersahur aku meneruskan kerja-kerja rumah selayaknya seorang ibu dan isteri mithali. Jam 6.40 dah berada di pejabat (agak lewat - selalunya belum 6.30 pagi dah buka pejabat).
Nota jari : Syukur padaMu, Ya Allah. Sesungguhnya Kau sentiasa mendengar doa hambaMu. Kau salurkan rezekiMu tanpa terduga saat aku sangat memerlukannya. Alhamdulillah.
salam kakcik
BalasPadamwah...diary untuk hari ini ye
itulah pengorbanan seorang ibu..
err..cheqna baru habis RM35 kot untuk 8 hari pose
sebab tak de orang n makan apa yang ada
hehehehehe
baca pun rasa letih kak, tapi takpe lah, besar pahala
BalasPadamingatkan kita keluar 6.40 dah awal, rupanya ada orang 6.40 dah tiba pejabat!
salam kak cik awainya sampai opis.....
BalasPadamwah! awalnye kakcik sampai opis.. :)
BalasPadamSalam Cheqna..
BalasPadamkalau kakcik sorang2 macam Cheqna.. harus macam tu juga kakcik berbelanja. Ada nasi dengan telur goreng dan kicap pun dah cukup! :)
Salam Lilin (rasa nak panggil cam tu pulak!) a.k.a KOG..
BalasPadamkakcik dah biasa keluar awal untuk ke pejabat. Selesai je solat subuh, memang terus keluar (tapi taklah pakai telekung sekali..hehehe). Tak sanggup nak bersesak atas jalanraya tu walaupun duduk dalam kereta sambil dengar tazkirah atau lagu. (^_^)
Salam Alimaz..
BalasPadamkalau sampai lambat rasa tergesa-gesa sampai susah nak bernafas! :)
Salam Firuz...
BalasPadamkakcik dah biasa jadi tukang bukak pintu pejabat - tapi taklah guna remote macam Cheqna! :)
salam ramadhan dari saye...
BalasPadamSalam Ramadhan ainnoraini :)
BalasPadamsalam ramadhan...br sekali sy ke pasar juadah kat seremban...
BalasPadamSalaM Ramadhan Sahrom.. :)
BalasPadammilo tabur pun best Kak!!!!!
BalasPadamDik Dr..
BalasPadamcara2 buat? (^_*)
Salam Kakcik
BalasPadamSebelum tulis komen cam dah tau apa nak komen tapi camana KOG tiru apa yg kita nak komen?? hehe..
Yalah .. dengar KakCik masak cam penat rasanya.
Salam CS..
BalasPadam(kakcik masuk ke rumah CS, tapi tak menyapa! keji, kan?)
Komen je.. hehehe..
Masa masak tak rasa penat, tapi bila dah mula baring, rasa badan macam kain buruk - melepek! Macam manalah QJ masak macam2 dan dalam kuantiti yang banyak, ya? :)
diari yg lengkap untuk sehari, esok akan berulang lagi kan, insyaallah...
BalasPadamSalam ibuintan..
BalasPadampetang ni, selepas bersilat kat dapur.. lipat kain pulak 2 bakul.. belum gosok lagi tu... :)
cencaru belah belakang .. sedap tuh .
BalasPadamMacam2 kan kita kena buat. Tak habis2..
siang2 kakcik ngantuk tak? Fa tersengguk2 sokmo! hehehe...**masaknya tak jugak!asyik gi bebuka kat surau je** hehe
BalasPadamSalam LiNda..
BalasPadammemang macam2 ada... kalau buat senarai, macama tak habis2.. :)
Salam Fa...
BalasPadamselalunya, waktu rehat tengahari kakcik akan tidur sekejap - di meja sahaja.. :)
Confirm isteri dan ibu mithali...
BalasPadamSalam kakcik ,
BalasPadamWah..wah kira semangat berkobar nak masak tu..
Lagi satu air limau kasturi pun sedap tu.
Teh o limau lagi sedap.
Salam Aida..
BalasPadamsebagai isteri dan ibu, semua wanita pun pasti ingin yang terbaik untuk suami dan anak2, kan..(walaupun kadang2 rasa tak larat nak seret kaki!) :)
Salam Salmi..
BalasPadamkalau datang 'mood' rajin, memang tak boleh ditahan-tahan, tapi kalau datang mood 'kurang rajin', lagi tak boleh tahan! :)
hahahaha....
BalasPadamtabur je milo setimbun atas milo kaw se mug besar.....
Pn. Dr..
BalasPadamoooo.. cam tu ek? Nanti kita cuba. :)