macam perempuan seorang ni.. asyiklah nak mengekori ke mana suaminya pergi.
Tapi, kalau suami tak ajak tidaklah sampai memberontak. :)
Kata orang (iyalah, kambing mana boleh berkata-kata, kan?), tempat seorang isteri adalah di sisi suaminya. Tapi tengoklah pada keadaan, takkan nak jadi kembar siam yang tak boleh berpisah walau sesaat.
Di sisi tu, di sisilah juga. Tapi janganlah sampai menjadi BEBAN kepada suami. BEBAN yang maksudnya, sampai suami tak boleh nak bersuara. Apa-apa kena tanya isteri dulu. Apa-apa keputusan isteri yang tentukan. Sampaikan hal ehwal yang melibatkan organisasi atau urusan pejabat pun, kena tanya isteri. Sedangkan siisteri tak ada kena mengena pun. Cukup-cukuplah hal yang berkaitan dengan rumahtangga, keluarga dan yang sewaktu dengannya sahaja isteri dibawa berbincang dan diminta pandangan. Isteri pun, kalau suami dah suka sangat minta pendapat, janganlah berlebih-lebih pulak. Walaupun mungkin kita ada Phd, bukan bermakna semua bidang kita tahu. Janganlah hendaknya sampai suami kita dikata DAYUS ataupun IKUT TELUNJUK ISTERI. Maruah suami kena jaga, ya puan-puan...
(Sesaja nak merapu pepagi hari ini - maklumlah ILHAM baru cair...)
betul tu kakcik...
BalasPadamada masa kita perlu 'melekat' dgn suami....ada masa kita xyah kan...
ikut pada keadaan...tak gitu kak? :D
Mimi..
BalasPadamye betullllll.... tengoklah keadaan macam mana, kan? :)
Salam kakcik sayang .. Harap sihat ketika ini .
BalasPadamBetul . Saya setuju . Suami isteri ada ruang mereka tersendiri . Pergunakan sebaiknya dan jangan pula ambil kesempatan antara satu sama lain .
Peace no war !
Salam Linda sayang..
BalasPadamtidur lena malam tadi? Memang suami isteri saling melengkapi, tapi sama ada suami mahupun, adalah penting untuk punya waktu bersendiri agar dapat merenung apa yang perlu diperbaiki. :)
salam ziarah...istri yg baik adalah utk suami yg baik..pasti kakcik seroja istri yg solehah kan...semoga fmly kak cik bahagia selalu ;-)
BalasPadamSalam sahrom..
BalasPadamterima kasih untuk doa. Semoga rumah tangga dan keluarga kita semua sentiasa di dalam rahmat Illahi.
Vic tak kongsi hobi dengan husband... tp kalau hubby nak pi main badminton sorang2, temankanlah jugak...
BalasPadamTapi kalau dia dah plan nak kuar main ngan kawan2... alhamdulillah. Satu lagi hobi suami memancing yang sama sekali x sesuai dengan jiwa vic. Jadi kalau dia nak pi mancing sorang, terpaksa juga meneman dengan timbun2 magazine... tikar... bantal.. mmg lawak.
Salam Vic..
BalasPadamhmm.. kadang2 memang jadi macam tu. Kakcik pernah duduk dalam kereta selama 4 jam (sampai tidur baring) semata-mata kerana pergi menemankan suami berjumpa dengan kawan2nya. Meneman itu, maksudnya menemankan dia di dalam kereta - sewaktu memandu. Bila dia bersembang (kesemuanya lelaki) takkan kita nak menyibuk sama, kan? :)
err..cheqna belum bersuami..jadi mengekor diri sendiri jela=)
BalasPadamsalam,
BalasPadamisteri kata...suaminya dia sorang je yang punya..
suami pulak kata semua orang (masyarakat) dia nak campur...tapi hati isteri tak senang!
Cheqna.. jangan mengekor bayang2 tau.. biar bayang2 (bayang2 sendiri la tapi..) yang ekori cheqna. :)
BalasPadamSalam kakcik..
BalasPadamSaya suka tgk gambar kat atas tu..org yg ditemani lebih ceria dari yang menemani...bahagia betol org tu..
Salam Myri..
BalasPadamsalah kata2 isteri tu.. suami dia tu, Allah yang punya. Dia cuma pinjam sahaja, itupun kena kongsi dengan ramai orang - anak2, ibubapa, adik beradik, sahabat handai, jiran dan oooooo banyak lagi oiiiii... :)
Salam Salmi...
BalasPadammudah2an Allah merahmati kita semua dengan kasih sayangNya. :)
alamak kak cik romentik di amor la... hehhee tak bole pisah cikit yer pic tue hehehe
BalasPadamSalam Kak Cik,
BalasPadamsetuju sangat kak.
macam tak ada pendirian pulak kalau semua ikut cakap isteri.
Angah..
BalasPadamsemakin lama hendaknya biarlah semakin sayang, bukan semakin renggang. :)
Reen..
BalasPadamnanti jangan orang kata dah termakan nasi tut tut tu kannnnsss... :)