Alhamdulillah. Bila Allah ingin memberikan rezeki, tak perlu diminta ia akan tiba juga. Janganlah berhenti untuk mengucapkan syukur atas rahmat dan nikmat kurniaanNya.
Kawan-kawan kakcik
Jumaat, 23 Mac 2012
Persahabatan yang ikhlas tidak memerlukan batas sempadan...
... selagi ianya di jalan yang diredhai Tuhan ...
| berkelip-kelip kusangka bintang rupanya lampu nampak berbalam dari jauh ianya datang ke teratak kakcik menghulur salam |
| ramai orang memuja intan saya seorang tiada kebanggaan beribu batu merentas lautan bukan halangan membina hubungan |
| pisang sira enak dimakan dihidang bersama kopi secawan alamat tertera sungguh membanggakan semoga berjaya walau dirantauan |
| lebah madu membawa manisan sengatannya pula membawa pengsan kasih Ilahi tiada batasan memberkati ukhwah sesama insan |
| jangan dilayan mimpi dan angan tiada usaha tak jadi apa walaupun pohon nampak kekeringan janganlah kering persahabatan kita |
| sungguh enak isi durian kalau seulas tak puas dimakan biar dilihat bagai sendirian harumnya pasti memukau perhatian |
| sungguh asyik adik melakar abang melihat menjadi leka seputih sewangi bunga yang mekar begitulah hendaknya persahabatan kita |
Terima kasih kepada adikku Mieza (Postcode 7647) di Christchurch, New Zealand yang sudi melayangkan warkah bersama gambar-gambar bunga yang cantik itu kepada kakcik. Kakcik sangat menghargai jalinan persahabatan dan persaudaraan ini. :)
Khamis, 22 Mac 2012
Mari berpantun di hari Khamis...
simpan nasi di dalam tajau
menjadi tapai boleh dihidang
bukan padi subur menghijau
tapi rumput yang tumbuh menjulang
sebelah bukit terletak padang
tempat bermain rakan sebaya
biarlah sakit mata memandang
tiada bencana tiadalah bahaya
anak gadis ayu bertudung
jejaka memandang tidak terkata
biarpun suasana kelihatan mendung
sinar itu menikam mata
jejaka tampan segak bergaya
ramai gadis termimpikannya
pindahkan pejabat ke Putrajaya
jalan di Kuala Lumpur tak kurang sesaknya
Langgan:
Catatan (Atom)


