Kawan-kawan kakcik

Khamis, 22 Mac 2012

Mari berpantun di hari Khamis...

simpan nasi di dalam tajau
menjadi tapai boleh dihidang
bukan padi subur menghijau
tapi rumput yang tumbuh menjulang 

sebelah bukit terletak padang
tempat bermain rakan sebaya
biarlah sakit mata memandang
tiada bencana tiadalah bahaya


anak gadis ayu bertudung
jejaka memandang tidak terkata
biarpun suasana kelihatan mendung
sinar itu menikam mata

jejaka tampan segak bergaya
ramai gadis termimpikannya
pindahkan pejabat ke Putrajaya
jalan di Kuala Lumpur tak kurang sesaknya


52 ulasan:

  1. tak pandailah berpantun

    kakcik kalau letak sekor dua lembu tu wajib kenyanglah lembu tu kan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bukan setakat sekor dua, sekandang pun boleh agaknya. :(

      Padam
  2. pamdai kakcik reka pantun
    masa skolah dulu suka buat pantun sendiri
    sekarang dah beku sikit :(

    BalasPadam
    Balasan
    1. Berpantun adalah salah satu 'benda' yang kakcik suka. :)

      Padam
  3. Balasan
    1. Mana lagi GB. Dulu bila buat aduan, 'berlumba2' dia orang datang bersihkan. Ini dah panjang balik, gajah pun boleh tumpang menyorok! :(

      Padam
  4. kak cik acik tak pandai nak berbalas pantun..

    BalasPadam
  5. sedih sudah menangis pun sudah
    mata bengkak hati walang
    ingatkan padi belum berbuah
    rupanya dibela si pokok lalang

    dalam dewan terpaksa berjumpa
    peluang untuk masing-masing berbalah
    jarang sesak begini rupa
    kalau jambatan JB- S'pore samalah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bagi mengelakkan kesesakanlah kakcik selalu jadi 'tukang buka pintu pejabat'. Tapi bila waktu balik, tak boleh nak elak dah. :(

      Padam
  6. Alamak.. Kakcik buka gelanggang..

    Kakya ketandusan ilham hari ni kakcik... :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mungkin Kakya masih penat selepas balik bercuti. :)

      Padam
  7. dulu2 cheqna suka jawab cam ni
    "nak angsa anak ayam
    x dop masa nok layan"
    hehehehehe
    ma..sihat????sibuk sket sejak akhir2 ni ma weh...almaklumlah kekgi kang nak cuti panjang =)

    BalasPadam
  8. jejaka utara segak bergaya,
    ramai gadis terimpi-impikan;
    pindahkan Putrajaya sesaknya sama,
    apa kata pindah Seremban.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ramai gadis terimpi-impikan
      rupanya jejaka tak punya gigi
      tak berbaloi juga pindah ke Seremban
      dah nak pencen tak lama lagi

      :)

      Padam
  9. apa nk buat...tambah jln br pon sesak jg kl ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dah buat jalan bertingkat2 pun, masalah kesesakan tak selesai juga. :(

      Padam
  10. alamak berpantun lak kakcik di hari khamis nih..
    dana tak reti lah...

    tp setuju ngn usul kakcik...kalu sume gomen pindah opis kt putrajaya comfirm tak sesek kl tp putrajaya lak kang sesak gile heheheh...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dana... rasanya masalah kesesakan jalan di KL ini tak akan selesai juga walaupun semua pejabat kerajaan dikeluarkan dari sini kerana sebagai tempat tumpuan, ia tetap jadi kunjungan.

      Padam
  11. ewah2 kakcik terror berpantun yer...hehe..saya tak pandai la...:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nomie... kakcik bukan handal berpantun, tapi kakcik berminat je. :)

      Padam
  12. saya bab2 pantun ni angkat bendera putihh.. tapi saya suka baca pantun2..kagum dengan kata2 yang digunakan... ingat nak gak cuba, tapi tersekat kat kerongkong la kakcik... maluuuu.. hihi..

    BalasPadam
  13. Ate dah petang, due kerat aje ye
    Moh le kakcik mindah ke putrajaye!

    hehehee... :P

    BalasPadam
    Balasan
    1. Intan... kakcik rasa mungkin kakcik akan ke sana juga nanti. :(

      Padam
  14. dah jadi tapai bolehlah dihidang
    hidang bersama tudung saji
    biarkanlah rumput yang tumbuh panjang
    itukan keindahan semula jadi...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bukan apa Q, setakat ulaq melengkaq ateh pagaq takpa lagi. Buat dia mai melengkaq dalam ghumah, sapa nak jawab?

      Berdiri bulu roma kakcik ni! ;-)

      Padam
  15. Ehh, haritu kan dah tebaih dah semak samun tu, naik balik & takda sapa pi tebaih lagi ka? Awat depa buat keja macam tu..takkan la tiap2 kali nak kena panggil atau komplen kot, haisy..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ibarat kata 'bagai pahat dengan penukul'. Macam tu la gayanya, Dineh. :(

      Padam
  16. Hidang nasi di atas dulang,
    Lauk dimasak si orang Bajau,
    Biarlah lalang tinggi menjulang,
    Untung-untung bumi kekal hijau.

    Singgah ke blog tinggalkan komen,
    Hangatnya cerita isu terkini,
    Yang pindah ke Putrajaya semuanya gomen,
    Swasta macam kami kekal sesaklah di sini.

    =D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kakcik yang kerja gomen ni pun seboleh2nya hendak mengelak dari bertukar ke Putrajaya tu Fara. ;-)

      Padam
  17. Assalamualaikum kak Cik

    bukan padi subur menghijau
    tapi rumput yang tumbuh menjulang
    pohon subur menghijau
    sejuk mata memandang

    he he

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alaikummussalam Atuk...

      budak-budak bermain seludang
      habis dirempuh rumput dan lalang
      mana nak sejuk mata memandang
      bila bahaya sengaja diundang. :(

      Padam
  18. salam kakcik
    tak pandai nak balas pantun..

    memang org makin ramai...kereta sorang satu...tu yg jam jalan tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. W/salam kasih...

      di KL ni, susah nak jumpa satu rumah hanya ada satu kereta. Kebanyakannya mesti lebih dari dua, kecuali rumah kakcik. ;-)

      Padam
  19. Salam Kakcik,

    Jalan Putrajaya lengang, leka-leka masuk longkang!

    Sesak-sesak Kuala Lumpur, banyak jerubu mata kabur!

    Jejaka tampan kenyit gadis, Tak nyimpan duit abis!

    Apa punya pantun daa...pantun 2 kerat boleh kaa?

    BalasPadam
    Balasan
    1. W/salam Yong...

      boleh aje, asalkan ada rimanya... :)

      Padam
  20. Cincin emas cincin suasa
    Di pakai oleh teruna Aduka
    Kl sibuk sepanjang masa
    Itu sebab kami tak suka

    Haha...main belasah je ni kakchik..tp mmg kita org lebih suka dok Sabah, biarlah x maju pun...ops...marah urang sabah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Zana...

      InsyaAllah (tiket dah beli), kakcik akan ke Sabah (KK) hujung bulan April nanti. Kakcik pun suka Sabah. :)

      Padam
  21. Hari ni bangun pagi-pagi
    teringat dulu-dulu sejuknya mandi di kali
    Kak Cik berpantun sedap sekali
    CA tak pandai komen , sekadar baca simpan di hati

    BalasPadam
    Balasan
    1. Chik Att sudi ke sini pun kakcik dah sangat berbesar hati. :)

      Padam
  22. Hebat sungguh pandu CRV
    Kereta kancil pun best juga
    Kalau dah buat aduan kat TV
    Baru lah yang berkenaan akan buat kerja

    OK tak kakcik..he he...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Zalin...

      yang memandu itu bukanlah saya
      lesen saya hiasan semata
      andai hanya mengharapkan media
      jawabnya kerja tak akan ke mana :(

      Padam
    2. kakcik pun lesen hiasan macam saya?
      negara kecik saya, kereta mahal sangat, ada bermacam bayaran tambahan dengan bayaran bila masuk jalanraya bandar pada waktu pejabat, seperti tol. bayar parking pun mahal. pekerja lebih mudah dan murah naik MRT. ini semua untuk mengurangkan bilangan kereta di jalanraya. kurang lah sikit sesak.

      Padam
    3. Nur...

      sejak dapat lesen, rasanya tak sampai dua jam pun kakcik benar2 memandu gara2 suami terlalu 'sayangkan' isterinya (atau sebenarnya dia sangat sayang kereta?) ;-)

      Padam
  23. wahhh niceee la kak!i likeee!hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Mr Clive kerana suka nukilan kakcik itu. :)

      Padam
  24. den hanya nampak....kalau dapat bawak keta honda kat depan tu....bestnya......ahakz

    BalasPadam
  25. Jerebu dan kesan rumah hijau nyatanya kini
    KL bandarku sesaknya yang amat
    Inilah budaya tiada siapa peduli
    Hanya kemajuan yang ingin dilihat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nida...

      pohon rambutan ditanam berjajar
      rosak semuanya dilanda banjir
      bila hanya kemajuan dikejar
      dibimbangi moral kian tercicir...

      :(

      Padam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com