berkelip-kelip kusangka bintang rupanya lampu nampak berbalam dari jauh ianya datang ke teratak kakcik menghulur salam |
ramai orang memuja intan saya seorang tiada kebanggaan beribu batu merentas lautan bukan halangan membina hubungan |
pisang sira enak dimakan dihidang bersama kopi secawan alamat tertera sungguh membanggakan semoga berjaya walau dirantauan |
lebah madu membawa manisan sengatannya pula membawa pengsan kasih Ilahi tiada batasan memberkati ukhwah sesama insan |
jangan dilayan mimpi dan angan tiada usaha tak jadi apa walaupun pohon nampak kekeringan janganlah kering persahabatan kita |
sungguh enak isi durian kalau seulas tak puas dimakan biar dilihat bagai sendirian harumnya pasti memukau perhatian |
sungguh asyik adik melakar abang melihat menjadi leka seputih sewangi bunga yang mekar begitulah hendaknya persahabatan kita |
Terima kasih kepada adikku Mieza (Postcode 7647) di Christchurch, New Zealand yang sudi melayangkan warkah bersama gambar-gambar bunga yang cantik itu kepada kakcik. Kakcik sangat menghargai jalinan persahabatan dan persaudaraan ini. :)
Kakcik saya teruja baca pantun nukilan akak, saya cukup kagum bila ada sebilangan blogger ni yang bijak berpantun..saya tak kreatif cam kakcik, huhu..
BalasPadamBenar. Setuju. Yang penting ingatan yang ikhlas. Tumpang gumbira...
BalasPadampandai kakcik berpantun. saya suka tapi minda beku. boleh terangkan bagaimana nak latih minda supaya senang untuk mengarang pantun.
BalasPadamnak tumpang tanya disini, sekiranya kakcik tahu, kak Q punya blog kenapa dah hilang semua posts.
Nur... macamana kakcik nak terangkan tentang melatih minda ni ya? Sebenarnya kakcik bukan pandai pun, cuma kakcik sangat suka. Kakcik buat pantun selalunya kakcik cari maksud dulu sebelum kakcik fikirkan pembayangnya. :)
PadamMungkin Q sedang buat ubahsuai pada blognya kot. Nanti kakcik singgah di sana.
memnang seronok membaca nukilan pantun kak cik..
BalasPadamsuka saya baca entry mcm ni, walaupun jauh seberang lautan, persahatan terjalin tiada sempadan
BalasPadamAssalamualaikum Kakcik
BalasPadamTerhibur membaca pantun persahabatan
Rakan yang jauh meninggalkan pesan
Begitu Kukuh Nilai sebuah perhubungan
Ukhuwah yang terjalin semoga berkekalan
sedap baca pantun kakcik....
BalasPadamramai peminat kakcik ni,,, murah rezeki
kakcik ni kaklong masuk pertandigan berpantun maun menang nih...hhehehe!
BalasPadamDunia sekarang tanpa sempadan
BalasPadamDimana sahaja setiap masa
Dialam maya wadah pertemuan
Menjalin ukhuwah bertaut mesra
berbaik dan berbudi ..... kita akan punya banyak sahabat
BalasPadamassalam kakcik... betul kata Nida dunia sekarang mmg tanpa sempadan.... dunia sekarang dihujung jari....
BalasPadamdr NZ tu...bgs nyer
BalasPadampandainya kak cik berpantun...
BalasPadamPersahabatan terjalin melalui alam maya ada sentuhan hati yg unik rasanya kakcik...
BalasPadamSiapa yg tak seronok bile dpt ole2 tanda persahabatn dari seorang kwn? Suke sgt!
BalasPadamYehhh Kakcik pun dah dapat :)
BalasPadamgembira rasanya dapat kawan yg ingat pada kita walaupun jauh beribu batu...semoga persahabatan itu kekal selamanya...:)
BalasPadamBest nye...bertambah lagi kawan kakcik :)
BalasPadamsaya dapat jugak mak!
BalasPadamgembira dan seronok ye kakcik
BalasPadammesti adik nak stem tu :)
wah..memang besh kan dapat sesuatu dari teman kan??
BalasPadammama sihat?
seronoknyer kakcik...
BalasPadamindahnya persahabatan. seronoknya...
BalasPadamsaya pun dah dapat mail dari mieza ni kak
BalasPadamsuka sgtt
cantik gambar2 tu kakcik..best kan walau jauh beribu batu tapi ikatan tetap terjalin:)
BalasPadambest nye dpt shbt mcm tu.. budak2 skrg ni yg dekat pon dilupakan,, apatah lagi yg jauh. huu
BalasPadam