Kalau hendak tahu cerita di sebalik gambar ini, cuba tanya dengan Uncle Gedek yang nampak garang tapi kelakar itu. :)
Kawan-kawan kakcik
Isnin, 2 April 2012
Pertemuan di Bandar Baru Bangi...
Bila bertemu di Bandar Baru Bangi, lokasi tepatnya tentulah di rumah Dato' LF.
| Sarapan pagi yang sangat dekat dengan tekak Melayu. :) |
| Seperti nasi lemak di atas, karipap ini juga aku yang BAWA! |
| Acu Sayang dan Datin Aishah. |
| Entah apa yang dibicarakan. |
| Adik Iffah selesa dipelukan 'nenek'nya. :) |
| Serikaya kentang hasil karya Hanis Azla. |
| Nangka manis dihidangkan oleh tuan rumah. |
| Kuey teow goreng hasil karya PCL & MamaDiana. |
| Mihun goreng hasil karya Pn. Lina @ Pn. Gedek. Ida Nyanyisunyi juga bawa mihun goreng | . |
| Yang ini Ayu Akuzle yang bawa. |
| Pakciklie (PCL) dan isterinya MamaDiana. |
| Apahal pulak Dato' tepuk muka tu? Pening tengok Acu dan Gedek'bergaduh' kot! |
| Gedek datang bersama isteri dan anak-anak gadisnya. |
| Bro Framestone tiba sewaktu aku dah nak balik. |
| Kek cawan kiriman Ros Rumahku Syurgaku. |
| Paf kastad buah tangan Acu Sayang. |
| Yang ini aku tak tahu siapa yang bawa. |
Mohon maaf kepada mereka yang tak sempat kusapa. Masih dalam hambatan masa. InsyaAllah, lain kali kita berjumpa semula.
Ahad, 1 April 2012
Kesibukan yang tidak dirancang...
Tak penat ke?
Di usia senja begini, kepenatan itu sebenarnya lebih mudah terasa.
Sesal ke?
Apakah yang sebenarnya hendak di kesalkan itu? Apalah warna kehidupan andainya usia hanya dibiarkan hanyut mengikut arus.
Kenapa berkata-kata begitu begini?
Kita manusia yang diberi akal dan nafsu. Apakah kita ini menggunakan akal atau hanya dikawal oleh nafsu? Siapakah yang mengawal dan mengimbangkan antara keduanya? Atau kita semata-mata membiarkan salah satunya menguasai kita? Berkata-kata mungkin akan membuatkan kita keluar dari dunia luar sedar. Bukan sekadar berkata-kata untuk menunjukkan kita tahu semuanya sedangkan kita sebenarnya tidak tahu apa-apa!
Kata-kata di atas hanya kucatatat mengikut sedap jari. Tidak bermakna apa-apa bagi seorang wanita tua yang belajar hanya sekadar tahu menulis dan membaca. Hari ini aku akan mengulang 'menghabiskan usia' di atas jalan seperti hari-hari sebelumnya...
Langgan:
Catatan (Atom)

