Kawan-kawan kakcik

Ahad, 1 April 2012

Kesibukan yang tidak dirancang...

Tak penat ke?

Di usia senja begini, kepenatan itu sebenarnya lebih mudah terasa.


Sesal ke?

Apakah yang sebenarnya hendak di kesalkan itu?  Apalah warna kehidupan andainya usia hanya dibiarkan hanyut mengikut arus.


Kenapa berkata-kata begitu begini?

Kita manusia yang diberi akal dan nafsu.  Apakah kita ini menggunakan akal atau hanya dikawal oleh nafsu?  Siapakah yang mengawal dan mengimbangkan antara keduanya?  Atau kita semata-mata membiarkan salah satunya menguasai kita?  Berkata-kata mungkin akan membuatkan kita keluar dari dunia luar sedar.  Bukan sekadar berkata-kata untuk menunjukkan kita tahu semuanya sedangkan kita sebenarnya tidak tahu apa-apa!


Kata-kata di atas hanya kucatatat mengikut sedap jari.  Tidak bermakna apa-apa bagi seorang wanita tua yang belajar hanya sekadar tahu menulis dan membaca.  Hari ini aku akan mengulang 'menghabiskan usia' di atas jalan seperti hari-hari sebelumnya...



7 ulasan:

  1. hari ini di mulai dengan ke pasar sekejap lagi untuk membeli stok makanan kerana saya akan berpergian untuk beberapa hari mulai esok hari ..

    BalasPadam
  2. Kadang-kadang berdiam diri lebih baik dr meluahkan kata2, atau catatkan saja di diari blog.....biarkan jari yg berkata..

    BalasPadam
  3. salam kakcik,

    manusia sememangnya tak dapat
    nak kawal nafsu ...

    pergi ke gathering hari ini...
    kirim salam semua ye

    p/s: ati masih sakit lagi ni :(

    BalasPadam
  4. kadang akal pikir lain, dibuatnya lain.. nafsu la tu kot.. kata akal tak perlu beli itu ini, tapi dibeli jugak.. haiisshh...

    BalasPadam
  5. akal bertindak mengikut cuaca..kalau time ribut petir, akal pun cepat jer melenting..eh akal ke hati yg menguasai diri ni?

    BalasPadam
  6. mak...jgn la ckp gitu...

    mak muda lagilah. macam mak saya tau! :D

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com