Kawan-kawan kakcik

Isnin, 1 Ogos 2011

Seharian di Ferro Futsal...

Sabtu = 30 Julai 2011.  Mengikut suami ke Ferro Futsal di Subang Jaya.  Pastinya si  Budak Sepet ikut sama.  Walaupun pasukan lelaki dan wanita yang mewakili Syarikat tempat suami cari makan tidak berjaya menjadi juara dan hanya sekadar (kedua-duanya) menjadi naib juara, sekalung tahniah diucapkan atas kesungguhan dan semangat juang yang ditunjukkan oleh mereka.  Lain kali cuba lagi.


Orang sibuk berfutsal, aku ambil kesempatan mengurut kaki (percuma).

BS kena paksa denganku ungtuk bergambar.  Dia kata bau harimau tu "masam"!


Ini makanan BS yang berharga RM5.  Dia suap sendiri?  Hmmmm... jangan harap!

Bakal pemain golf profesional??


Lebih baik Adik ikut jejak Ayah jadi pemain bola.



Penjual keropok di kaki lima...

di hadapan sebuah kompleks beli belah terkemuka
di tengah hari Jumaat yang mulia
waktu umat yang taat solat jemaah bersama
ramai juga yang bermusafir rupanya
tidak segan silu bersesak sama
bagaikan esok sudah tiada

pemuda berwajah masam
sibuk menggoreng keropok di kuali besar
dengan bahang meraup muka
di jarinya tersepit rokok yang menyala
abunya mungkin saja masuk ke kuali
tapi dia tetap dengan muka tak peduli

pelanggan datang dan pergi
mungkin lapar mungkin saja kerana nafsu membeli
sedikit pun tidak memerhati
pada peluh dan pada jari
hulur seringgit dua
keropok pun bertukar tangan
lalu disuap ke mulut
 sempat atau tidak menyebut Basmalah
itu urusan dia dengan Allah

penjual keropok di kaki lima
balik nanti untung di kira-kira
diam-diam kutitipkan doa
'agar dia tidak terus leka dengan dunia'


Mak niiii... semuanya mak perhati...



Salam Ramadhan...


Imej daripada : turntoislam.com

Semoga kita semua diberi keberkatan dan kekuatan menghadapi apa jua cabaran.  Semoga juga sekecil mana amal ibadah kita akan ada nilai di sisi Allah Yang Maha Pemurah.   Amin.