di hadapan sebuah kompleks beli belah terkemuka
di tengah hari Jumaat yang mulia
waktu umat yang taat solat jemaah bersama
tidak segan silu bersesak sama
bagaikan esok sudah tiada
pemuda berwajah masam
sibuk menggoreng keropok di kuali besar
dengan bahang meraup muka
di jarinya tersepit rokok yang menyala
abunya mungkin saja masuk ke kuali
tapi dia tetap dengan muka tak peduli
pelanggan datang dan pergi
mungkin lapar mungkin saja kerana nafsu membeli
sedikit pun tidak memerhati
pada peluh dan pada jari
hulur seringgit dua
keropok pun bertukar tangan
lalu disuap ke mulut
sempat atau tidak menyebut Basmalah
itu urusan dia dengan Allah
penjual keropok di kaki lima
balik nanti untung di kira-kira
diam-diam kutitipkan doa
'agar dia tidak terus leka dengan dunia'
Mak niiii... semuanya mak perhati... |
mcm tau je kt maner....
BalasPadamkdg saya takut nak masukkan benda2 nih dalam kepala hehee....
BalasPadamtata! nak tanya...arini puasa pertama kan? memula buka apa?
Ayuni...
BalasPadamtahu ya? ;-)
Q...
BalasPadammemula buka apa? Jujurnya - buka pc, lepas tu baru buka kitab!
kat area sini ramai lelaki yang jual tudung, buat² cute tengahari jumaat pakai tudung ajak akak² beli
BalasPadamKOG...
BalasPadamtidak tindakan mereka itu sebagai satu sendaan?? :(
suka statment adik....
BalasPadamkak.............
moga2 lelaki itu ke arah kebaikkan.. insyallah
Ayu...
BalasPadamkita doakan yang baik-baik saja. :)
betul kata BS. naik risau pulak saya. ihihih~
BalasPadamSufia...
BalasPadamSalam Ramadhan dan Selamat Berpuasa juga buatmu. :)
Alamak! terdelete pulak komen Sufia. :(
BalasPadamgB...
BalasPadamperistiwa depan mata! Bila tak buat apa-apa, setiap yang berlaku itu tetap diperhatikan sambil otak ligat memikirkan!
selamat berpuasa mama =)
BalasPadamcheqna...
BalasPadamselamat berpuasa buat cheqna juga. :)
sedih bile tgk org lelaki xpergi solat Jumaat,lbh sedih bile mereka mengejar keuntungan dunia berbanding akhirat :(
BalasPadamSelamat berpuasa kak cik sekeluarga..
BalasPadamselalu gak perati.. kadang tu kat food court pun ramai gak time2 tengahari jumaat ..
BalasPadamAfikah...
BalasPadamkita doakan agar mereka akan berubah menjadi lebih baik. Mungkin juga satu hari nanti mereka akan lebih baik dari kita. Mana tahu, kan? :)
Amy...
BalasPadamselamat berpuasa juga buat Amy dan suami. :)
Anaa...
BalasPadammungkin food court itu patut ditutup sewaktu solat sedang berlangsung. :)
moga duit yang dia dapat hari tu berkat untuk dia..
BalasPadamaizamia...
BalasPadamhanya Allah jua yang maha tahu.