Kawan-kawan kakcik

Selasa, 8 Jun 2010

Integrasi Nasional (Bhg. 6 - Akhir)

02/06/2010

Acara bebas untuk para peserta 'menjelajah' Bandaraya Kuching. Melawat muzium, membeli belah - kek lapis, pasu Sarawak, tikar Sarawak dan apa saja cenderamata/cenderahati untuk di bawa pulang.

Aku sekeluarga tidak mengikuti para peserta.  Sebaliknya, aku mengajak suami dan anak-anak menyusuri Sungai Sarawak dengan menaiki bot.

Kemudiannya, kami singgah di Kedai Kek Lapis Dayang Salhah.
Anak-anakku sibuk membawa bakul untuk diisi dengan pelbagai 'warna' kek.  Aku cuma jadi tukang bayar!  Penat berjalan, kami balik ke hotel.  Sebelum itu, aku telah membawa mereka ke deretan kedai di hadapan Waterfront untuk membeli cenderamata sesuka hati mereka. 

Malamnya diadakan acara penutup dan Majlis Makan Malam yang turut dihadiri oleh Menteri Muda Pembangunan Infrastuktur Sarawak,  Datuk Hj. Ir.Daud bin Abdul Rahman.



03/06/2010

Hari untuk berpisah telah tiba.  Lihatlah kotak-kotak yang hendak 'diangkut' balik.  Sampai tak muat bas.  Terpaksa 'disumbat' ke dalam dua buah pacuan empat roda.

Sebelum ke lapangan terbang, peserta di bawa singgah ke pejabat Beras Corporation Sdn Bhd (BCSB), Satok untuk majlis perpisahan ringkas dan jamuan ringan.


Disebabkan penerbangan telah dibatalkan dan ditukar kepada penerbangan jam 4.05 petang (lewat dua jam dari jadual asal), masih ada peserta yang ingin membeli tikar Sarawak!  Memandangkan banyak barang yang perlu dibawa balik dan bilangan peserta yang agak ramai, suami menasihatkan agar semuanya berkumpul awal di lapangan terbang.  Jam 12.30, semua peserta telah berada di Lapangan Terbang Kuching.

Barang-barang yang nak dimasukkan ke kargo kapalterbang MAS ni, semuanya kepunyaan anggota rombongan.  Itupun tak semua yang dimasukkan - lebihan bagasi yang terpaksa dibayar sebanyak RM2,520.00.  Kalau semua dimasukkan, mahu cecah RM5k agaknya!



Selamat tinggal Bumi Kenyalang, ada rezeki kita berjumpa lagi.

Miri ke Kuching berintegrasi hebat
terjalin kasih di perjalanan
kami datang tak tahu adat
salah dan silap harap maafkan
(pantun ini dibacakan oleh suamiku di Majlis Makan Malam dan Penutup Acara)




Isnin, 7 Jun 2010

Integrasi Nasional (Bhg. 5)

01/06/2010

Aturcara pagi ini selepas sarapan adalah melawat ke Rumah Panjang Samu.  Ketibaan kami disambut oleh Tuai Gawai, Tuai Rumah dan penghuni rumah panjang di situ.  Turut menanti ialah ADUN Betong, En. Robert Lawson dan isteri. (dah malas pulak nak menaip.. tengok gambar sahajalah...)







 Yang bergantungan itu adalah tengkorak manusia yang telah berusia ratusan tahun.

Dari rumah panjang ini, rombongan bertolak ke Bandaraya Kuching untuk sambutan di rumah Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Alfred Jabu. Perjalanan mengambil masa lebih 4 jam.




Bateri kamera pulak habis sewaktu di sini. :(   Berita tentang kehadiran kami di sini turut keluar di akhbar-akhbar tempatan keesokan harinya.




Dari rumah  Timbalan Ketua Menteri, peserta dibawa ke tempat penginapan di Nadin Homestay.  Aku dan keluarga menginap di Hotel Grand Margherita.

Bersambung lagi ke Bahagian Terakhir nanti, Insya Allah.

Integrasi Nasional (Bhg. 4)

Tiba si Spaoh lebihkurang jam 6.30 petang.  Peserta dibawa ke Hj. Narani Homestay.  Sambutan ringkas diadakan.  Kemudian para peserta dihidang jamuan makan malam.  Antara menu yang disediakan adalah ikan buntal kering yang digoreng (macam ikan masin).

Pada sebelah malam, peserta diberi peluang untuk berehat setelah seharian penat dilambung bas! Aku sekeluarga menumpang di rumah Cikgu Bolhi Hj. Narani. Cuaca di Spaoh teramatlah panas sehingga rasanya tak sanggup nak berpakaian!   Walaubagaimanapun, syukur Alhamdulillah, hujan telah turun pada petang ketibaan kami sehingga esok paginya.

31/05/2010

Selepas bersarapan, para peserta memulakan aktiviti kemasyarakatan iaitu membersihkan masjid dan kawasannya.  Peliknya tiada masyarakat kampung yang ikut serta kecuali beberapa orang tua (mungkin ahli jawatankuasa masjid tersebut).  Apakah jawatankuasa program 'terlupa' untuk memaklumkan kepada masyarakat setempat untuk menyertai program ini???
Cyana buat apa tu???


Selepas gotong royong ini- acara bebas.  Kami melawat ke Pekan Betong.

Kesian ayam-ayam pencen ni.. mesti kepanasan.   Seekor RM14.00

Di sebelah petang pula, diadakan perlawanan bola tampar dan sepak takraw antara peserta dan penduduk tempatan.

Selepas makan malam, diadakan pula majlis kebudayaan. Masa ini ramai pula orang kampung yang hadir!.  Salah seorang peserta tiba-tiba pitam selepas makan.  Rakan-rakannya menjadi panik dan kelam kabut.  Apa-apapun, kembalilah kita kepada Allah, selain berusaha, berdoalah kepadanya.  Insya Allah, takkan terjadi sesuatu yang di luar dugaan.  Alhamdulillah, beliau kemudiannya pulih semula.  Mungkin kerana terlalu penat dan mengantuk dia jadi begitu.

wah! ustaz mana ni???




Aku tak pasti jam berapa 'pesta' ini berakhir kerana aku 'mengundurkan diri' hampir jam 12.00 malam.

Bersambung lagi.. harap-harap ke Bahagian Terakhir...