Aturcara pagi ini selepas sarapan adalah melawat ke Rumah Panjang Samu. Ketibaan kami disambut oleh Tuai Gawai, Tuai Rumah dan penghuni rumah panjang di situ. Turut menanti ialah ADUN Betong, En. Robert Lawson dan isteri. (dah malas pulak nak menaip.. tengok gambar sahajalah...)
Yang bergantungan itu adalah tengkorak manusia yang telah berusia ratusan tahun.
Dari rumah panjang ini, rombongan bertolak ke Bandaraya Kuching untuk sambutan di rumah Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Alfred Jabu. Perjalanan mengambil masa lebih 4 jam.
Bateri kamera pulak habis sewaktu di sini. :( Berita tentang kehadiran kami di sini turut keluar di akhbar-akhbar tempatan keesokan harinya.
Dari rumah Timbalan Ketua Menteri, peserta dibawa ke tempat penginapan di Nadin Homestay. Aku dan keluarga menginap di Hotel Grand Margherita.
Bersambung lagi ke Bahagian Terakhir nanti, Insya Allah.
Salam! kokcik,
BalasPadamTeringat teman ni weh, mase dulu2 le sekitar tahun 1981, teman dah merantor dari Serian, Balai Ringin, Semanggang (skrg Sri Aman), Engkilili, Lubuk Antu, Betong, Sepaoh, Beladin (kwsn laut), Debak, Seratok, Roban dan akhir ke Sarikei. Pengembaraan ambil masa 3 minggu cuti semester cuma jalan kaki, naik kereta, naik bas dan apa saja kemampuan org bujang mase tu! Makan sajelah ape yg ada bkn ade kedei makan pun! Tapi mmg seronok, tidur je mane2 kat rumah panjang tu, diaorang tu terlalu baik wpun kenei kita sehari.
wah...kak,
BalasPadamdengan menteri gitu.
dah balik mesti penatkan?
Pengalaman yang sangat manissssss....!
BalasPadamSalam Yop..
BalasPadamke mana aje le mike ni tenggelam timboinya.. bercuti ke atopun sebok bebeno??? tak apele.. yang pentinnye.. mike tetap ingat kat ghumah teman ni.
Iya.. kebaikan itulah yang membuatkan kita terlupa pada kelukaan. :)
Reen.. sampai saat ini, kakciki masih lagi merasakan kepenatan itu. Tapi, bukan senang nak mengutip pengalaman yang berharga kan? :)
BalasPadamAzie.. yup... memang semanis gula walaupun di dalam gula itu terdapat semut mati yang mungkin membawa racun! :)
BalasPadamAmboi... akak dah glamer ler sekarang.. dengan menteri lagi...
BalasPadamSatu pengalaman yang sangat indah..
p/s: suka sangat tengok gambar header akak... romantis gitu :)
Nida.. hehehe.. bukan glamor, tapi gelama.. selama ni, kakcik tak kenal dia dan dia pun tak kenal kakcik!
BalasPadamp/s : terima kasih.. :)