Tiba si Spaoh lebihkurang jam 6.30 petang. Peserta dibawa ke Hj. Narani Homestay. Sambutan ringkas diadakan. Kemudian para peserta dihidang jamuan makan malam. Antara menu yang disediakan adalah ikan buntal kering yang digoreng (macam ikan masin).
Pada sebelah malam, peserta diberi peluang untuk berehat setelah seharian penat dilambung bas! Aku sekeluarga menumpang di rumah Cikgu Bolhi Hj. Narani. Cuaca di Spaoh teramatlah panas sehingga rasanya tak sanggup nak berpakaian! Walaubagaimanapun, syukur Alhamdulillah, hujan telah turun pada petang ketibaan kami sehingga esok paginya.
31/05/2010
Selepas bersarapan, para peserta memulakan aktiviti kemasyarakatan iaitu membersihkan masjid dan kawasannya. Peliknya tiada masyarakat kampung yang ikut serta kecuali beberapa orang tua (mungkin ahli jawatankuasa masjid tersebut). Apakah jawatankuasa program 'terlupa' untuk memaklumkan kepada masyarakat setempat untuk menyertai program ini???
Cyana buat apa tu???
Selepas gotong royong ini- acara bebas. Kami melawat ke Pekan Betong.
Kesian ayam-ayam pencen ni.. mesti kepanasan. Seekor RM14.00
Di sebelah petang pula, diadakan perlawanan bola tampar dan sepak takraw antara peserta dan penduduk tempatan.
Selepas makan malam, diadakan pula majlis kebudayaan. Masa ini ramai pula orang kampung yang hadir!. Salah seorang peserta tiba-tiba pitam selepas makan. Rakan-rakannya menjadi panik dan kelam kabut. Apa-apapun, kembalilah kita kepada Allah, selain berusaha, berdoalah kepadanya. Insya Allah, takkan terjadi sesuatu yang di luar dugaan. Alhamdulillah, beliau kemudiannya pulih semula. Mungkin kerana terlalu penat dan mengantuk dia jadi begitu.
wah! ustaz mana ni???
Aku tak pasti jam berapa 'pesta' ini berakhir kerana aku 'mengundurkan diri' hampir jam 12.00 malam.
Bersambung lagi.. harap-harap ke Bahagian Terakhir...
salam kakcik,
BalasPadambestnya dapat mengenali dan merasai sama budaya masyarakat setempat
Salam Ibuintan... cuma, mungkin ada masalah sikit dari segi bahasa.. :)
BalasPadamgambo header..peluk abg tak kasi dia lari ke? hehehe.
BalasPadamkakcik nampak best lah mcm2 aktivti ada.
kesiannya dgn ayam pencen tu...msk rendang sedap ni.
Zue.. a ah.. nakal sangat Abg tu.. kakcik peluk kuat2 supaya dia tak lari..hehehe..
BalasPadamMemang kesian kakcik tengok ayam2 tu...
Kak,
BalasPadamMesti best. tak pernah join aktiviti macam tu.
Kesiannya kat ayam-ayam tu..
wah.. sronok kan..
BalasPadamReen.. biasalah kalau berjalan beramai-ramai dan lama tempohnya, mesti ada pahit manis masin masam tawarnya! :)
BalasPadamMaiyah.. seronok juga merasai pengalaman di tempat orang.. :)
BalasPadamsalam kakcik..
BalasPadampengalaman sgt berharga..lebih2 lg kalau kita ke tempat2 pendalaman yg kehidupan penduduknya sgt dhaif..menginsafkan kita.
Salam Ida.. sepanjang perjalanan kami, dari pengamatan kakcik, penduduk Sarawak tidaklah daif, cuma kemudahan infrastruktur mereka agak ketinggalan berbanding dengan Semenanjung.
BalasPadam